Kelantan Sana Sini: Pendaki solo Kelantan tawan tiga puncak Everest

Pendaki solo Kelantan, Asyran Raoef Amran, 29 (gambar), berjaya menawan tiga puncak di pergunungan Everest dalam tempoh 15 hari ekspedisi pendakian yang berakhir kelmarin.

Asyran Raoef dapat menawan Everest Camp I setinggi 6,050 meter; Kalapattar 5,545m dan Island Peak 6,160m menerusi pendakian solo dari sebelah Nepal bermula 6 Mei lalu.

Pengarah Urusetia Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan negeri, Ab Aziz Yunus, berkata Asyran Raoef kini dalam perjalanan turun dari Island Peak yang ditawannya pada pagi Sabtu lalu.

Tanaman Cili beri pendapatan lumayan
Tanaman cili secara fertigasi yang dilaksanakan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Kelantan kini mampu membantu pesertanya memperoleh pendapatan sehingga RM3,000 sebulan.

Kejayaan itu dibuktikan dua petani yang dipilih LPP menjayakan projek di Kampung Tok Dukang dekat Banggol di sini, sejak awal tahun ini, menerusi pembiayaan Program Pengeluaran Bahan Makanan.

Pengarah LPP Kelantan, Samsuddin Abd Rani, berkata tanaman cili fertigasi tidak memerlukan kawasan luas kerana membabitkan penyusunan polibeg pokok cili di bawah rumah lindungan.

Katanya, kawasan tanah seluas 0.4 hektar mampu menempatkan 3,000 pokok cili yang ditanam dalam polibeg berisi habuk sabut kelapa di samping pembajaan secara salur paip.

Muktamar PAS di Kota Bharu persiap hadapi pilihanraya ke 12
PAS yakin pemilihan parti itu pada Muktamar Tahunan Pas Ke-53 mulai 1 hingga 3 Jun ini tidak akan menjejaskan keutuhan parti kerana tumpuan pastinya akan lebih terarah kepada usaha menghadapi pilihan raya umum.

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa membayangkan kemungkinan tidak banyak perubahan berlaku dalam pemilihan pucuk pimpinan parti itu ketika spekulasi semakin hangat diperkatakan bahawa jawatan Timbalan Presiden akan dicabar.

Husam berkata, beliau secara peribadi berpendapat bahawa dalam suasana pilihan raya umum semakin hampir, mana-mana pimpinan parti tentunya akan mengutamakan keutuhan parti.

‘‘Perdana Menteri sudah bagi isyarat (pengumuman kenaikan gaji kakitangan awam), jadi kita kena ambil berat isyarat ini, tak boleh ketepikan. Mungkin sebulan dua selepas muktamar, pilihan raya diadakan.

‘‘Sebab itu secara umum saya yakin jawatan Timbalan Presiden tidak akan dicabar. Pimpinan Pas sendiri matang dan bertanggungjawab, jadi kekuatan parti menjadi keutamaan,” katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

2 Respons

  1. Bernama melaporkan Kerajaan Pusat sudah meluluskan peruntukan RM30 juta untuk membina jalan yang menghubungkan bandar Jeli dengan Sungai Rual dekat sini, dalam usaha memajukan perkampungan Orang Asli yang tinggal di kawasan pedalaman jajahan itu.

    Menteri Pengajian Tinggi yang juga Anggota Parlimen Jeli, Datuk Mustapa Mohamed berkata pembinaan jalan sejauh 9km itu akan dimulakan hujung tahun ini, dan ia dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh setahun.

    PELIK JUGA KERAJAAN BARANG NAIK (BN) ni, patutnya yang projek juta-juta dan dibawah seliaan JKR, patutnya Menteri Samy lah yang umum, ni Menteri yang jaga budak U yang umum.

    Kalau jambatan runtuh, PM dan Najib marah kat Samy pasal tak buat kerja, macam-macam lagi.

    Ini yang rosak kerja JKR, yang jaga budak-budak U yang kerjakan….. punah ranah habis kerajaan Barang Naik (BN) di bawah Pak Lah anak Beranak.

  2. aiiii, Dato’ Pa Dato’ PA, makin hari makin buang tebiat la. dah la hari tu dok bising pasal budak U main politik. ni dok kacau kementerian orang lain pulak. apsal tak cadangkan buat UMK2 kat jeli tu. lepas tu buat syarat la sapa-sapa nak masuk U tu wajib daftar ahli UMNO. kelulusan SPM berapa tak kesah lantak la. janji korang ahli UMNO.

Tinggalkan jawapan