KUALA LUMPUR: “Terima kasih kepada PAS dan terima kasih kepada Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat di atas kenyataannya sebelum ini yang memberi sokongan kepada program angkawasan negara.”
Demikian ucapan terima kasih yang dirakamkan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Dato’ Dr Jamaludin Jarjis kepada PAS dan Mursyidul Am dalam Majlis Ramah Mesra Bersama Angkasawan anjuran Kelab Penyokong Kerajaan, di Parlimen hari ini.
Jamaludin juga menyampaikan ucapan terima kasih kepada wakil Ahli Parlimen PAS, Ustaz Ismail Noh (PAS-Pasir Mas) yang turut meraikan majlis yang dihadiri Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dan Dr Faiz Khaleed. Wakil DAP, Teresa Kok turut serta dalam majlis tersebut.
Sebelum ini Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam satu kenyataannya menyatakan usaha Malaysia menghantar angkasawan pertama Malaysia, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, ke angkasa lepas sebagai untuk mencari ilmu kerana ia dituntut agama.
Jelas Menteri Besar Kelantan itu, kajian mengenai langit dan bumi yang dijalankan menerusi program angkasa lepas adalah perintah Allah kepada hambanya.
Katanya, pembinaan makmal Sains untuk menjalankan pelbagai kajian hal berkaitan angkasa lepas adalah untuk mencari ilmu dan ia tidak boleh dianggap pembaziran.


Harap2 ianya berbaloi..
Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke “BULAN”…he…he…