Najib: Hampir jatuh…. dan akhirnya akan tersungkur jua

Peristiwa sebulan dua betul-betul menguji kewibawaan Najib. Dari isu komisyen pembelian kapal selam yang bernilai ratusan juta, kisah Altantuya yang ditimbulkan semasa pilihanraya kecil Ijok dan perbicaraan kes Altantuya dibunuh masih berlangsung di mahkamah, isu pampasan pembatalan projek Insinerator Broga dan kini isu Helikopter Nuri pula.

Pening I
Dalam kegawatan isu-isu yang kesemuanya menyentuh hati nurani rakyat, Perdana Menteri sempat pula bercuti ke Melbourne kununnya berbulan madu. Balik dari bercuti mungkin ada sesuatu yang drastik akan diumumkan oleh Pak Lah Badawi.

Mengenai pesawat Nuri, akhirnya Kabinet bersetuju supaya pesawat Nuri yang digunakan Angkatan Tentera Malaysia sejak 1968 digantikan dengan pesawat baru tetapi dalam masa dua hingga tiga tahun.


Tetapi Najib yang mempengerusikan mesyuarat mingguan Kabinet berkata beliau telah memaklumkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang kini bercuti, tiba-tiba Najib kini sudah mula tidak berani membuat keputusan sendiri seperti sebelumnya ketika hendak beli kapal selam dulu.

Komisyen beli kapal selam sebanyak RM520 juta kepada Abdul Razak Baginda seperti yang didakwa Dato Seri Anwar barangkali tak sempat lagi nak diagih-agih, tiba-tiba Altantuya pula dibunuh, Siapa pembunuh, tak tahu lagi?

Pening II
Sebelum ini, Najib dilaporkan berkata kerajaan memang mempunyai rancangan untuk menggantikan helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), bagaimanapun bukan dalam tempoh terdekat ini.


Mungkin kerana agen pembeli peralatan Tentera Najib sedang dibicarakan di Shah Alam. Ini yang menjadi antara kepada Najib dalam menggantikan Nuri. Kita hampir percaya, jika Razak Baginda bebas, Najib akan serahkan projek Helikopter baru kepada Razak.

“Kerana helikopter jenis itu masih boleh digunakan,” kata Najib.

Manakala Salahuddin Ayub, Ketua Pemuda PAS berkata, “Apa maksud Najib bila beliau mendakwa Nuri masih boleh digunakan? Nak tunggu berapa orang terkorban? Atau nak tunggu sehingga (Datin Seri) Rosmah (Mansor) terlibat dalam kemalangan ketika menaiki Nuri baru hendak menggantikan helikopter pemangsa itu?”

Semua ini ujian bagi Najib yang akan menentukan kedudukan beliau seterusnya.

Pening III
Kisah gambarnya bersama Altantuya yang cuba diimiginasikan oleh Tian Chua, Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut menghantui beliau.

Akhbar mingguan SIASAH minggu lalu melaporkan Tian Chua mencabar Najib supaya menyamannya di mahkamah sivil mengenai imaginasi gambar Najib bersama Altantuya dan Razak Baginda di sebuah restoran di Perancis.

Naib Ketua Pemuda Umno juga buat repot Polis supaya langkah Tian Chua itu disiasat, bagi setengah-setengah orang boleh memakan diri sendiri. Tian Chua tidak takut dengan repot Polis tersebut bahkan mencabar Najib supaya menyamannya di Mahmakah Sivil.

Pening IV
Selasa lalu di PUTRAJAYA, Dato’ Husam Musa pula membawa surat terbuka dan memorandum bertajuk “Memorandum Beban Kronisma Pengurusan Sampah” yang dihantar kepada Najib untuk diselesaikan. Permintaan Husam mengenai Isu pembatalan projek Insinerator di Broga menambah pening kepala Timbalan Perdana Menteri.

Permintaan Husam adalah berkisar wang rakyat yang akan dihabiskan begitu sahaja dan bagaimana kerajaan boleh mengurangkan kos pampasan kepada Ebara untuk menjimatkan wang rakyat. Pampasan yang dijangka antara RM500 juta hingga RM700 juta teramat besar nilainya bagi rakyat.

“KENAPA HANYA SEKARANG KERAJAAN MENYEDARI KOS TERSEBUT ADALAH AMAT LUAR BIASA TINGGINYA? Dengan tenaga kepakaran sedia ada dan dengan bantuan konsultan, adalah mustahil kerajaan tidak menyedari implikasi yang tidak tertanggung ini.

“Lebih-lebih lagi, isu ini telah dibangkitkan secara terperinci oleh Ahli Dewan Rakyat Bukan Kerajaan termasuk saya sendiri, sejak Jun 2003 atau setahun setengah lebih awal dari keputusan rasmi Kerajaan menerima projek ini pada Disember 2004.

“Pada akhirnya, syarikat tertentu akan mengaut keuntungan sementara negara akan mengalami beban kewangan dan merugikan rakyat jelata,” dakwa Husam dalam memorandum dan surat yang dihantar kepada Najib.

Wang kerajaan juga wang rakyat. Rakyat terpaksa melihat dan menanggung wang berjuta-juta kerana karenah pemimpin negara yang tidak membuat kajian sehalusnya mengenai sesuatu projek.

Ketika kerajaan nak mulakan projek sekitar tahun 2003 dahulu, rakyat sudah mula bantah. Bagaimanapun kerajaan tetap berkeras hendak melaksanakan juga, akhirnya kerajaan melalui Najib membatalkan projek tersebut dengan alasan kos.

Allah Maha Berkuasa!!

// Ada LAGI….bersambung….. penulispun dah pening kepala juga, akan bersambung dengan kisah RASUAH.

6 Respons

  1. tok lamo hekdoh dah tuuu………

  2. apa la korang ni. asyik nak kutuk orang. tapi pengurusan diri sendiri tak betul. tunjukkan dulu tauladan yang betul.

  3. jolor tue kelate maju .. ambe setuju…
    kito lok jah bia la dio nok buat ggapo pom …
    jange di kato ggapo satu .. lokkk.. semacam….
    ikut lah nok jadi guano pom…
    jange di tegorr.. jange di sekat.. jange dihalang …
    dio nok kekoh pitih rakyat korr..
    dio nok penaik hargo bare kor…
    dio nok mmunoh akidah rakyat korr…
    nok krenak rakyat kor… nok nyaknyor rakyat kor..
    biaaarrrr…..
    tak paaa….. tak paaa…. biaq pi…. biaq pi…

    kalu semua peel peranga supo demo gak …
    nati kelih la belako kalu panje omorr…
    nya betemu la rabu nga komih ..

  4. nuri hanya akan di ganti skiranya nuri di gunakan untk angkut VIP termasuk najib. olehkerna najib kata nuri masih in operational stage’ maka, nuri wajib digunakn oleh VIp termasuk CO-co /komander2 tentera. juga stelah anak masing2 terkorban, baru la terhegeh2 nk bangun buka mata buat kerja. jika rosmah yg dlm nuri & ditakdirkn korban, najib x rasa apa2. lehcari baru.

  5. Kalau dah babi dan anjing dipilih memimpin negara,hal babi pun tak hirau dah geng diorang.Ingatlah bangsa melayu,kereta proton yang dibeli adalah satu cara menyokong rasuah,dah ramai yang berbangga dengan kereta proton kerana ada sekor babi tua pernah berkata dahulu,berbanggalah kita dengan kereta buatan malaysia,walaupun bumbung karat,pintu karat,melayu tetab berbangga,di jalan raya ajaklah alfa,bmw,merc dan volvo berlumba kerana kita harus berbangga dengan kereta resuah buatan malaysia….hutanglah sampai 9tahun untu beli sampah buatan malaysia,pemimpin kaya,melayu yang dah sedia layu jadi papa….kereta yang dibuat oleh orang putih atau kafir,melayu kita kata kuat minyak,maintainance tinggi,sungguh murah maitainance kereta proton waja dan gen-2serta perdana v6. Kereta yang dicipta oleh orang kafir boleh bertahan sehingga 50-60tahun,tapi di malaysia akal orang melayu cuma ingat kereta proton,walaupun karat dan rasuah,tetap proton.. HIDUP PROTON!!!!!mati lah kereta buatan negara lain walaupun lebih murah dan tak berkarat di bumbung…

  6. Najib mahu ahli Umno tumpu pilihan raya
    Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak, berkata setiap ahli perlu menumpukan kepada usaha memperkukuhkan kedudukan parti bagi menghadapi pilihan raya dan mengetepikan soal pemilihan pucuk pimpinan.

    “Bagi parti, keutamaan kita ialah menguatkan Umno sebagai sebuah organisasi dan persediaan menghadapi pilihan raya ini mesti diberi keutamaan,” katanya yang menyifatkan 2007 sebagai Tahun Memperkukuhkan Umno.

    ==> Tanda pilihanraya hampir atau NAJIB mahu supaya semua ahli Umno lupa kpd jawatan, dan mudah bagi kroninya dapat jawatan tersebut.
    ==> Hanya Khary yang tahu arahan tersirat dan mainan politik dalaman Umno.

    ==> Maklumat dalaman memang Najib sedang menyusun orang-orangnya untuk menjadi calon pada pilihanraya akan datang.
    ==>Bagaimanapun sepak terajang Najib sudah diketahui oleh Khairy dan Muhyiddin Yassin.

Tinggalkan jawapan