KUALA LUMPUR: Ketua Polis Kelantan, Datuk Abd Rahim Hanafi dilaporkan menemui Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, semalam bagi mengambil keterangan berhubung tawaran bernilai jutaan ringgit sejak Mursyidul Am Pas itu mentadbir negeri berkenaan.
Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, Abd Rahim menemui Nik Abdul Aziz pada sebelah pagi bagi mendapatkan penjelasan mengenai tawaran pihak tertentu yang cuba memberikan sogokan sejak beliau memegang jawatan Menteri Besar Kelantan, 17 tahun lalu.
Bagaimanapun, beliau tidak pasti berapa lama sesi pertemuan antara dua pihak itu berlangsung serta butiran yang dibincangkan.
“Pejabat Menteri Besar memaklumkan perkara itu kepada saya dan difahamkan pertemuan itu lebih menjurus kepada penjelasan berhubung perkara yang berlaku 17 tahun lalu,” katanya selepas menghadiri Forum Rakyat ‘Rasuah dan Jenayah: Malaysia di ambang bahaya’ anjuran Ketua Whip PAS di Parlimen, Salahuddin Ayub, di sini, semalam.
Hadir sama, Pengerusi Gerakan Reformasi dan Antikorupsi (Gerak), Ezam Mohd Nor yang bertindak sebagai panel selain Husam, manakala Ketua Penerangan Pas Pusat, Mahfuz Omar sebagai pengerusinya.
Pada 29 Oktober lalu, selepas merasmikan Konvensyen Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) Kebangsaan ke-24 dan Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam 2007 di Kota Bharu, Nik Abdul Aziz mengaku pernah ditawarkan rasuah bernilai jutaan ringgit oleh pihak tertentu sepanjang mentadbir Kelantan.
Bagaimanapun, beliau menolak tawaran terbabit kerana menganggap pihak yang memberi atau menerima rasuah adalah golongan yang rendah tahap pemikiran.
Kelmarin, Nik Abdul Aziz mendakwa seorang tauke balak cuba menawarkan rasuah bagi mendapatkan konsesi kawasan pembalakan di negeri itu ketika beliau memulakan tugas pada hari pertama sebagai Menteri Besar.
Husam berkata, beliau diberitahu oleh Pejabat Menteri Besar bahawa Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan berjumpa Nik Abdul Aziz hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaannya itu.
“Mereka memberitahu saya bahawa BPR akan menemui beliau (Nik Abdul Aziz) jam 11 pagi esok (hari),” katanya.


kalu tok guru gak…. ttubik mmulut sikik jah nok jjadi isu slalu nah…. rius seentero malaya…kalu pembesar lain… senyap deep jah… bpr pong la bersunggohnyo la….. hok pasa dato’ ramli tu no komen plop…. napok sangat tok profesional….
sungguh zize. kawe pon sokong jugak apa hok demo kato tu. kalu pemimpin pembangkang cepat2 siasat. kalu puak dia gak senyap jah, mungkin puak2 dia ni nok keno soal dalam kubur kot. tok apo lah nok wat lagu mano, puak2 dia tengah ada kuasa ni… biar gi la. harap buat kita ni bersabar saja la. minta la doa pada allah swt sokmo, mudah-mudahan kita beroleh kemenangan manis jua. Insyallah!
Jika boleh minta tok guru sebut pasal rasuah pemimpin2 umno/bn semua termasuk anuar musang & co.,juga pasal hakim mangkuk & loyar india barua rasuah tu semua baru la kot barua2 dibadan pengalak rasuah (bpr) mau buat kerja & siasat, kerana selama ini semua kes laporan pada depa macam masuk lubang mangkuk tandas saja ,mana tau mulut tok guru berkat boleh bawa pembaharuan pada perasuah2 semua ni ,insyallah !