Kena ikut perintah Sultan

KUALA TERENGGANU: Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh, berharap Menteri Besar baru, Datuk Ahmad Said yang mengangkat sumpah jawatan semalam dapat melaksanakan tugas dengan amanah, bertanggungjawab dan penuh keikhlasan. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jertih, turut mendoakan Ahmad, 51, agar dapat melaksanakan tugasan dan tanggungjawab sebagai Menteri Besar sebaik mungkin. [...]

Jangan pijak memijak sesama sendiri – Titah Sultan Kelantan

Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra semalam mengingatkan semua wakil rakyat supaya tidak ‘pijak memijak’ sesama sendiri untuk kepentingan diri, sebaliknya memikul mandat yang diberikan rakyat dengan penuh amanah dan tanggungjawab. Baginda berharap, kerajaan negeri yang baru dibentuk melaksanakan pembangunan yang membolehkan rakyat hidup dalam keadaan aman dan sejahtera dan jika ada perkara kurang jelas, pemimpin [...]

Arah boikot keputusan Istana, Presiden Umno patut didakwa

Oleh Salahuddin Ayub, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) memandang serius kenyataan Setiausaha Umno Terengganu, Datuk Rosol Wahid yang mendakwa tindakan biadap mereka memboikot Menteri Besar yang dilantik oleh Istana Terengganu, Datuk Ahmad Said adalah berasaskan arahan Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Bagi DPP Pusat, perbuatan biadap Presiden [...]

Umno dicabar pecat Ahmad Said

Oleh: Salahuddin Ayub, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar Terengganu yang baru, Datuk Ahmad Said kerana dipilih oleh istana untuk mengetuai kerajaan negeri itu. DPP Pusat juga bergembira kerana beliau telah memasuki pejabat di Wisma Darul Iman semalam walaupun ada usaha-usaha daripada BN untuk tidak [...]

Tahniah PKR-DAP-PAS Selangor, Umno Terengganu masih terkial-kial lantik MB

KLANG, 24 Mac: Sepuluh Anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor, empat daripadanya wanita, mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah di sini, Isnin hari ini. Mereka terdiri daripada empat orang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), tiga orang dari PAS dan tiga orang dari DAP. Empat anggota exco daripada PKR [...]

Cerca Mukhriz bukti Umno/BN tidak demokratik

Oleh SALAHUDDIN HAJI AYUB, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) tertarik dengan sikap dangkal dan angkuh para pemimpin Umno/BN yang tidak mahu menerima kenyataan bahawa rakyat sudah menolak kepemimpinan tokoh Islam Hadhari, Datuk seri Abdullah Ahmad Badawi dalam pilihan raya lepas. Mesej dari rakyat amat jelas bahawa mereka menolak amalan [...]

DEB alat ‘Umnoputera’

oleh: SALAHUDDIN HAJI AYUB, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) memandang serius amaran Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menganggap kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB. Lim Guan Eng untuk menamatkan DEB sebagai berunsur perkauman dan menyemarakkan ketegangan kaum. Bagi DPP Pusat, Kerajaan DAP di Pulau Pinang berhak [...]

Wan Ubaidah Exco Wanita Pertama Kerajaan PAS Kelantan

KOTA BHARU, 13 Mac: Buat pertama kali dalam tempoh 18 tahun pemerintahan kerajaan negeri Kelantan, PAS melantik wakil wanita sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Negeri. Timbalan Ketua Dewan Muslimat Pas Kelantan Wan Ubaidah Omar dijangka memegang portfolio pembangunan wanita. Menurut sumber PAS, sebelum ini portfolio itu dipegang oleh Abdul Fattah Mahmood, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan [...]

Tok Guru MB Kelantan bagi penggal kelima

KOTA BHARU, 11 Mac: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerima watikah pelantikan Menteri Besar daripada Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra di Istana Negeri, di sini, malam ini. Nik Aziz, 77, kekal menjadi Menteri Besar Kelantan untuk penggal kelima, sejak PAS menerajui negeri pada tahun 1990. PAS terus menguasai Kelantan buat penggal [...]

Pembangunan Kelantan di bawah pemerintahan PAS

Hanya jauhari yang mengenal manikam… Video ini di ambil dari http://youtube.com/user/globalmediachanneltv

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 35 other followers