Makanan berasas Belut popular di Kelantan

Belut atau nama saintifiknya Monopterus albus (foto hiasan dat The Star) termasuk kategori ikan dan berbentuk panjang dengan kepalanya yang bulat dan berinsang. Sungguhpun ramai yang tidak “sudi” makan belut, tetapi diakui, hidupan air tawar ini kaya dengan pelbagai khasiat.

Spesies belut mempunyai nilai pemakanan yang tinggi. Khasiatnya dikatakan setanding ikan tenggiri dan selar, mengandungi 18.6 peratus protein dan 15 peratus lemak.

Belut juga kaya dengan lemak, kalsium, vitamin B, Vitamin D dan zat besi.

Tidak hairanlah ramai yang percaya belut boleh membantu mengubati penyakit seperti buah pinggang, lelah, darah gemuruh, lemah tenaga batin dan penyembuhan luka pembedahan.

Spesies ikan ini jika diamalkan memakannya selalu, dikatakan boleh menguatkan daya tahan tubuh, menormalkan tekanan darah, menghaluskan kulit, mencegah penyakit mata, menguatkan daya ingatan dan membantu mencegah hepatitis.

Belut yang ditangkap lebih mahal
Walaupun tidak ada yang menternaknya secara komersil seperti ternakan ikan keli, belut tetap menjanjikan pulangan yang lumayan kepada penjualnya.

Bahkan, sehingga kini Rosli belum pernah menghadapi kesukaran mendapatkan bekalan belut. Menurut beliau, restorannya memerlukan bekalan 15 hingga 20 kilogram belut sehari, dan pembekal tidak pernah gagal memenuhi keperluan tersebut.

Bagaimanapun, harga belut yang ditangkap lebih mahal berbanding belut yang diternak. Dikatakan belut liar lebih banyak khasiatnya kerana haiwan tersebut hidup di dalam air tawar dan habitat semulajadi.

Harganya boleh mencecah RM8.00 hingga RM11.00 sekilogram dan meningkat hingga ke RM14.00 sekilogram pada musim hujan. Manakala belut yang dibela harganya adalah RM6.00 hingga RM7.00 sekilogram.

Zaman dahulu, orang yang makan belut dianggap terlalu miskin hinggakan belut pun dibawa balik. Sedangkan hari ini, hidangan belut terutamanya sup belut sukar didapati dan harganya pula lebih mahal daripada sup biasa.

Dek kerana ramai yang telah menyedari khasiat istimewa belut, tidak hairanlah harganya meningkat di pasaran.

Tidak hairanlah gerai milik Rosli Hassan, 42, dari Tumpat ini begitu memukau perhatian ramai. Ada yang ingin mencuba dan ada juga sekadar melihat dengan reaksi yang pelbagai.

Gerai nombor 22 di Tapak Pesta Nasi 100 yang diadakan di padang Stadium Kota Baru baru-baru ini menggamit ramai pelawat.

Malah, Rosli juga pernah beberapa kali mengikut pihak Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menyertai pelbagai promosi yang melibatkan promosi hidangan belut ke seluruh Malaysia.

Melihat pengunjung yang berpusu-pusu ke gerai tersebut, pelawat lain juga turut terjenguk-jenguk dan terintai-intai. Apalah yang dijual di situ sehinggakan suasana di hadapan gerai padat dengan orang ramai.

Rupa-rupanya ada demonstrasi masakan. Kelihatan di atas dapur, seperiuk besar sup yang sedang menggelegak mengeluarkan aroma yang sungguh menyelerakan. Di atas meja pula terhidang beberapa jenis masakan daripada belut dan ikan keli Omega 3.

Menu yang tertera ialah nasi belut goreng, nasi paprik belut, nasi sup belut, nasi kerabu belut, nasi tom yam belut, nasi belut goreng ‘krispi’ dan nasi masam manis belut.

Laksa belut popular
Di antara 160 jenis nasi yang dipamerkan, Rosli tampil dengan hidangan menu nasi belut yang agak unik.

Menurut beliau yang telah lapan tahun membuka restoran di kawasan Pantai Seri Tujuh, Tumpat, hidangan belut pada awalnya dahulu kurang dikenali.

“Mungkin sebab ramai yang memikirkan belut adalah sama seperti ular. Tapi sebenarnya, tanggapan tersebut jauh menyimpang.

“Belut adalah spesies ikan. Malah, kalau di utara, laksa belut sangat popular. Di sini pula, saya cuba mempelbagaikan jenis masakannya supaya lebih banyak pilihan,” jelasnya.

Salah seorang pengunjung yang hadir, Hanisah Shahdan, 37, berpendapat hidangan belut bukan sekadar menyelerakan. Rasa isinya yang lembut dan manis seperti ikan keli terasa lebih enak jika dipelbagaikan masakannya.

“Walaupun baru pertama kali mencubanya, saya berpendapat belut yang dimasak paprik memang lazat. Kita sendiri perlu kreatif untuk mempelbagaikan menu belut ini.

“Pada saya, istilah geli tidak timbul kerana belut diakui sejak dahulu lagi adalah makanan yang banyak khasiat. Cuma kalau hendak memasaknya sendiri, mungkin tidak menjadi sebab belut agak sukar dibersihkan.

“Jika tidak kena caranya, mungkin hanyir dan berlendir,” sambung Hanisah yang turut membeli belut goreng krispi untuk anak-anaknya.

Seorang penangkap belut, Razali Mamat, menunjukkan hasil tangkapannya dari sawah-sawah terbiar di kawasan Atas Tol, Kuala Terengganu. (foto fail The Star)
Manakala pengunjung lain, Khairol Amri Usman, 39, pula memilih sup belut untuk hidangan tengah hari itu. Khairol berpendapat tekstur dan isi belut hampir sama seperti ikan keli, dan tidak menghadapi masalah untuk mencubanya.

“Hidangan belut memang patut dipromosi kepada orang ramai bagi berkongsi keenakan dan kelebihan khasiatnya,” katanya.

About these ads

26 Respons

  1. ook

  2. saya amat berminat tentang Belut
    suka makan Belut juga dan di Kuala Lumpur sukar
    mendapatkan Belut.
    dapat sekiranya beritahu saya macam mana untuk memula kan perniagaan Belut dan juga macammana mendapat benih Belut.
    email kan pada email saya
    pertolongan anda hanya Tuhan saja yang akan membalas sekian terima kasih

  3. saya amat berminat tentang penternakan belut. saya juga ingin mengetahui dimana saya boleh dapatkan benih belut. hubungi saya 013-9418315 syed.
    kerjasama anda saya amat hargai.

  4. saya amat berminat tentang penternakan belut. diharap tuan dapat membantu saya. saya ingin tahu kaedah penjagaan belut dan dimana saya perlu mendapatkan benih belut.diharap tuan dapat membantu saya. tuan boleh hubungi saya di talian 012-5590048 roslan. kerjasama tuan saya ucapkan terima kasih

  5. assalamaualaikum…
    Saya ada maklumat tentang projek / kursus ternak belut, serta maklumat nak dapatkan belut , lintah dll..
    Berminat dll sila :-
    > 0129457042 ( Ust Mohd )
    > http://www.freewebs.com/mtni/kursus……@
    > http://www.freewebs.com/mtni...

  6. memang banyak khasiat tu tapi saya tak makan apa saja species yang ada kaitan dengan belut,ikan keli dan haruan. Geli,tapi anak2 makan sampai meleleh air liur. Nanti saya cuba dapatkan alamat pembekal di kawasan jelawat or kedai lalat. Take time sikit coz nak tunggu balik kampong dulu. Bisness yang menguntongkan tu

  7. belut??? mmmm….takut sangat hanya tuhan je yang tahu…..anak2,suami suka sangat…..time kami balik kampung pegi la kat pasir putih…banyak belut kat situ…2 hari saya tak masuk dapur kalau diorang masak belut….gelinyaaaaaa.ada orang cakap belut masak paprik sedap…..

  8. Belut??kira isu politik ker belut nieee heheheheh kuikuikui…tak kisahlah kann..tapi betul la dulu pernah jugak cuba makan belut masak sambal…bolehlah tapi ada rasa geli siketlah..lama2 okey jer..kuikui……tapi tu berpuluh tahun yang lalu..nak bersalin elok makan belut senang sikit nanti and kalau bedah caeseran lagilah baik ek sembuhkan luka dalaman…..so ibu2 semua…….

  9. Dulu usah nak makan .. tengok pun geli , geli tengok belut ni semacam aja.Dua malam lepas cuba makan sup belut dikedai (Tunggu sikit punya lama order ) isk..isk…sedap . Tapi air liur apa lagi selalu nak kuar lepas makan.Akan cuba makan lagi sebab orang tua cakap belut banyak khasiatnya . Cubalah azwa makan belut dtg Kbg Kerian tok sereban belanja ..

  10. insyallah kalau ada rezeki satu hari nanti…….saya pi sana gan keluarga….baru2 ni family saya pi kelantan tak dpt join pula…tapii sup belut mcm lain jer..azwa suka mkn pedas2………

  11. Tok sereban ni dok pondok Pasir tumboh ke ?

  12. dlm 2-3 minggu lagi insyallaah sy akan ternak belut…hehehe..

  13. woowwww.. belutnya gede-gede, saya juga sangat suka memakan belut.. bagaimana ya cara berternaknya…..?

  14. beluttttt mantap…………..rasonyo nikmat? besok nak ternak buat kebutuhan lauk keluarga………?????????? heehe.

  15. Kami sekeluarga suka makan belut terutama kalau belut tu digoreng berempah.Kalau yang besar tu lagi sedap sebab isinya lebih sikit. Dulu tu kalau nak dapat belut kena balik kampung beli kat pasar sekarang di Pasaraya Tesco pun ada dijual (cuma ada yang kurus2 aje).Cubalah makan belut gerenti kalau kena cara masaknya insyallah akan selalu kita mencubanya.T kasih.

  16. modal tinggi x, kalu nk ternak belut ni? minat sgt.

  17. kedai saya ada jual sup belut,laprik belut, meggi belut di senawang, negeri sembilan…tapi punyalah susah nak dapatkan bekalan belut kat n9 ni…sapa yang boleh bekalkan saya dengan belut hubungi saya 01 33 99 00 96

  18. beluttt…..sedapppppp

  19. beleh bagi resipi sup belut

  20. siapa2 nak bekalan belut berkilo2 sial hubungi saya 012-9783405

  21. saya berminat untuk mencuba menternak belut. Saya nak tahu bagaimana kaedah menternak belut yang betul da penjagaan belut untuk memastikan kualiti yang terbaik dapat dihasilkan. Sesiapa yang telah menceburi bisnes ini dimohon untuk menghubungi saya 0168708679 untuk BERGIAT DALAM INDUSTRI BELUT.

  22. saya ada bekalan belut hidup pada kadar 50kg sehari harga RM13- Rm16/ kg … sl\la hubungi sya a wan 010-9282086

  23. saya ade berniaga kapsul belut kalu berminat boleh hubungi saya 0143289395

  24. salam..sy adalah pengusaha ubat belut lam bentuk kpsul scra kecil-kecilan..sesiapa yg berminat sila hubungi sy..0132320788..pengedar diperlukan..sekitar ngeri kelantan..terima kasih

  25. saya ingin mendapatkan benih belut kuning untuk diternak. Harap sesiapa yang ada bekalan boleh email kepada saya sebut harga. email ke fauzyagronation@gmail.com.

  26. saya ada jual daging belut siap paking harga RM8.50/Pak berat 500gram. tidak hanyir dan boleh simpan dalam peti sejuk beku. belut hidup juga di jual dengan harga RM15.00/kg sila hubungi saya jika sesiapa berminat untuk jadi pengedar di kawasan yang berdekatan dengan anda. 013-9537365

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 369 other followers

%d bloggers like this: