Pengumuman kenaikan gaji kakitangan awam oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam menyebabkan PAS akan mempercepatkan persiapan untuk menghadapi pilihanraya umum ke-12 bila-bila masa dari sekarang.

Naib Presiden PAS, Dato’ Haji Husam Musa menegaskan, beliau secara peribadi menjangkakan pilihanraya umum akan diadakan menjelang Ogos ini, iaitu sebelum negara menyambut hari kemerdekaan ke 50.
“Kakitangan awam akan menerima gaji baru pertama mereka pada hujung Julai, memasuki bulan Ogos dan inilah ‘feel good factor’ yang disebut oleh Pak Lah,” katanya ketika mengaitkan kenaikan gaji itu dengan jangkaan tarikh pilihanraya.
Husam turut menempelak kaedah sedemikian yang sering digunapakai oleh Kerajaan BN setiap kali berdepan dengan pilihan raya umum.
“Ini taktik lama, dah usang. Apabila hampir pilihanraya, pelbagai tindakan kerajaan lakukan untuk menggula-gulakan rakyat,” ujarnya ketika ditemui selepas majlis perasmian Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut di sini.
“Rakyat perlu ada kesedaran tinggi terhadap ‘good governance’ atau kerajaan yang baik, kerana ia seharusnya lebih mustahak daripada kepentingan-kepentingan peribadi diri kita, “ tambah beliau lagi.
Situasi ini juga katanya akan membina jurang yang lebih besar memandangkan mereka yang tidak makan gaji akan lebih menderita.
Husam berulang kali menyatakan bahawa langkah terbaik yang perlu diambil kerajaan ialah dengan menurunkan harga petrol dan diesel sebanyak 40 sen agar segenap lapisan masyarakat dapat menikmati faedah dan memperbaiki taraf hidup semua.
Bagi Kelantan pula, beliau menjelaskan kenaikan gaji tersebut tidak memberi masalah yang besar kepada BN kerana kakitangan kerajaan Kelantan akan menerima kenaikan yang serupa.
Sebelum ini, kesan kenaikan harga minyak telah dikaitkan dengan kenaikan kos sara hidup, pengangkutan dan barangan seperti, bahan mentah, peruncitan dan makanan
Difailkan dalam: Negeri Ambo, Politik









emmmm,
jolo sgt la tu.bkn setakat hok tak mkn gaji,ambo hok makan gaji swasta pon teraso.area kawe ni tpt kijo sumo swasta,gaji kerajaan naik,set2 kedai mamak awal2 lagi wat naik harga makanan.kito nyo takde kenaikan gaji.Naya la macam ni.
Pak Lah sengih lebar bilo pekerja pakat tepuk tangan ketika ucapan kenaikan gaji.tak nampak dah kesengsaraan orang lain hok tak mengecapi kenaikan ni.
kito ni doh la gaji tak naik,barang macam susu bayi,milo dan tepung dah naik.ambo sendiri hok suko minum Milo,loni tukar ke Ovaltine pasal Milo mahal.
Pilihanraya ni ambo nok pankoh PAS.Kalahkan kerajaan Barang Naik
comey benar sedara Jeming tak minum milo….saya pun tak minum jugak…tapi bukan kes mahal…kes keluaran Yahudi…Nestle termasuk dlm list boikot…..yang mana kita dpt boikot..teruskan boikot
aku bukan nak bersangka buruk sangat sebab aku pun melayu juga tapi memang hati aku tak pernah rasa yakin orang melayu kita ni takkan berubah dalam masa terdekat ni. kalau setakat yang berubah 2-3 orang je tak kemana perubahan tu. maaf, aku bukan nak pandang rendah tapi realiti kita sekarang kita sepatut telah melakukan perubahan yang lebih besar lagi. c’mon dah 50 tahun negara merdeka. takkan kita masih nak mengharapkan perubahan 2-3 kerat je. sampai bila kita nak berada tahap macam hari ni. aku tak heran kalau masa sekarang ada orang melayu malu nak mengaku dia melayu sebab memang bangsa kita tak kemana pun hari ini. takut pada perubahan.
Oleh Harakahdaily.net
PAS mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan kenaikan gaji lebih 1 juta kakitangan awam pada kadar 7.5 peratus hingga 35 peratus yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam yang berkuatkuasa 1 Julai ini.
Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli berkata kenaikan ini memang telah lama ditunggu-tunggu sejak kenaikan terakhir yang berlaku sebelum ini pada awal 1990an dahulu.
“Jika dipandang daripada satu sudut, kerajaan dapat membantu menaikkan taraf hidup rakyat dengan menurunkan harga barang secara signifikan dengan dimulakan dengan menurunkan harga minyak agar dinikmati semua pihak,” kata beliau.