BPR ada agenda tersembunyi, kata Tok Guru

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mendakwa siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap beliau berhubung dakwaan tawaran rasuah yang diterimanya, mempunyai agenda tersembunyi.

Beliau berkata, siasatan itu menimbulkan tanda tanya kepadanya kerana badan terbabit menyiasat dakwaan terbabit selepas kejadian itu berlaku 17 tahun lalu.

“Kenapa baru timbul sekarang? Benda ini (tawaran rasuah) berlaku pada akhir 1990 atau awal 1991, saya pun dah tak ingat sebab dah 17 tahun berlalu.
“Kalau benda ini salah, kenapa tak disiasat dari dulu, tentu ada something behind (muslihat disebalik siasatan),” katanya selepas menyaksikan perjanjian kemudahan pinjaman antara Bank Islam dan Syarikat Ladang Sungai Terah (SLST) Sdn Bhd di sini, semalam.

Nik Aziz bagaimanapun tidak menyatakan, sama ada sebelum ini beliau pernah mendedahkan kepada umum mengenai tawaran RM1 juta yang didakwanya dibuat seorang tauke balak kepadanya ketika dilantik sebagai Menteri Besar.

Kelmarin, BPR Kelantan diketuai Pengarahnya, Md Yusoff Md Zain, mengambil masa dua jam merekodkan keterangan Nik Aziz di pejabat Menteri Besar di Kota Darulnaim, di sini, berhubung dakwaan tawaran rasuah itu.

Satu Respons

  1. Hai, nak buat tuduhan pun tengok orang lah dulu. Kang termalu plak. Tak ke haru? Fail2 yang lepas pun banyak belum selesai. Ni apa kes? BPR oh BPR..

Tinggalkan jawapan