Hari ini akhbar Sinar harian dan Utusan Malaysia melaporkan berita Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mendedahkan wujud hasad dengki dalam Pakatan Rakyat terhadap penasihat Parti Keadilan Rakyat itu daripada memenangi pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh, 26 Ogos ini.
“Saya dapati memang ada orang yang dengi kepada Anwar dan cuba sabotaj bagi memastikan beliau tidak berjaya menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh”, lapor muka depan akhbar Sinar Harian hari ini.
“Dengki ini budak-budak sudahlah, kita orang tua ni bukan taraf dengki lagi. berilah peluang kepada beliau memasuki Parlimen supaya boleh memenuhi hasrat sebagai berilmu yang berpengalaman dan dikenali diperingkat antarabangsa,” katanya selepas merasmikan MATA Fair peringkat Kelantan di gelanggang seni, Kota Bharu di sini.
Manakala Utusan Malaysia melaporkan dengan tajuk “Pakatan Rakyat dengki terhadap Anwar – Nik Aziz”.
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan itu berkata terdapat pihak yang cuba sabotaj bagi memastikan Anwar tidak berjaya menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh.
Nik Abdul Aziz juga menasihatkan pihak yang menyimpan perasaan dengki itu agar melupakan hasrat mereka demi kebaikan Pakatan Rakyat.
Tuduhan tanpa bukti yang dibuat TOKGURU ni berat juga. Siapa yang dengki ni TOKGURU. Main tuduh-tuduh ni tak jadi ni. Dosa besar Tokguru tuduh orang hasad dengki tanpa bukti yang kukuh. Main menuduh macam tu. Apalah Tokguru macam ni.
Kalau ada ahli mesyuarat tanya Tokguru siapa yang hasad dengki (yang Tokguru maksudkan) macamana, buleh jawab. Mungkin Tokguru buleh jawab, tapi tak nak dedah nama di sini SEBAB tak nak orang tahu. Presiden PAS ke Timbalan Presiden PAS, Naib-naib Presiden, Puak-puak DAP ke. Jangan main tuduh-tuduh. Masa mesyuarat lalu tak sebut. Nak sebut macamana, asyik pening kepala jer.
Fitnahlah tu namanya. Sebab semua orang akan cari siapa yang hasad dengki tu. Ni la makna “Tak tergamak nak tanya” yang saya selalu guna tu. Nak tanya tergamak, ni lah jadinya. Dok tuduh merata.
Dengan sesama pemimpin, tak usah dok perli memerli, cakap terus terang jer lah senang cerita. Lepas tu cakap kat orang surat khabar, apa cerita ni. Masa mesyuarat minggu lepas mengenai hal Pakatan Rakyat, dengar cerita tak ada TokGuru sebut, pening kepala ada, lepas tu minta kawan urut, mesyuarat entah tak tahu apa. Tok Gurupun tak cukup disiplin juga tegur kawan-kawanya melalu surat khabar.
Nak suruh irang ramai tahu yang Tokguru pun TAK TERGAMAK NAK TANYA.
Difailkan dalam: Uncategorized









[...] kita semua, kataku. Tapi agaknya siapa yang tidak mahu Anwar menang itu, Tok [...]
Tahniah kepada wanjo merangkap editor merangkap pemfitnah besar abad ini kerana sekali lagi berjaya bikin fitnah bodoh yang jelas menampakkan kebodohannya. Mungkin kaki fitnah inillah yang bikin surat layang itu.
Bukan tok guru yang fitnah, tapi mu yang fitnah wanjo wei.
Dulu meme jiwo kelate ni jadi pilihan ramai, tp loning selepas wanjo koho bengong dan blog ini mula diserapi unsur fitnah yang melampau dan sukar diterima akal, makin ramai yang tinggalkan blog yang tak lebih dari pencacai politik ni.
hye
Terima sms daripada member dari KB, Sinar Harian (ruangan Kelantan) melaporkan Tokguru ada buat pembetulan bukannya Pakatan yang dengki kepada Anwar sebaliknya orang Umno yang dengki kepada Anwar.
Tok Guru menjelaskan tiada unsur dengki dikalangan Pakatan Rakyat.
Saya cari juga Sinar Harian di KL semalam, tak ada pun berita tu. Rupanya Sinar Harian ruangan Kelantan.
Komen poknik saya tak ambil kesah mana, macam komen orang kecewa tepi jalan.
Poknik memang orang cerdik.
Poknik takdok sebab nok kecewa sb poknik takdok satu pong projek nga Kerajaan Kelate. Tok pernah buleh dan tak pernah tagih projek dr Kerajaan Kelate pong.
Poknik pong tak pernah kecewa dalam merebut jawatan orang nombor satu Perakan. Dan Poknik tak pernah harapkan undi daripada perakan pun. Buat apa nak harapkan undi kalau hanya dapat 1 undi je dari berpuluh ribu ahli.
Poknik jugak tidak pernah terlibat dan terima projek “Punggah Balik Anok Kelate Di Perantauan” untuk balik ngundi maso PRU 12 lepas.
So, buat apa poknik nok kecewa tepi jalan? Kalau nak kecewa jugak pun sb kuda poknik cedera, atau harga kuda turun mendadak, makanan kuda abis stok, kuda tak laku nak jual, kalah dalam pertandingan kuda lasak di gunong, bachok atau di Ar Raudhah, Kuang, Selangor,. Tu je la kalu poknik nok kecewa pong.
Tapi poknik tok pernah kecewa kalu gagal sebarkan fitnah sb poknik tok pernah fitnah pemimpin poknik. Poknik wala’ dgn pemimpin. Kalu pun pemimpin ado saloh silap poknik tegur ikut saluran, buke dedah kepada umum semata2 utk naikkan hit pengunjung blog poknik berlipat kali ganda.
Dan yang penting sekali, poknik tok penah berak dale pinggan hok poknik guno utk wat make nasik. Dgn kato lain poknik tok pernah porak perandakan perpaduan dale persatuan (perakan) hok poknik masuk dale nya utk rapatkan ukhuwwah, walaupun kaloh teruk dale pemilihan Presiden Perakan.
Kijo tabur fitnah ni selain dari kerja ore2 gilo adalah kerja ore hok takdok tuhe. tu jah hok poknik buleh oyak. Mungkin member poknik ‘hok rambut jaram-jaram’ buleh ulas pasal hal nie…..
Selagi tok guru perjuangkan Islam, berdakwah dan memerintah demi Islam, nyawa poknik pong sanggup poknik jadikan galang ganti utk menentang musuh2, pencacai, pemfitnah, perosak, pemaki hamun, dan pembohong yang cuba ‘menyakiti’ tok guru.
Poknik ulangi, kalu terbukti tuduhan wanjo buat keatas tok guru ni bersifat fitnah semata2, dan dengan niat utk melepaskan geram, Pok Nik bersama Para Penyokong Tok Guru tidak akan teragak2 utk membuat laporan polis dan mendakwa pemilik laman web ini serta wanjo sendiri (sekiranya terlibat secara langsung) di mahkamah. See U In Court!
Yang pasti, kebenaran semakin menyebelahi Tok Guru. Doa orang yang dizalimi ni mustajab. Semoga Allah bersama-sama dengan Tok Guru, memelihara maruahnya, air mukanya, kredibiliti dan intergritinya sebagai Pejuang Islam yang cuba untuk menterjemahkan Islam dalam segenap aspek kehidupan. Allahuakbar.
Nota:-
Penulis (poknik) adalah ahli jemaah yang baru dalam PAS. Sebelum ini adalah pendokong dan penyokong Umno.
Salam, poknik, jgn la cakap berdasarkan emosi.. blogger website nie cuma nak dapatkan kepastian.
Dia tanya pun betul juga. Kalau kita tuduh, better kita terus terang ckp siapa orang yang tuduh tu secara specific.
Katakan saya cakap kat poknik, semalam ada jiran poknik cuba bakar rumah poknik , tentu poknik pun nak tahu siapa yang bakar tu.. Tentu poknik pun nak tanya.. siapa orang yang cuba bakar tu..
Kalau kita tahu secara specific kita pun akan fikir la macam mana nak selesaikan masalah tu..
Kalau orang cakap camtu kat poknik tentu soalan pertama poknik akan tanya.. Siapa yang nak bakar ? jiran yang masa satu ? yang rumah didepan ke.. belakang ke.. kanan ke.. kiri ke.. so tak timbul la kita nak buat fitnah atau apa2 kan..
Kita cuma nak kan kepastian tentang siapa yang nak bakar.
Macam itu la dalam hal ini pun.
Saya rasa kenyataan Tuan Guru nie kenyataan politik untuk memberi amaran pada Anwar bahawa dia kena lebih ambil tahu tentang orang-orang PAS. Jangan hanya pandang orang PAS ini tak lebih dari orang2 kampung saja.