Kerajaan daftar SAR ‘bermasalah’ dengan Kementerian – Nik Amar

Kerajaan negeri Kelantan hari ini mengakui hanya mendaftar Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang dikategorikan sebagai ‘sakit’ dan bermasalah dengan Kementerian Pelajaran. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Nik Mohd Amar Nik Abdullah berkata kerajaan negeri hanya mendaftar 22 daripada 66 buah SAR seluruh negeri dan tidak sesekali akan mendaftar sekolah yang mempunyai reputasi baik [...]

Tidak semua 22 rombongan Haji anggota PAS – MB Perak

Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menafikan semua 22 anggota rombongan haji yang diluluskan khas oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah anggota parti PAS. Mohammad Nizar berkata kenyataan Ahmad Zahid mengenai hal itu adalah tidak benar kerana sebahagian daripada bakal haji berkenaan adalah pesara kerajaan [...]

Program Ladang Rakyat tidak libatkan Hutan Simpan

Kerajaan Kelantan menafikan dakwaan wakil Barisan Nasional (BN) bahawa program Ladang Rakyat telah melibatkan penggunaan hutan simpan yang hasil balaknya sebelum itu digunakan bagi tujuan membayar dividen kepada lebih 4,000 pesertanya. Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata sebaliknya penggunaan ladang itu membabitkan kawasan tanah kerajaan yang lain dan dividen itu diberikan melalui bayaran tahunan [...]

Kerajaan Kelantan kaji ADUN BN cadang naik elaun Wakil Rakyat

Kerajaan negeri bersetuju untuk mengkaji semula elaun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi meringankan bebanan mereka dalam melaksanakan tugas untuk membantu rakyat. Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa berkata, sekiranya dipersetujui, elaun wakil rakyat akan meningkat 30 peratus menjadi RM4,840 sebulan berbanding sekarang RM3,600 sebulan. Beliau berkata, cadangan supaya elaun tersebut [...]

Agihan bantuan KWAM meminggirkan anak orang PAS

Sidang Dewan Undangan Negeri kelantan hari ini diberitahu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan,Belia, Sukan dan NGO, Abdul Fattah Mahmood berkata, sudah sekian lama, rakyat negeri ini dianaktirikan oleh mereka yang berkepentingan politik. Katanya, akibat dari sikap rakus dan sombong pimpinan Umno di Kelantan, timbul rasa tidak senang hati di kalangan rakyat terhadap pemimpin parti itu. Kata [...]

Wanita MCA sokong MB Selangor lantik Siew Moi

Pergerakan Wanita MCA menyokong keputusan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim melantik Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Ketuanya Datin Paduka Chew Mei Fun berkata dalam dunia global kini, perlantikan jawatan tinggi kerajaan tidak seharusnya berdasarkan kepada warna kulit atau jantina. “Walaupun ideologi politik saya berbeza dengan Tan [...]

Kelantan bayar RM220 juta hutang peninggalan Kerajaan BN

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Masyarakat, Dato’ Husam Musa berkata, jumlah hutang yang ditinggalkan kerajaan BN ketika PAS mula-mula mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri sebanyak RM718 juta. Katanya, setiap tahun kira-kira RM11 juta dibayar kepada kerajaan pusat, menjadi jumlah yang dibayar sehingga sekarang sebanyak RM220 juta. “Jumlah hutang tersebut tidak termasuk pinjaman baru [...]

Pengurus Besar PKNS: PAS Selangor cari calon kemuka kepada MB

Pas Selangor akan mencadangkan beberapa nama calon kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk dilantik sebagai Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Mohamed Ali berkata, senarai nama berkenaan akan dikemukakan setelah pihaknya mengenal pasti calon yang sesuai untuk mengisi jawatan itu. Beliau berkata, pihaknya juga akan [...]

Program Ladang Rakyat: Syarikat perlu bayar pendahuluan sebelum maju tanah

Setiap syarikat yang akan menyertai program Ladang Rakyat perlu membayar pendahuluan kepada Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan (PPLRNK) sebelum memajukan tanah tersebut secara terperinci. Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, nilai pembayaran berkenaan bergantung kepada persetujuan di antara perbadanan dengan syarikat terbabit. Beliau berkata, sebagai contoh, syarikat yang menyertai program tersebut perlu membayar [...]

Umno akan gulung tikar ….. amiin

“Rasuah politik terjadi di semua peringkat dalam parti, ini amat menyedihkan, dan inilah yang akhirnya akan menutup tirai Umno,” kata Datuk Seri Rais Yatim. Katanya lagi, jangan harap parti terbesar orang Melayu itu berupaya untuk bertahan sekiranya amalan rasuah politik dibiarkan berleluasa seperti hari ini. “Kita sudah lama bercakap soal politik wang tetapi setakat ini [...]

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 35 other followers