Bloger Penarikbeca disiasat Polis

TERKINI Daripada Isterinya, Bakar ditambah remannya sehari lagi. Bakar dibawa dibawa keluar dari Pejabat Jenayah Komersil, Bukit Aman (berhampiran dengan Bank Negara) jam 3.30 petang (ketika hujan lebat) ke Mahkamah Jalan Duta. Bagi pihak keluarga, terima kasih kepada bloger-bloger (Amin Black, Mahaguru58, zorro, nnora75 dan lain-lain yang tak sempat disebut)


Malam tadi lebih kurang jam 11.00 Blogger yang mengendalikan blog Penarik Beca, ditahan polis.

Menurut isterinya, Lima orang polis (empat lelaki dan satu perempuan) datang kerumah mereka dan menahan Bakar haq (nama sebenar Penarik Beca) bersama-sama dengan telefon bimbit dan PCnya.

Menurut isteri Bakar lagi, pagi tadi (Khamis -lebih kurang jam 9.00) Suaminya telah di bawa ke IPD Sentul dan kemudiannya telah dibawa kembali ke JSJ Komersial Bukit Aman dan perkembangan terkini akan diberitahu kepada keluarga pada jam 4.00 petang inisamada dilanjut reman atau tidak.

Hanifah Maidin, peguam yang akan mewakili Bakar menghubungi polis sebentar tadi dan disahkan bahawa Bakar a.k.a Penarik Beca ditahan dibawah Akta Hasutan.

Kepada rakan-rakan blogger dan pembaca blog, marilah kita menyatakan sokongan kepada Bakar dengan berkumpul di JSJ Komersial Bukit Aman, belakang Bank Negara jam 2.00 petang ini.

Satu Respons

  1. KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Hrkh) – Blogger Penarik Beca, Abu Bakar Mohd Rashid, 50, dibebaskan polis sebentar tadi setelah dua hari ditahan reman pihak polis.

    Beliau yang dihubungi Harakahdaily sebentar tadi mengesahkan pembebasannya.

    Menurut beliau, sepasukan anggota polis yang diketuai pegawai penangkap, ASP Kamarulzaman Mohd Salleh, pegawai penyiasat ASP Hazizi Abdul Samad beserta lima pegawai berpangkat inspektor mengambilnya rabu lepas, kira-kira jam 11 malam.

    Katanya, beliau terus dibawa ke Bukit Aman dan ditunjukkan pegawai polis terhadap posting di laman blognya yang didakwa menghina pasukan polis.

    Posting tersebut berkaitan artikel yang bertajuk “Kenapa tak usik Raja Petra” bertarikh 14 Julai memaparkan logo polis yang telah diubahsuai dengan lambang seekor binatang ditengahnya.

    Menurut Abu Bakar, beliau tetap mempertahankan artikel yang ditulisnya mengenai Raja Petra, tetapi mengakui pemaparan logo yang didakwa menghina polis itu suatu kesalahan.

    “Tindakan tersebut (memaparkan logo) amat saya kesali dan sesiapa sahaja yang tersinggung, saya memohon maaf,” ujarnya.

    Menurutnya beliau sendiri tidak tahu mengubahsuai logo, tetapi memperolehinya dari sumber lain.

    “Walaupun saya ‘copy and paste’, pihak polis tetap anggap ianya suatu kesalahan,” katanya.

    Katanya, beliau ditahan selama dua hari dan komputer ribanya masih dirampas polis. – mr_

Tinggalkan jawapan