Calon PAS akan diketahui pada hari penamaan calon

KOTA BAHARU: Siapa calon PAS pada pilihan raya umum ke-12 ini hanya akan diketahui pada hari penamaan calon, kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berkata parti itu sama sekali tidak akan mengumumkan lebih awal senarai nama calon kerana menganggapnya sebagai rahsia parti.

“Itu rahsia rumah tangga…mana boleh bagi tahu,” katanya kepada Bernama.

Semalam, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata pihaknya sedang mengenalpasti senarai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen parti itu di negeri ini pada pilihan raya itu.

Takiyuddin berkata senarai nama itu akan diumumkan oleh Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan selepas proses pertimbangan selesai.

Nik Aziz meminta semua pihak bersabar dan tidak membuat sebarang spekulasi mengencai calon.

Tinggalkan jawapan