Parti Mahasiswa Negara (PMN) hari ini menyatakan hasrat untuk mencabar Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Mustapa Mohamed dengan meletakkan calon mereka di Jeli dalam pilihan raya umum nanti.
Dalam satu kenyataan akhbar yang dihantar, Setiausaha Politik PMN, Amirul Faiez Hamdi menegaskan bahawa pihaknya tidak teragak-agak untuk mencabar Mustapa Mohamed dengan meletakkan calon untuk bertanding di Parlimen Jeli.
PMN juga ingin bersemuka dengan Menteri KPT itu bagi mendapatkan penjelasan berhubung beberapa kenyataan beliau yang terbukti menyekat suara dan tindakan mahasiswa walaupun umum mengetahui mahasiswa layak mengundi tapi dinafikan hak untuk menyatakan sokongan terhadap parti politik yang disokong.
“Bukankah mengundi itu juga menterjemahkan sokongan terhadap mana-mana parti politik kenyataan yang berbaur sentimen politik dan berkepentingan parti pemerintah?” soalnya.
Sejak pengisytiharan penubuhan PMN 7 Januari lalu di hadapan Pejabat Suruhanjaya Pilihan raya Malaysia, pelbagai respon telah diterima PMN.
Setelah itu, PMN menterjemahkan keseriusan mereka untuk menyertai pilihan raya dengan mendaftar di Pejabat Pendaftaran Persatuan, Putrajaya pada 18 Januari.
Dalam perkembangan yang sama, beberapa menteri kabinet telah menunjukkan sikap dan pendirian mereka terhadap penglibatan mahasiswa dalam politik.
“Malah kebanyakan respon adalah bersikap menentang dan melarang akan penglibatan mahasiswa di dalam politik lebih-lebih lagi di dalam waktu kemuncak menuju pilihan raya umum. Respon daripada Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak, menyatakan dengan jelas bahawa mahasiswa tidak boleh sama sekali terlibat di dalam pilihan raya berdasarkan AUKU 1975 seksyen 15,” katanya.
Menurutnya, kenyataan yang sama juga telah dikeluarkan oleh Perdana Menteri dan juga Menteri KPT.
“Kami sama sekali tidak beriman terhadap AUKU 1975. Malahan secara terang-terangan kami sudah melanggar AUKU, mengapa masih menggunakan lagi akta tersebut dalam mengugut para mahasiswa yang memberikan sokongan terhadap PMN?
“Pendirian kami terhadap AUKU tidak pernah berubah sama ada ianya perlu dimansuhkan secara total mahupun akan dipinda beberapa seksyen yang terkandung dalamnya,” jelasnya.
PMN turut menyeru mahasiswa yang lain untuk bersama-sama dalam membawa agenda perjuangan memartabatkan rakyat.
Difailkan dalam: Mahasiswa, Pilihanraya


Aku orang Jeli, dan aku tak akan undi PMN. Tak payahlaa… orang kampung tak tahu pun menatang apa PMN tu.
[...] aku lebih tidak bersetuju apabila membaca dari blog jiwokelate yang mengatakan PMN akan meletakkan calon menentang Mustapha Mohamad @ Tok Pa di [...]
setakat bertanding 1-2 kerusi parlimen tidak akan berjaya memansuhkan AUKU.
bukankah elok kalau garap kekuatan menyeluruh mahasiswa seluruh negara membantu pembangkang yang sememangnya konsisten mahu memansuhkan AUKU?
Ingat, AUKU dan PTPTN bukan isu yang majoriti rakyat gusarkan berbanding isu inflasi, keselamatan, rasuah dan salahlaku pemimpin.
berpolitik biar cerdik.
setuju dengan adihamka. selaku pelajar, sepatutnya tidak akan campur isu politik luar. selagi kita pelajar, kita belajar. apa yang silap di mata mereka (kerajaan) akan kita semua betulkan bila kita masuk ke alam mereka.
bagusla PMN. aku asa adalah lebih baik PMN sertai BN dan jadi Parati komponen BN. suruh je bdk MPP join sekali
PMN ni nak pastikan Dato’ Pa menang pilihanraya ni. dorang dah tahu kalau letak calon lawan Dato’ Pa sapa yang nak undi dorang??? sudah pastilah UMNO menang besar di Jeli.
cadangan tu bagus,tapi cubalah fikir semasaknya adakah parti ini utk mahasiswa saje.kalu tanding kat jeli berapa kerat mahasiswa ya ada….
PNM Tak yah lah nak tanding dlm piliharaya buat ngabih boreh je, bagi lah BA yg lawan BN tuh.Mahasiswa datang tolong kempen Supaya org jeli sokong BA cukuplah.Kalau BA pegang tampok tak kan lah Top Pa jadi Menteri lagi Ye tak…
PMN ni kalu setakat nak bertanding dalam pilihanraya untuk menyatakan hasrat dan keinginan mereka, tidak perlulah sampai untuk beratnding dalam pilihanraya…cukuplah setakat di dalam forum-forum atau program-program debat yang ada…gunakanlah saluran yang betul untuk menyampaikan hasrat…
di malaysia ni ramai yang bergelar mahasiswa, tapi kalu setakat keluar dengan segulung ijazah tak bermakna mereka ini boleh mentadbir sebuah negara walma sebuah kawasan kecil…kalu PMN boleh mengurus sebuah universiti dan suara mereka didengari bukan kerana dengan cara mendesak tapi secara diplomatik, mungkin lebih sesuai untuk di universiti sahaja…tidak perlulah sampai ke peringkat nak masuk bertanding pilihanraya…
pikir elok-elok..pikir masak-masak…
perjuangan masih belum selesai