KOTA BHARU: “Saya ini Ahli Parlimen! Jangan memperkecilkan saya,” tegas Menteri Pengajian Tinggi yang juga Adun Ayer Lanas, Datuk Mustapha Mohamed.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Wan Abd Rahim Wan Abdullah yang menolak lima usul dikemukakan Barisan Nasional (BN) dengan alasan penolakan itu selari dengan amalan dan peruntukan yang digunakannya di Parlimen.
Mustapa yang juga Ahli Parlimen Jeli mendakwa tindakan Wan Abd Rahim itu tidak tepat dan berlandaskan kepada peruntukan yang tidak relevan.
“Kalau Speaker bercakap soal Parlimen, kita ada Perdana Menteri dan Speaker Dewan Rakyat yang mengambil sikap liberal terhadap usul pembangkang.
Isu Speaker menolak usul pembangkang biasa sahaja, sudah difahami oleh pembangkan di Parlimen, tetapi pembangkang di Kelantan berasa dia juga berasa sebagai kerajaan di Kelantan. Speaker kena turut kehendaknya.
Tugas mana-mana Speaker pun adalah menjaga kepentingan kerajaan terlebih dahulu atau dengan kata lain mendahului urusan kerajaan daripada urusan pembangkang.
Sikap inilah yang sepatutnya difahami oleh Annuar Musa dan Mustapa. Pengalaman jadi Menteri tidak mengajarjarnya jadi matang dalam bertindak. Bertindak ikut emosi.
Sebenarnya Mustapa dan Annuar Musa pun lupa juga, Parlimen telah mengambil tindakan gantung selama 6 bulan Karpal Singh (DAP Bukit Gelugor) kerana mempertikaikan keputusan Speaker.
Tindakan liberal apa ni, Speaker DUN Kelantan tidak ambil tindakan tu dah kira lembut dan lebih demokratik lagi daripada Speaker Parlimen waktu itu.
Satu lagi kes selepas itu iaitu YB Fong Po Kuan (DAP – Batu gajah) juga digantung selama enam bulan dan kesemua kemudahannya sebagai Ahli Parlimen ketika mempertikai keputusan Speaker menolak usulnya mengenai sijil CLP untuk peguam.
Fong ketika itu mempertikaikan keputusan Speaker di dalam Dewan dan di luar Dewan menyebabkan Perdana Menteri mencadangkan kepada Speaker supaya tindakan dikenakan sekiranya YB Fong tidak menarik balik atau memohon maaf kepada Speaker dan Parlimen. Bagaimanapun Fong tetap dengan keputusannya. Peristiwa ini berlaku pada 11 Disember 2001, lihat Penyata Dewan Rakyat muka surat 25 11 Disember 2001.
Isunya di sini adalah Speaker Parlimen lebih tegas berbanding Speaker DUN Kelantan.
Kenyataan Mustapa jelas mempertikaikan keputusan Speaker DUN yang menolak 5 usul anggota BN di dalam dan di luar Dewan.
Sepatutnya Spaker DUN mencontohi Speaker Parlimen dalam mendisiplinkan anggota-anggota Dewan.
Filed under: Negeri Ambo | 5 Komen »





















