Kelantan Sana Sini: Isu Lojing dicetus untuk tutup Singapura menguasai Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI)

Kenyataan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengenai isu Lojing memperlihatkan kegagalan pemimpin itu untuk mengetahui perkara sebenar yang berlaku di Kelantan.

Usaha membangkitkan isu Lojing secara tidak langsung dilihat cuba menutup isu pembabitan Singapura di Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI), Johor.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim berkata, tidak timbul anggota Exco, Dato’ Husam Musa sahaja yang bercakap mengenai isu Lojing bagi pihak kerajaan Kelantan.

Kegiatan Perlombongan Emas di Sokor, Tanah Merah ditandatangani
Perjanjian Persefahaman antara Perbadanan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dengan CNMC Goldmine Limited dari China sejak tiga tahun lalu, akhirnya ditandatangani bagi menjalankan kegiatan perlombongan emas di Sokor, Tanah Merah.

Ketua Eksekutif PKINK, Haji Wan Yahya Wan Salleh mewakili perbadanan tersebut, manakala syarikat swasta terbabit diwakili pengerusinya, Zhang Jian.

Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kepakaran yang dimiliki syarikat dari China itu telah menyakinkan kerajaan negeri untuk melaksanakan industri lombong emas di kawasan seluas 2366.08 ekar.

Ramai Guru mengalami masalah murung
Kira-kira 49 peratus daripada guru sekolah menengah di daerah ini mengalami kemurungan, 61 peratus sentiasa dalam kebimbangan dan 34 peratus berada dalam tertekan akibat tekanan pekerjaan.

Pejabat 5 Exco Kerajaan diceroboh
Tahap keselamatan Pusat pentadbiran kerajaan di Kompleks Kota Darul Naim Blok 1 di sini yang menempatkan pejabat beberapa Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri dimasuki pencuri awal hari ini.

Selain pejabat pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Perpaduan Masyarakat Datuk Anuar Tan Abdullah dimasuki pencuri, pejabat pentadbiran pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat Datuk Husam Musa serta pejabat pentadbiran pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam dan Dakwah Hassan Mahmood turut berselerak.

Pegawai khas Husam, Abdul Razak Abdul Ghani memberitahu kejadian itu disedari oleh seorang kakitangan pentadbiran yang datang ke pejabat itu kira-kira pukul 12 tengah hari.

Katanya pejabat pentadbiran Husam dan beliau turut digeledah tetapi beliau tidak pasti sama ada dokumen penting turut hilang sehingga pemeriksaan sepenuhnya dibuat esok.

Abdul Razak berkata wang tunai RM3,000 hilang dari pejabat pentadbiran Hassan dan sekeping cek kerajaan RM33,000 turut hilang dari pejabat Anuar Tan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan ACP Mazlan Lazim mengesahkan polis menerima laporan berhubung kejadia itu daripada seorang kakitangan kerajaan negeri.

4 Respons

  1. si keri tu layak bagi mat-mat rempit jer berdebat ngan dia. takder apa-apa pun. aku nak tunggu sampai pak mertua dio turun takhta jer camner dengan si mamat ni lepas tu.aku nampak akan jadi lebih daripada si madey la gamaknya. bukan setakat disisih oleh bekas-bekas penjilat dia tapi mungkin sampai kena tuduh sebagai pengkhianat negara. elok la buang daerah hantar ke singapura.

  2. isu-isu lojing tak habis lagi-lagi

  3. isu loging abih doh .. loni puok2 UMNO create isu baru pulok..
    isu pasal penebangan hutan dara di banjaran timur .. untuk tane pohon getoh….
    palo pengat dionyo tok wokil Krai.. Datok Jali hok ado skandal dgn orang gaji mek sie…..
    dok ulas dale TV3 naknak male….

    kesudehe guano weih..??? kita tunnggguuuuuu ….

  4. Biar YB Jali la nak kata begapo pun, tok guru jange dok laye sangat!!! Takke puak kita tak tahu….. dianya nak tutup skandal dia dok gege gegak di Kuala Krai ler ni.

    Wartawan TV3, Khaidir tu tak tahu citer sangat, semo tu pakat nak mapuh Yb Jali.

    Baru ni si Sazmi senyap sedu dah, Sazmi napok bodo dia sediri.

    Ni YB Jali nak ke balah tu jugak ba kali.
    Amba salut kat tok guru selesai masalah, dia biar dulu gapo demo nak kata, kata gilaaaaah

Tinggalkan jawapan