KOTA BHARU: Badan Pencegah Rasuah (BPR) semalam mengambil masa dua jam merekodkan keterangan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung dakwaannya menerima tawaran rasuah RM1 juta daripada seorang tauke balak.
Tiga pegawai BPR Kelantan diketuai Pengarahnya, Md Yusoff Md Zain (gambar kanan), tiba di pejabat Menteri Besar Kelantan itu di Kota Darulnaim itu kira-kira jam 2.30 petang sebelum masuk bertemunya 30 minit kemudian.
Pada pertemuan itu, Nik Aziz ditemani beberapa pegawainya, termasuk Setiausaha Politik, Anual Bakhri Haron. Sesi terbabit ditangguhkan seketika apabila mereka berjemaah solat Asar dalam pejabat itu.
Sesi mengambil keterangan itu tamat pada jam 5 petang apabila Nik Aziz keluar dari pejabatnya sambil diikuti Md Yusoff bersama dua pegawainya kira-kira 15 minit kemudian.
Ketika ditemui, Nik Abdul Aziz berkata, beliau sudah memberi kerjasama penuh kepada BPR berhubung dakwaan tawaran rasuah RM1 juta itu.
“Perkara itu sudah lama berlaku, kenapa sekarang baru ditimbulkan,” katanya yang yakin BPR menerima penjelasannya berhubung kegagalan membuat laporan tawaran rasuah yang diterimanya kira-kira 16 tahun lalu.
“Sudah tentu,” katanya ketika ditanya sama ada BPR menerima penjelasan yang diberikannya.
Sementara itu, Md Yusoff turut enggan memberi sebarang kenyataan media berhubung pertemuan dengan Mursyidul Am Pas itu.
“Tak ada apa-apa, Saya nak balik, lain kali!,” katanya yang enggan memberi ulasan, sama ada Nik Aziz akan dipanggil lagi untuk memberi keterangan.
Jumaat lalu, Ketua Pengarah BPR, Datuk Ahmad Said Hamdan mengarahkan BPR Kelantan mengambil keterangan Nik Aziz yang mengaku ditawarkan rasuah RM1 juta ketika dilantik menjadi Menteri Besar.
Katanya, Menteri Besar Kelantan itu sepatutnya melaporkan kepada BPR jika ditawarkan rasuah kerana kegagalan berbuat demikian dianggap menyalahi Seksyen 17 Akta Pencegahan Rasuah 1997.
Pada 29 Oktober lalu, selepas merasmikan Konvensyen Meningkatkan Mutu Kerja (KMK) Kebangsaan ke-24 dan Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam 2007 di sini, Nik Abdul Aziz mengaku kepada media beliau ditawarkan rasuah jutaan ringgit oleh pihak tertentu sepanjang mentadbir Kelantan.
Bagaimanapun, beliau menolak tawaran itu kerana menganggap pihak yang memberi atau menerima rasuah adalah golongan yang rendah tahap pemikirannya.
Kelmarin, beliau menjelaskan, tawaran rasuah terbabit dibuat oleh seorang tauke balak yang mahu mendapatkan konsesi pembalakan di Kelantan ketika beliau memulakan tugas sebagai Menteri Besar.
//Berita Harian
Difailkan dalam: BPR, MB, Negeri Ambo, Rasuah


hilir blog tok wan lo nie, kawe ada buat laman web baru :
http://www.fuyoolicio.us
supo dengan youtube, kalau nak upload video, boleh laaa
Bongkar jer Tok Guru. Sambil2 kena soal dan beri keterangan tu, tarbiyah la sama kat anggota BPR yang kerja untuk UMNO tu, supaya sedar diri tu sikit, kita ni kerja kerana Allah SWT bukan kerja untuk Pak Lah.
aslm. macam silap sikit berita tu dlm perenggan pertama:
KOTA BHARU: Badan Pencegah Rasuah (BPR) semalam mengambil masa dua jam merekodkan keterangan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung dakwaannya menerima tawaran rasuah RM1 juta daripada seorang tauke balak.
fyi, Tok Guru tak terima rasuah tu.
aslm. macam silap sikit berita tu dlm perenggan pertama:
KOTA BHARU: Badan Pencegah Rasuah (BPR) semalam mengambil masa dua jam merekodkan keterangan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung dakwaannya menerima tawaran rasuah RM1 juta daripada seorang tauke balak.
fyi, Tok Guru tak terima rasuah tu.