Kemenangan Obama – Tok Guru sifatkan perkembangan baru

Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kemenangan calon Parti Demokrat Barack Obama dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat berkulit hitam petama sebagai satu perkembangan baru.

“Kemenangan baeliau sebagai Presiden AS yang ke 44 menunujukkan pemikiran bahawa kulit putih lebih bernilai, lebih mulia daripada kulit hitam adalah dongeng semata-mata. Dan ia berlaku di negara barat sendiri di mana mereka mengagung-agung kulit putih”.

“Islam awal-awal lagi menyebut kulit hitam atau putih adalah sama kerana tiada perbezaan warna kulit di sisi Allah..Yang lebihnya adalah takwa. Kalau kita letak tempurung di atas rumput pun, dua bulan tempurung itu akan bertukar putih juga, tidak ada lebih apapun..,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Mingguan di SUK, di sini semalam.

Menurutnya, perbezaan antara kulit hitam dan kulit putih hanya diperbesar-besarkan oleh masyarakat kulit putih selama ini dan ia perlu diubah.

Katanya, dengan kemenangan mudah Obama menewaskan John McCain dari Parti Republican itu diharap dapat mengubah persepsi masyarakat antarabangsa menegenai Islam melalui dasar pemerintahan yang lebih baik.

Tambahnya, diharap Islam akan diterima satu hari nanti oleh masyarakat antarabangsa dan bukannya hanya membenci dan menyamakan Islam dengan keganasan.

Mursyidul Am Pas itu berkata, dalam Islam diajar kalu hendak berkawan dengan seorang tidak perlu bertanyakan orang itu tetapi selidik dulu siapa kawan individu berkenaan.

“Kalau kawan dia jahat, awal-awal lagi orang ini pun ada minat jahat, McCain tak bernasib baik berkawan dengan Geoge W Bush yang minum darah manusia di Iraq, Afganistan. Di akhirat dia akan bertanggungjawab,” katanya.

Katanya, pemilihan calon kulit hitam itu juga menunjukkan masyarakat Amerika Syarikat mulai menerima rakyat kulit hitam sebagai pemimpin.

“Kita mahu masyarakat mengubah tanggapan orang kulit putih mempunyai kelebihan berbanding orang kulit hitam dan pemilihan Obama adalah perkembangan baru kepada dunia,” katanya. – Sinar harian

Tinggalkan jawapan