1.2 Juta Penduduk Malaysia Hidup Di Bawah Garis Kemiskinan

Kira-kira 1.2 juta penduduk Malaysia masih hidup di bawah garis kemiskinan kebangsaan sungguhpun negara mencatatkan kemajuan memberangsangkan dalam mengurangkan kemiskinan mutlak, kata Penyelaras Tetap Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Dr Richard Leete hari ini.

“Kadar kemiskinan paling tinggi di Sabah dengan kira-kira 23 peratus daripada isi rumah hidup di bawah garis kemiskinan kebangsaan.

“Jika Malaysia mahu mencapai sasaran kemiskinan yang ditetapkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, sangat penting untuk membawa lebih banyak pembangunan ke Sabah, terutamanya di kawasan pendalaman,” katanya pada dialog dasar PBB di sini, yang disertai oleh wakil kerajaan negeri dan pusat, pihak berkuasa tempatan serta masyarakat madani.

Bagaimana rakyat nak hidup dalam suasana semua barangan seharian terus naik tidak segera dibendung oleh kerajaan yang memerintah hari ini.

Bernama melaporkan Leete berkata pada 2004, Sabah mencatatkan tahap tertinggi kemiskinan tegar sebanyak 6.5 peratus, iaitu enam kali lebih tinggi berbanding Sarawak.

Beliau berkata sebahagian besar golongan miskin di Sabah adalah masyarakat luar bandar yang tinggal di pinggir sungai dan hutan di Sabah — sebahagian besar daripada mereka merupakan masyarakat pribumi bekerja dalam sektor pertanian secara relatif di kawasan yang jarang-jarang mempunyai penduduk yang padat.

Leete berkata pertumbuhan ekonomi di Sabah telahpun melebihi enam peratus sejak 2002 tetapi pertumbuhan itu secara tidak seimbang memanfaatkan golongan bukan miskin.

“Pendapatan meningkat dengan tidak setara dan kadar pengangguran dua kali ganda daripada purata kebangsaan, oleh itu, terdapat keperluan segera untuk mempelbagaikan ekonomi,” katanya.

Sementara itu di TEMERLOH, suri rumah di Temerloh dan Mentakab meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN&HEP) supaya memeriksa dan mengambil tindakan ke atas pekedai yang didakwa menjual minyak masak melebihi harga siling.

Mereka mendakwa sebahagian besar pekedai di Temerloh, Mentakab dan Bera menjual minyak masak paket satu kilogram antara RM2.70 dan RM2.90 berbanding harga siling RM2.50 sementara di luar bandar terdapat pekedai yang menjual dengan harga melebihi RM3.

About these ads

8 Respons

  1. Ya ALlah Ya Tuhan kami, jadikanlah negeri kami, negeri beragama, negeri yang aman damai dan makmur; dan hapuskanlah Ya Razak, Ya Malik semua Fakir dan Miskin daripada negeri kami.

  2. Aminnnnn…

  3. Alohhhh…kalu dok undi demo ni x soh dok mmimpi lah nok suruh negaro kito ni jadi aman dan makmur….pah bakpo kito pelek nyo kalu demo tu penaik bare pon….pade nga muko tuh…. pah ni tol smart plop naik 2-3 x ganda tol dio…. “Marilah kito pakat2 sokom blako kerajaan BN”….kito x soh dop mmikir lah ko ore kkapungnyoh….biar demo ni dok ssekin ssitu jah lah….mudoh set2 bn wat aye daging….sekor keno smelih pon x po….mugo kito ado makanae lagi…. biar negaro kito ni jjadi susoh po negaro jire tuh….indone ko siam ko baru lah kito ppakat bangun kalu dok sene lagu ni gak….naik lah ggapo bare pon nyo tok ddoli rakyatnyohhhhh….

  4. tak guna btol sape yg wat gmbar PM kite cam tu.. ape jadah yer.. yaAllah selamt kan lah MALAYSIA.. sedarkan lah umat islam di malaysia… aku nak hidup tenang.. aku tak mahu negara aku jadi seperti thai,indo..dan lagi2 sperti palestin,afganistan… tolong la YAALLAH buka kan lah hati umat islam supaye bersatu… tolonglah ya-Allah

  5. inikah gambaran asli malaysia yang sebenarnya? mengapa banyak orang malaysia yang begitu sombong dan angkuh mengatakan bahwa negaranya itu kaya tetapi ternyata itu adalah sebuah kepalsuan untuk menutupi kekuranganya.bangsa malaysia itu benar2 MUNAFIK

  6. berlaku adil lah sekiranya kamu memikut amanah..

  7. gitu kok curang di sepakbola gak malu apa

  8. maka nya jangan sombong mengatakan bangsa lain miskin dan najis. dan bertindak semena2 mengambil pulau dan budaya negara lain untuk kepentingan diri sendiri..
    ini bumi allah..tunduk kan kepala mu sedikit.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 369 other followers

%d bloggers like this: