Isu Wolfowitz: Anwar nafi dakwaan Khairy

Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan beliau terbabit dalam skandal berkaitan Shaha Ali Reza, teman wanita Presiden Bank Dunia, Paul Wolfowitz seperti dakwaan Khairy di Kota Bharu, ahad lalu.

Anwar yang juga Pengerusi Yayasan Masa Depan, berkata keputusan pelantikan Reza itu dibuat Jawatankuasa Eksekutif yayasan itu pada pertengahan 2006 bagi menyeragamkan pelantikan beliau dari Bank Dunia.

“Saya tidak melantik Shaha Ali Reza ke yayasan. Beliau ditugaskan ke Bank Dunia menerusi Jabatan Negara Amerika Syarikat untuk yayasan pada akhir 2005, sebelum saya menjadi pengerusi,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Yayasan Masa Depan adalah sebuah badan bebas membabitkan kerajaan dan masyarakat bagi menyokong pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha membangunkan demokrasi serta kebebasan di Asia Barat dan Afrika Utara.

Pada Oktober lalu, Anwar dikatakan menulis surat kepada Robin Cleveland, penasihat Wolfowitz di Bank Dunia, meminta Shaha Ali Reza ditukarkan dari Jabatan Negara Amerika ke yayasan itu, sekali gus menyempurnakan ‘perjanjian’ yang disusuli peletakan jawatan Wolfowitz.

Anwar juga mencabar mana-mana pihak yang mengkritiknya supaya membuktikan kaitan antara yayasan itu dengan Presiden Bank Dunia, Paul Wolfowitz.

“Saya sungguh kecewa kerana perkara ini dijadikan satu propaganda kotor. AS tidak pernah memberi satu sen pun kepada yayasan ini dan kami mempunyai bukti.

“Ini semua propaganda yang menggunakan akhbar-akhbar tempatan bagi memanipulasi keadaan,’’ katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian bangunan Pejabat Agung Pas di Jalan Raja Laut di sini.

2 Respons

  1. mgkin Khairy nak cari peluang jatuhka reputasi Anwar lepas anwar hentam Khairy masa malam last kempen PK Ijok agaknya..

  2. woiii keri ko aku nampak labih baik dok diam la.

Tinggalkan jawapan