Kelantan bina ‘Baitul Taubah’ pulih penagih Dadah

Oleh Rizal Tahir
PASIR PUTEH:
Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pusat pemulihan penagih dadah bakal dikenali sebagai Baitul Taubah itu akan dibina dan ditanggung sepenuhnya kerajaan negeri.

Buat permulaan sebanyak RMIOO,OOO diperuntuk untuk membaik pulih sebuah tapak yang telah dikenalpasti yang mana sebelum ini digunakan Jabatan Pertahanan Awam JPA3 sebagai pusat latihan.

Pusat pemulihan itu terletak di jalan Jeram Pasu seluas tiga ekar dijangka mula beroperasi awal tahun hadapan dan seramai 40 pelatih akan diambil buat permulaan.

“Pusat pemulihan yang ada sekarang tidak menggunakan kaedah pemulihan seeara Islam. Konsep
yang kita akan praktik ini telah dipakai di Indonesia dan didapati berjaya memulihkan ramai penagih,” katanya ketika ditemui di tapak Baitul Taubah, baru-baru ini.

Sebelum ini bekas anggota Parlimen Kuala Krai, Ustaz Ibrahim Mahmood mengendalikan pusat rawatan penagih dadah yang terletak berhampiran rumahnya di Sungai PAS.

Pusat rawatan itu dikendalikan secara Islam, yang mana sebelum itu merupakan pondok pengajian agama di kalangan penduduk tempatan. Bekas penagih dari seluruh negara mendapat rawatan di pusat tersebut yang dikendalikan sendiri Ustaz Ibrahim tanpa bantuan kerajaan.

Menteri Besar berkata, pusat pemu¬ihan yang ada sekarang tidak mampu memulihkan penagih-penagih selepas keluar dalam masyarakat kerana tidak mengutamakan ajaran agama.

“Oleh itu kerajaan negeri me¬ngarnbil inisiatif untuk membina sebuah pusat pemulihan senqiri yang dijangka dapat rnenampung seramai 300 hingga 400 penagih dalarn satu-satu rnasa, ujamya.

Turut sama pada lawatan itu anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husarn Musa, Adun Limbongan, Drs Zainuddin Awang Hamat, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Abdul Aziz Abdul Rahman dan Pengarah Pusat Kajian Strategik Kelantan, Ubaidah Yaakub.

About these ads

23 Respons

  1. adakah pusat pemulihan baitul taubah itu khusus penagih dadah lelaki atau perempuan.

  2. Pusat Pemulihan Baitul Taubah ini hanya khusus kepada penagih dadah lelaki sahaja. Untuk mengetahui info mengenai Baitul Taubah bolehlah melayari :

    http://pondokbaitultaubah.blogspot.com/

  3. PUSAT RAWATAN PAKAR UNTUK KETAGIHAN OPIATE : HEROINE, MORPHINE, CODEIN (UBAT BATUK), DAUN KETUM PIL-PIL KHAYAL : ERAMINE 5, DOMICUM, EXTACY, PIL KUDA, WY KETAMINE ,ICE ATAU SYABU, GANJA, ROKOK DAN ALKOHOL

    Insya Allah segala jawapan mengenai ketagihan dadah ada di halaman ini :

    http://rawatanbebasdadah.blogspot.com/

    • askum! bagaimana cara utk masuk disana adekah bayaran dikenakan & berape harga. bagaimana cara @ usaha untuk bawa penagih ini kesana sekiranya mereka tidak mahu @ melawan. sedangkan keluarga benar2 mahu mereka diselamatkan dan berubah. tq

      • untuk masuk ke sana, sila telefon dulu untuk memastikan ada kekosongan, sila pastikan juga ‘anak bina’ memenuhi syarat kemasukan.

        berikutan AADK sendiri telah meletakkan syarat penubuhan kami untuk tidak mengambil anak bina secara paksa, kami berharap ibu bapa dapat memujuk mereka terlebih dahulu untuk masuk secara sukarela.

  4. Salam……Kami di Baitul Taubah bersedia menawarkan perkhidmatan buat mereka yang ingin mengubah hidup mereka dari terus terjerumus ke kancah dadah. Bagi mereka yang berminat bolehlah melawati blog kami http://pondokbaitultaubah.blogspot.com atau terus hubungi En. Ariff ditalian 0148046556. Diharap lebih ramai penagih dapat mengubah diri mereka menjadi insan yang berguna kepada masyarakat dan negara….

  5. saya bercadang nak hantar adik kesana. Sila bg flow chart untuk tindakan lanjut

  6. mengapa klu nak masuk ke sana perlu sukarela?? bagaimana nak selamatkan penagih ni klu kena sukarela. x bolehkah pihak keluarga antar secara paksa demi untuk menyelamatkan mereka sebelum mereka lebih teruk hanyut. bagaimana cara terbaik utk menolong mereka. x semua penagih mendapat hidayah utk berubah. sedangkan keluarga benar2 nak mereka berubah.

    • harap maaf, SUKARELA adalah syarat penubuhan kami yang ditetapkan oleh AADK. selain itu, kami tidak mempunyai kawalan keselamatan seperti lokap polis atau penjara.

      “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri”
      (Surah Ar-Ra’d ayat 11)

  7. Salam. tahniah bg insan yang telah bertaubat dan yg ingin kembali ke pangkal jalan. sama- samalah kita doakan mereka mendapat pertunjuk dan hidayah.AMIN…

    • Semoga golongan ini terus mendapat hidayah serta petunjukNya untuk kembali ke pangkal jalan. InsyaAllah……

  8. alhamdulillah..semoga Allah membalas usaha murni ini dengan ganjaran yang setimpal hebatnya.. Allahakbar..

  9. salam..berapah umur yg diterima masuk di sini..dan berapakah bayaran masuk dan bulanan yg dikenakan?

  10. askm..berapakah bayaran masuk dan bulanan yg dikenakan sbln? selama rawatan blhkah keluarga datang melawat?

  11. wasalam…tiada had umur, yuran sebanyak rm500 sebulan…keluarga hanya boleh datang melawat selepas 40 hari…..

  12. Assalamulaikum wrt…

    Saya ingin menyambung pertanyaan saudari diatas berkenaan tempoh rawatan bg setiap “anak bina” yg perlu mereka lalui di pusat rawatan.? Adakah ia begantung kepada “progress” semasa setiap anak bina tersebut atau ada tempoh masa tertentu?

  13. assalamualiakum….
    pertanyaan sy…
    kalau remaja yang baru terlibat dgn gejala2 sosial selain penagihan dadah, adakah juga diterima di sini? sbbnya remaja yang sy cdgkan ini bukan shj terlibat dgn dadah ( pil kuda) bahkan ada perangai2 lain spt malas sekolah, panjang tangan, bckp bohong….
    terima kasih

  14. As salam,
    Sy nak tanya tentang tempoh untuk berubat di sana. berapa lama ya. jika yg bekerja munkin tak boleh terlalu lama minta cuti. berkesan tak perubatan ini. sebab suami sy terlalu ingin berubah berhenti dadah tapi tak mampu sebab gian. juga sering marah2. boleh kah semua ini diubati.

  15. Salam,
    Saya mempunyai adik yg mula terlibat dlm pengambilan pil kuda dan mula mencuri wang ahli keluarga utk membeli pil tersebut. Boleh kah saya menghantar dia ke pusat baitul taubah ini kerana dia baru berumur 14 tahun dan masih bersekolah?

    • Untuk membuat rawatan secara tradisional boleh menghubungi :

      Ayah Mat no telefon 014 2158879 dan
      Sheikh Syukri hp 019 9053321 (Subang Jaya)

      Setakat ini yg dapat saya bantu, terima kasih.

  16. Assalam,

    setakat ini masih ada kekosongan di sana?sya bercadang untuk menghantar adik saya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 369 other followers

%d bloggers like this: