Isu Bot Mewah RM30 Juta: PM tidak ambil tindakan terhadap Akhbar Hurriyet, Turki

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau tidak mengambil tindakan terhadap akhbar Hurriyet dari Turki yang menyiarkan berita palsu bahawa beliau menempah sebuah bot mewah di negara itu.

Dalam jawapan bertulisnya kepada Dr Mohamad Hayati Othman (PAS Pendang) Perdana Menteri berkata penafian mengenai perkara itu sudah dibuat oleh syarikat pengeluar kapal layar berkenaan, Kobra Yatcllik Turizm ve Turizm Limited Company, dan disiarkan akhbar yang sama.

‘‘Adalah lebih baik sekiranya tenaga, masa dan sumber dilaburkan untuk perkara yang lebih produktif seperti pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) daripada memanjangkan lagi berita palsu seperti pembelian kapal layar itu,” katanya dalam jawapan bertulis yang diedarkan kepada media di Dewan Rakyat rabu lalu (25 April 2007).

Dalam soalannya Dr. Mohamed Hayati meminta Perdana Menteri menyatakan bentuk tindakan kerajaan terhadap fitnah akhbar itu yang menyatakan Abdullah menempah bot mewah di Turki.
Perdana Menteri berkata, walaupun tiada tindakan dalam kes itu, beliau tetap mendapatkan nasihat guaman dan akan mengambil tindakan yang sesuai terhadap mana-mana berita palsu yang disebarkan untuk menjatuhkan nama baiknya atau kerajaan Malaysia.

Laporan Pak Lah Beli bot mewah RM30 juta satu pembohongan
CARACAS 20 Dis. (2006) – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau telah meminta akhbar Hurriyet dari Turki membetulkan satu laporan bohong yang mengatakan kononnya beliau membeli sebuah kapal layar berharga RM30 juta yang sedang dalam pembinaan di negara itu.

Laporan akhbar itu yang disiarkan baru-baru ini mendakwa Abdullah tiba di Bodrum, Turki bersama ahli perniagaan Ananda Krishnan untuk meninjau pembinaan kapal layar itu yang ditempah empat bulan lalu.

‘‘Tak pernah saya dengar satu laporan yang mengarut macam itu. Mana ada? Itu satu laporan yang tidak betul langsung,’’ kata Perdana Menteri di sini semalam ketika ditanya mengenai laporan tersebut yang disebarkan oleh pihak tertentu menerusi blog dalam Internet.

About these ads

2 Respons

  1. Adalah lebih baik sekiranya tenaga, masa dan sumber dilaburkan untuk perkara yang lebih produktif seperti …..meraba tunang orang di khalayak ramai, tidur semasa mesyuarat

  2. Ha ya, asyik menafi jer PM kita ni. memangla bukan kamu punya, ananda beli untuk kamu punya, lok buat tak tahu pulak.

    Isu jet macam tu juga, bukan dia punya, cuma kjaaan bayar sewa……. apa punyai kjaan macam ni. Ha tu lah pilih sangat…. Salah hangpa jugak.

    Tengok ni

    Hangpa tau apa.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 369 other followers

%d bloggers like this: