Jika Pilihanraya Korup, Tidak Telus, Tidak Adil, Tidak Mustahil…..

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, kerajaan PAS yang memerintah negeri Kelantan sejak 17 tahun lalu, mungkin jatuh ke tangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum akan datang kerana proses pilihanraya yang korup, tidak telus dan tidak adil.

Amalan ini tidak pernah berlaku semasa Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, sebaliknya bermula dalam pilihanraya umum 2004, Kata Husam yang juga Exco Kerajaan Kelantan kepada wartawan Malaysiakini.

“PAS Kelantan sangat khuatir dengan proses pilihanraya bermula dengan senarai pemilih sehingga kepada pengundi yang datang mengundi dua kali.

“Kami tidak tahu apa yang akan berlaku dalam proses pilihanraya umum akan datang. Mana senarai pemilih terbaru? Berapa ramai pemilih baru dan siapa mereka?

“Senarai daftar pemilih hanya dikeluarkan pada hari penaman calon. Kami mendapat senarai yang berbeza daripada senarai asal walaupun kedua-duanya dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) seperti yang berlaku (dalam pilihanraya kecil) di Ijok dan untuk membantah masa sudah suntuk.

Tetapi Dato Husam juga jangan lupa bahawa banyak lagi faktor-faktor kekalahan yang bakal ditempuhi PAS Kelantan sekiranya seluruh pimpinan PAS Kelantan dan PAS Pusat alpa dan tidak berhati-hati.

Pesuruhjaya PAS Kelantan yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz dan pimpinan PAS yang lain hendaklah berhati-hati dengan perancangan gerakerja menjatuhkan PAS samada dari dalam atau luar yang sedang dirancang dengan teliti bagi menghadapi pilihanraya akan datang.

Pada kebiasaannya pimpinan PAS mampu berdepan dengan musuh luarannya samada dari media ataupun Umno/BN.

Tetapi pimpinan PAS mungkin tidak mampu berlawan dengan musuh dalamannya sendiri atau yang dikenali sebagai musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan. Pepat didalam rencong diluar atau sebaliknya.

Secara ringkasnya, perhatikan suatu siri tulisan yang memperihalkan musuh dalaman PAS Kelantan yang perlu dihadapi seperti didedahkan dalam Siri 1, Siri 2, dan Siri 3,, Siri 4, Siri 5, Siri 6 dan berikutnya oleh Laman M@rhaen.

5 Respons

  1. Sapo belake Datuk Husam tue..
    ambe berasa supo cang …

  2. amba pong rasa macam cam, kamera tak pernah lekang..aktivis sejati

  3. kawe nok ssuko sokmo tengok abe joe kito bergambar. meme posing maut punyo. supo dale gamba hok interview dgn madey la. ore lain dok denga gapo madey kkecek. abe joe kito dok posing jah. kehkehkeh

  4. hok keh mmain behe alik dale ni meme masoaloh besar kow parti…. bendo2 ggini gak tok kiro persatue ggapo buleh punoh ranoh abih parti kow persatue kow….. hok tu kito keno berdoa ko Allah banyok2… hanyo Allah jah buleh bui kesedare ko demo2 nih….dale sejaroh isle pon meme x leh lari doh bendo2 ggini… tok banyok sikit mesti adow….pah hok molek gak kalu betul2 dah terbukti set2 nguca ni wat khenak….tindakan hok sepatutnya perlu di amik oleh pimpine…..tok kiro dio tu hebat setaro mano…. hebat pon kalu mmunoh x jadi jugok…. baik amik ore hok betul2 ikhlas nok jjue kow isle…x kiro dale persatue ko atawo dale parti…hok jenih nok amik kesempate atah jawate dan jenih nok bbehe alik dale ni….tok ppaka gawa abih….

  5. kawe pon mace kenal jugok dio tu…..aktivis sejati

Tinggalkan jawapan