Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat tanpa segan memberitahu sudah lama teringin hendak berundur.
“Sudah lama pimpin Kelantan malu juga saya sebenarnya. Seolah-olah saya tidak pandai mengajar orang. Allahualam.
“Tetapi ketika saya hendak berhenti tiba-tiba datang masalah. Setiap isu yang berlaku saya tidak boleh duduk kalau tidak masuk campur.
“Benda besar kalau saya tidak masuk campur tangan rasa macam tidak harap. Tetapi perkara-perkara kecil sekarang Alhamdulillah,” katanya dalam wawancara khas dengan Harakah di pejabatnya semalam.
Harap-harap lepas muktamar di Ipoh nanti selesailah masalah besar. Tinggal lagi masalah kecil-kecil yang tak perlu dipanjang-panjanglan.
Masalah besar politik berkait isu Kerjasama dengan Pakatan Rakyat dijangka selesai selepas Muktamar nanti.
Masalah Sekolah Agama Rakyat bantuan YIK juga turut selesai hari ini (12 Ogos) selepas termeterainya perjanjian mendaftar sekolah tersebut dengan Kementerian Pelajaran dan sebagai permulaannya Sebagai permulaan, Kementerian Pelajaran melulus peruntukan sebanyak RM5 juta bagi menampung keperluan di 20 sekolah terbabit. (Harap perjanjian betul, jangan seperti perjanjian Petronas dengan Kerajaan Terengganu).
Masalah pajak gadai Islam, Ar-Rahn cawangan Kota Bharu dirompak satu masalah juga. Tok Guru menyeru agar perompak/ pencuri memulangkannya semula kerana mereka merampas’ harta orang miskin.
Beliau yang begitu kecewa dengan kehilangan barangan kemas dianggarkan bernilai jutaan ringgit itu berkata, biarpun hanya orang yang terlalu jahat melakukannya, mereka sewajarnya turut mempunyai sedikit timbang rasa.
“Harta yang dilarikan bukan harta kami (kerajaan), tetapi harta orang miskin, mereka bawa barang cagaran untuk dapatkan sedikit wang tunai, mungkin buat belanja anak belajar, rawatan hospital atau kenduri kahwin.
“Mereka cuma perlukan RM500 atau RM1,000, tetapi kamu rompak, tolong fikirkan kesusahan mereka yang berusaha mengumpulkan wang dengan memerah keringat, bertani atau berniaga,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Masalah BPR siasat perlantikan menantu sebagai Ketua pegawai operasi PMBK lagi satu hal. Masalah ni kecil atau atau besar. Tengoklah keadaan macamana. Inilah dia asam garam babak-babak akhir seorang pemimpin kerajaan yang memerintah lama. Pengalaman Tun Dr M boleh diambilkira.
..//LAGI
Difailkan dalam: MB, Negeri Ambo

