Malaysia dijajah semula?

Oleh: Alex Ong
Komitte Pelaburan Asing(FIC), Suruhanjaya Sekuriti (SC) ,Bursa Malaysia (KLSE), dan Minority Watchdog Group adalah kelompok produk ekonomi-politik yang menjahanamkan kewibawaan dan kemerdekaan negara.

Badan-badan tersebut seharusnya mempunyai bidang kuasa untukmenjagadan membela kepentingan ekonomi Negara tetapi kini telah menjadi Agensi yang sangat mudah dipermainkan dan tidak mempunyai kuasa yang luas untuk memperakukan undang-undang berkaitan dengan ekonomi, pelaburan dan kewangan.

Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, telah mengelirukan Rakyat Malaysia dalam hujah beliau tentang penilaian ringgit yang menguat tidak memberikan kesan masalah kepada ekonomi negara.

Mengikut laporan Bursa Saham Malaysia Key Indicator, Indeks komposit Bursa saham Malaysia pada bulan Mei 2006 tercatat 927.28 dimana Nilai Market capitalization mencapai RM 750.96 billion.

Perkembangan terakhir di Bursa Saham Indeks composite pada April 2007 telah mencatatkan 1322.25 dengan nilai marker capitalization RM 1,056.10 billion.

Fenomena ‘hot money’ yang saat ini melanda pasaran modal Malaysia menimbulkan banyak perdebatan mengenai kemungkinan terjadinya krisis ekonomi jilid dua. Apakah ini suatu kekhawatiran yang berlebihan?

Hot money adalah dana dari luar negeri dalam jangka waktu yang sangat pendek yang masuk ke dalam pasar finansial (pasaran modal, pasaran wang atau pasar mata wang).

Fakta bahwa rezab Bank Negara Malaysia pada waktu ini USD 88.billion ini cukup membuat banyak pihak yang percaya bahwa Malasyia akan mampu mengatasi ‘larinya hot money’ ini tanpa menimbulkan krisis.

Dalam perkembangan dua belas bulan terakhir,RM 305.14 billion “hot-money” telah masuk kepasaran modal Malaysia tanpa pengawasan yang ketat oleh FIC maupun suruhanjaya sekuriti.

Ia telah menjadi satu femomena yang sangat membinbangkan kerana kemasukan “hot-money” ke pasar modal Malaysia telah melebihi rezab bank Negara RM 301.24 billion yang merupakan penjamin mata wang ringgit.

Cuba bayangkan sesuatu aksi yang drastic berlaku dimana “hot-money” sebanyak RM 305 billion tiba-tiba di tarik dari system pasar modal Malaysia;

Tetapi berbincang mengenai implikasi hot money menjadi krisis ekonomi hanyalah persoalan magnitude, seberapa besar, dari persoalan mendasar hot money itu sendiri.

Pada skala yang normal pun, hot money itu sendiri sudah menyebabkan volatiliti yang luar biasa pada pasar finansial terutama di negara-negara membangun (emerging market).

Hot money tidak saja akan meningkatkan volatilii atau fluktuasi harga tetapi juga membuat harga instrumen (saham, bond, mata wang) terlepas “kaitannya” dari penilaian asset-nya yaitu syarikat (saham dan bond) atau negara (mata wang).

Sebenarnya hanya 20-25% “hot-money” dibawa keluar dari pasaran financial Malaysia, kedaulatan ekonomi negara akan tergugat.

Kita harus ikhlas menyoal Menteri kewangan Malaysia Kedua yang bertanggungjawab membenarkan pengaliran “hot-money” yang begitu besar kedalam pasaran modal Malaysia tanpa mengambilkira implikasi dan kesan terhadap ekonomi Negara.

Asas ekonomi Negara sekarang sangat bergantung kepada ekspot Minyak petroleum dan kelapa sawit serta barangan elektronik. Perdagangan petroleum di lakukan dengan mata wang Amerika di mana negara telah menghadapi kerugian hampir 11% kenturunan nilai dari 750,000 barrel yang di jual ke pasaran dunia.

Ekonomi Malasyia sekarang sangat bergantung kepada ekspot minyak sawit yang mencapai 12 juta Mt setahun dari 4.2 juta hekter ladang tanaman. Penghasilan yang meningkat di ladang soya dan Sunflower akanmencabar kedudukan minyak sawit.

Apakah tindak laku orang terkaya seperti Robert Kuok, Ananda Krisnan, Syed Mokhtar, Kuek Leng Chan yang menswastakan syarikat mereka dan ada yang memindahkan penyenaraian Syarikat mereka di bursa saham luar Negara perlu perhatian dari Perdana Menteri sendiri?

Apakah gelombang penswastaan ini boleh di anggap sebagai satu tanda kehilangan keyakinan terhadap pengurusan ekonomi Perdana Menteri Malaysia?

Yang pasti dan sedang bergiat ialah syarikat strategic Negara seperti sector komunikasi, pelabuhan, perubatan, perbankan dan kewangan sudah mulai di kuasai Temasek holdings yang dukung negara barat.

Perdana Menteri sebagai menteri kewangan Malaysia Pertama perlu bangun dari alam mimpi “feeling good” kerana tanpa pengawalan dan pengawasan pengaliran “hot-money” yang ketat, Malaysia akan dijajah kembali oleh kuasa ekonomi dunia.

————
Alex Ong adalah juga seorang penganalisis ekonomi berasal dari Kelantan yang juga aktivis Migrant CARE (Perhimpunan Indonesia untuk Buruh Migran Berdaulat – Member of Migrant Forum in Asia and International NGO Platform on Migrant Workers’ Convention)

3 Respons

  1. harga saham masih seperti pada tahun 1977. tahun merudumnya ekonomi negara malaysia dan serantau. sebelum itu indeks komposit berada di paras 1200-1300 mata. seorang dengan pelaburan RM50 ribu boleh mendapat pulangan tahunan sekitar RM5000-6000.00. hari ini indeks komposit berada jauh lebih tinggi dari paras tahun 1977, malangnya pelaburan RM50,000.00 memberikan pulangan sekitar RM1000.00. Baikkah ekonomi ? Setiap hari media arus perdana mencanagkan isu IK yang tinggi, tetapi malang bagi rakyat malaysia kerana “habuk pun tarak”.

  2. Untuik setiap mata indeks komposit perubahan di BSKL, untung rugi
    RM 700juta akan di alami pelabur.

    Kekayaan pelabursaham sangat merujuk kepada naik turun indeks komposit.

    Syarikat swasta yang baik lagi cari jalan kelaur dari bursa dengan memaksa pelabur kecil jual saham mereka dengan harga yang totawarkan saja.

    Berbeza dari Singapura; Syarikat umum yang mau di swastakan wajib menggumpul 90% saham sebelum melakukan tawaran kepada orang umum untuk beli-balik saham.

    DI Malaysia hanya mengumpul 70% saja pemegang saham besar sudah boleh paksapemegang saham kecil jual saham mereka dengan harga yang rendah.

    Apa Fungsi Minority watch dog Group? Duduk diam dapat duit!

    Yang paling lucu ialah pemegang saham besar selalunya mendapat pinjaman dari KWSP untuk beli saham yang di pegang KWSP!

  3. Keadaan akan semakin gawat lagi mulai tahun depan. Bajet 2008 menghapuskan cukai dividen. Ini bermakna para pemegang saham syarikat-syarikat berpotensi akan semakin rakus. Jurang perbezaan kaya — miskin semakin dalam.

    Pelik! Pelik! Pendapatan individu yang diperolehi melalui jalan dividen dileppaskan tanpa sebarang cukai tapi pendapatan individu melalui jalan upah (termasuklah gaji sektor awam) dikenakan cukai dan mereka yang ingkar dcari hingga ke lubang cacing dan diheret hingga ke muka pengadilan.

    Akhirnya, siapakah yang menang? Siapakah yang menjadi pemunyai kekayaan dan negara Malaysia itu sendiri? Tentulah pemegang saham yang bukan sahaja sudah sedia kaya raya tetapi diperkayarakan lagi oleh bajet negara.

    Tidak mustahil negara akan dijajah….sebenarnya, jika ia berlaku, maka inilah kali pertama Malaysia dijajah dan inilah penjajahan yang sebenar. Saya pernah menulis bahawa Malaysia tidak pernah dijajah dan oleh kerana titu tidak sewajarnya diadakan sambutan hari kemerdekaan kerana ia tidak lain dan tidak bukan melainkan hanya satu ’sogokan’ kepada minda masyarakat bahawa mereka lemah dan mereka mempunyai sejarah dan berasal dari yang lemah…dengan demikian mereka kemudian mendendangkan lagu motivasi ‘ingat-ingat asal-usulmu’….[sebenarnya kita perlukan satu hari kebesaran yang menunjukkan kita besar, mampu, bertenaga dan berdaya saing....kita perlukan satu sambutan hari 'kebangsaan'...hari apabila bangsa kita wujud iaitu hari yang menunjukkan betapa pintarnya kita, betapa kuatnya kita, betapa cerdik pandainya kita hinggakan kita mampu membentuk bangsa kita sendiri tanpa bantu pihak lain bahkan terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran]

    Kembali kepada persoalan pokok, akan dijajah kita? Sebenarnya kepimpinan negara ini sedang berkempen (tanpa disedari) supaya Malaysia dijajah….itulah hakikatnya.

    Wallahu a’lam

Tinggalkan jawapan