Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Ramli Yusoff yang sedang berdepan tiga tuduhan di mahkamah, berlepas untuk menunaikan umrah di Mekah, petang ini.
Ramli, 55, berangkat ke Jeddah dengan penerbangan MH 0150 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pukul 3.15 petang ini.
Difahamkan, beliau berangkat bersama-sama rombongan yang turut disertai Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra dan Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.
Rombongan itu turut disertai lebih 200 rakyat Kelantan.
Usaha pihak media untuk menemuramah Ramli di KLIA gagal kerana beliau dipercayai mendaftar masuk seawal pukul 10.30 pagi dan menunggu untuk pelepasan di Kompleks Bunga Raya.
Khamis lalu, di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Ramli didakwa atas dua tuduhan gagal mendedahkan maklumat harta dan saham dimilikinya serta satu tuduhan menjalankan perniagaan.
Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah.
Pada sidang akhbar 31 Oktober lalu, Ramli berkata, beliau tidak akan meletak jawatan disebabkan tuduhan daripada Badan Pencegah Rasuah (BPR) itu.
Menurut Ramli, selain menunaikan umrah, beliau juga akan bercuti selama 40 hari untuk mengerjakan haji pada 8 atau 9 Disember ini.
Difailkan dalam: Negeri Ambo









Ai, lari ke? Nampak ke kaabah tu nanti? Haha..
Bagus la Datuk. Bila sampai sana nanti taubat nasuha lah ye. Datuk, kalau kita ambil bukan hak kita walau pon 10 sen, benda itu tetap haram. Tambah2 kita semua dah ada anak isteri. Setiap hasil dari wang rasuah atau pon wang haram bila kita bagi anak isteri kita makan umpama kita suap bara api neraka kedalam mulut mereka. Fikir2 lah sejenak Datuk sementara hayat masih ada. Wallahualam!
mu jange tengok polis jah ada rasuah , jabatan lain pun belana jugok. Asyik2 Polis,JPJ tu pong sore duo jah. kejo demo tu siang male dok jago mu tido tu sapo? kalu tak dok demo tu gak harta mu pong habih kena kebas la deh.
Man fikir, polis atau JPJ kah demo? Teraso benar…. Kui3.
kepada al sultan kelantan,
daulat taunku, patik mintak istana kelate jange jadi lembu UMNO.
ambo tau, istana kelate kuat berniaga minyak/engineering di benua arab.jange gadai negeri kito hok kaya ngan hasil bumi kepada umno zalim.
Bagus la gitu.