Kelantan Sana Sini: Nuar Musa ‘babat’ Nak pindah Projek

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Annuar Musa berkata, Kerajaan Pusat sedang menimbang memindahkan projek itu ke negeri lain bagi mengelakkan perancangan tergendala.

“Sekarang ini, sudah ada tanda-tanda beberapa projek RMK-9 akan tertangguh di negeri ini kerana kurang kerjasama kerajaan negeri dan sikap itu dikhuatiri menyebabkan projek berkenaan dipindahkan ke negeri lain.

“Kita mendengar ura-ura Institut Latihan Perindustrian (ILP) dan Kolej Matrikulasi yang sepatutnya didirikan di Kelantan mungkin dipindahkan ke negeri lain kerana masalah tapak yang tidak dapat diselesaikan.

“Sehubungan itu, saya sangat berharap kerajaan negeri dapat memberikan kerjasama dan tidak mempolitikkan projek yang akan dilaksanakan Kerajaan Pusat demi kepentingan rakyat di negeri ini,” katanya.

Nuar Musa patut tahu siapa diri dia. Dia hanya Ketua Pembangkang di DUN Kelantan dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri. Menteri Pusat di Kelantan hanya Dato Pa dengan Dato Awang Adek sahaja. Kalau dua orang ini tak ambil hal sebagaimana yang Nuar sebut, jadi siapalah Nuar Musa nak suruh batal Rancangan Malaysia ke 9 nak buat projek ILP, “Baso Hidung tak macong pipi tersorong-sorong”.

Ni lah perangai Nuar Musa yang tak berubah sejak dulu hingga kini dan mungkin boleh jadi selamanya

Upen Buat Kajian tapak sesuai pembinaan Loji minyak
Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) kini sedang membuat kajian menentukan kesesuaian tempat bagi pembinaan tapak loji simpanan minyak sama ada di Tumpat atau Bachok.

Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat , kerajaan masih menunggu keputusan Upen yang kini sedang menjalankan kajian mencari lokasi terbaik untuk pembinaan loji minyak.

“Kerajaan negeri akan mengumumkan hasil kajian tersebut bagi melihat tempat yang paling sesuai di antara dua lokasi terbabit. Kita memang menerima kedua-dua syarikat yang menawarkan diri untuk melabur dalam projek ini,” katanya di sini, semalam.

Baru-baru ini, syarikat pengangkut petroleum Malaysia, Trans-Peninsula Petroleum Sdn. Bhd. dilaporkan merancang melabur sebanyak RM24 bilion untuk membina saluran paip minyak merentasi Semenanjung.

Pengorbanan kaum Ibu dihargai kerajaan negeri
Lima kategori diperkenalkan bagi menobatkan ibu yang paling cemerlang di Kelantan tahun ini.

Kategori ibu bekerja, armalah (ibu tunggal), ibu orang kurang upaya (OKU), ibu surirumah dan anugerah khas.

Setiap ibu yang cemerlang daripada lima kategori itu akan menerima wang tunai RM3,000, plak dan sijil penghargaan. Mereka akan diraikan pada sambutan Hari Ibu peringkat negeri yang dijangka diadakan awal Julai depan.

Melalui Tokoh Ibu 2007, Urusetia Pembangunan Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan telah mengedarkan borang penyertaan kepada orang ramai.

Pengarahnya, Haji Abdul Aziz Yunus berkata, tarikh tutup penyertaan tersebut pada 4 Jun ini yang terbuka kepada semua ibu tanpa mengira bangsa dan agama.

“Pada tahun ini kita mengharapkan ada penyertaan calon bukan Melayu bagi merebut kategori yang dipertandingkan,” katanya di sini.

Anugerah Tokoh Ibu mulai diperkenalkan kerajaan negeri pada 2005, sempena sambutan Hari Ibu yang diadakan di Balai Islam, Lundang akan disempurnakan kan Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

Tinggalkan jawapan