Medical report demonstrates Anwar Ibrahim’s innocence

PRESS STATEMENT FOR IMMEDIATE RELEASE
SALEHUDDIN HASHIM, SECRETARY GENERAL PARTI KEADILAN RAKYAT
28 JULY 2008, PETALING JAYA, MALAYSIA

The medical report leaked today appears to confirm what we have always believed – that the allegations against Anwar Ibrahim are without merit and politically motivated.

We are deeply troubled by the allegations conveyed by some reports that the police spent three days recording a statement from the Doctor and that he and his family have gone into hiding. Every assurance must be given for his safety and protection.

The existence of this medical report further erodes any confidence the public would have in the credibility of the police report that has been filed against Anwar Ibrahim, a report which remains shrouded in secrecy. Why has this medical report has surfaced only today, over one month after the allegations were made, after Anwar Ibrahim spent a night in jail, and after the police have spent so much time and money on this case?

There should be a complete disclosure of the “facts” of this case to the public. Anything less will further diminish the public’s trust in the institutions of governance and in particular the integrity of the office of the Inspector General of the Police.

Like all Malaysians we will be observing developments in this case with cautious optimism – hopefully the nation can put this ugly chapter in its history in the past and move forward.

PKR is committed to moving ahead with its coalition partners DAP and PAS to forge a new economic agenda, address the serious concerns Malaysians have over rising prices, unemployment and rising crime.

With the imminent by-election of Anwar Ibrahim to return him to a seat in Parliament for the first time in 10 years the prospects for change in Malaysia are stronger than ever.

Muqabalah sambil minum kopi Pemimpin PAS-Umno

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersedia mengadakan pertemuan dengan UMNO untuk membincangkan isu membabitkan kepentingn Islam dan Melayu tetapi perkataan muzakarah perlu ditukar kepada muqabalah (pertemuan).

Kenyataan itu dibuat sejurus selesai mempengerusikan Majlis Syura Ulama Pas di JKR 10 disini, semalam bagi membincangkan isu utama berhubung pendirian parti terhadap hubungan Pas dan UMNO.

Majlis yang sepatutnya rahsia itu berlangsung lebih sejam dengan dihadiri Presiden Pas, Datuk Seri Abdul HadiAwang, Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Harun Din, Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dan ahli-ahli syura lain.

“Muzakarah perlu ditukar kepada muqabalah kerana ia perkataan lebih sesuai dan ditegaskan tidak berlaku perpecahan antara pemimpin Pas dalam isu muzakarah itu dan ia sebenarnya salah faham media berhubun perkataan itu.

“Pas mengadakan muqabalah dengan UMNO dan ia mendapat kelulusan Majlis Tertinggi parti ini oleh itu tidak timbul isu percanggahan pendapat dan masalah cuba masuk UMNO juga tidak timbul,” katanya.

Presiden PAS, Dato Seri Abdul Hadi Awang menyatakan usaha mengadakan muqabalah akan diteruskan tetapi ia bergantung kepada keperluan semasa.

“Memang Pas ada mengadakan muqabalah dan buknnya muzakarah dengan UMNO sebelumini untuk membincangkan masalah yang dihadapi masyarakat di negeri pimpinan Pakatan Rakyat terutamanya Pas.

“Salah faham itu timbul daripada perkataan muzakarah. Sebenarnya tiada percanggahan pendapat antara pemimpin Pas dalam hal ini dan kami sentiasa bersefahaman. Isu untuk bergabung dengan Barisan Nasional juga tidak timbul.

Abdul Hadi juga menegaskan isu yang timbul adalah pertemuan (muqabalah) berkenaan yang memang dihadiri pemimpin tertinggi Pas disalah ertikan sebagai muzakarah oleh media.

Menurutnya, pihaknya menghadiri muqabalah antara Pas dan UMNO bagi tujuan menyelesaikan masalah semasa yang dihadapi umat Islam dan rakyat dan ia memang mendapat persetujuan semua pihak pimpinan tertinggi parti.

Katanya, pertemuan dengan UMNO adalah risional biasa kerana dalam Islam Pas wajib menjaga kepentingan umat Islam disamping tidak mengabaikan kepentingan masyarakat lain.

“Muqabalah itu mebincangkan isu di negeri yang diperintah PR yang terutamanya yang dipimpin Pas supaya kerajaan Pusat dapat menyelesaikannya dan Musthapa Ali sendiri hadir dan membincangkan isu-isu berkenaan.

“Oleh itu tidak timbul Pas sertai Kerajaan Pusat kerana parti ini tetap dengan PR. Kenyataan saya mengenai pertemuan yang berlangsung tidak bercanggah antara satu sama lain,” katanya.

Abdul Hadi berkata, muqabalah adalah perkataan yang paling sesuai merujuk kepada pertemuan antara Pas dan UMNO kerana perkataan muzakarah lebih sesuai untuk perdebatan yang diadakan antara Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Penerangan, Datuk Shabery Chek baru-baru ini.

Muzakarah dengan Umno dihentikan


Kami dibelakang Tok Guru Nik Aziz – Pengarah Pilihanraya PAS Kelantan

“Kami akan berdiri teguh di belakang kepimpinan dan pendirian Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) berhubung pendiriannya yang tidak akan bermuzakarah dengan UMNO selagi parti itu tidak mahu mengikut lunas-lunas Islam,” kata Pengarah Pilihan Raya Negeri Kelantan, Abdul Fatah Haron.

Abdul Fatah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tuku berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keengganan Menteri Besar Kelantan itu dan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu terus mengadakan muzakarah dengan UMNO.

“Kita warga penggerak jentera pilihan raya Pas Kelantan, akan tetap menyokong segala cadangan dan buah fikiran yang diutarakan oleh pemimpin kami iaitu Tok Guru.

“Kita masih ingat lagi taktik kotor UMNO semasa muzakarah yang pernah diadakan dulu sehingga memecahbelahkan ahli parti sehingga Pas hampir terkubur,” katanya kepada Sinar Harian, selepas mengadakan muzakarah dengan ahli Pas bagi DUN Bukit Tuku, di sini semalam.

Tambahnya, seramai 5,000 penggerak jentera pilihan raya bersetuju dengan pendirian MB yang enggan bermuzakarah dengan UMNO kerana takut ditipu dan takut dengan sejarah yang lalu.

“Kita bukannya pentingkan muzakarah, tetapi perjuangan Islam lebih memihak kepada Pas kerana Pas telah memperjuangkan Islam sudah sekian lama, malah UMNO yang memperjuangkan Melayu hanya sekadar retorik sahaja.

“Kita lihat sejauh manakah perjuangan UMNO untuk membela rakyat, kerana perjuangan mereka hanyalah untuk sesetengah kelompok sahaja, manakala Pas pula memperjuangkan Islam tanpa mengira bangsa dan budaya,” katanya.

Abdul Fatah berkata, sekiranya muzakarah diadakan ia akan memecahbelahkan parti dan ahli kerana kita tahu, perjuangan untuk menegakkan Islam perlu diutamakan kerana ia agama yang kekal hingga hari kiamat nanti.

“Kita yakin apa yang diperjuangkan oleh Pas telah memberikan kesedaran kepada semua pihak dan jika muzakarah ini tetap diteruskan akan menyebabkan ahli akan berkecil hati kerana sejarah lama pasti akan berulang,” ujarnya.

Timbalan Presiden PAS minum kopi bersama PM?

Hari ini Harakahdaily melaporkan Presiden PAS Tuan Guru Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang dipetik sebagai berkata Majlis Syura Ulamak PAS telah mengambil ketetapan bersetuju sebulat suara merestui Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung PAS bagi mempertingkatkan usaha yang bersungguh-sungguh dalam menyatupadukan umat Islam dan rakyat Malaysia berlandaskan Islam.

Sehubungan dengan ketetapan itu pertemuan telah diadakan kali kedua di pejabat Perdana Menteri, Tingkat 2, Blok Menara Parlimen yang melibatkan hanya empat mata antara Timbalan Presiden PAS dan YAB Perdana Menteri.

Pertemuan ini dikatakan juga telah dilaporkan kepada saya (Presiden) dan Majlis Syura Ulamak.

Harakahdaily juga melaporkan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato� Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, apabila berlaku muzakarah penyokong kita marah kepada PAS dan orang Pakatan Rakyat juga curiga.

Oleh itu bagi mengelakkan kekecewaan penyokong, muzakarah antara PAS dan Umno dianggap tidak perlu bagi mengelak berulang sejarah hitam yang pernah berlaku sebelum ini.

PAS akan lebih berhati-hati agar tidak terkena perangkap Umno kali kedua. Itu bukan cara parti yang memperjuangkan Islam berpolitik di mana cara berkenaan tidak ubah seperti menolong pihak lawan dan bukannya untuk menjaga kestabilan parti.

“Itu perangkap namanya,” katanya pada persidangan media di Kota Darulnaim petang ini.

Apalah agaknya Timbalan Presiden PAS beritahu kepada Perdana Menteri.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 369 other followers