Tok Guru cabar Ibrahim Ali letak jawatan uji pengaruh politiknya

Mursyidul Am PAS, Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, parti itu tidak bimbang jika Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali meletakkan jawatan, malah mencabarnya menguji kekuatan pengaruh politik dengan bertanding atas tiket Bebas dalam pilihan raya kecil. Ucapan Di Dewan Rakyat inikah yang menyebabkan kemarahan Tok Guru Nik Aziz Tok Guru [...]

Dr Zambry dan ‘kerajaan rampasan kuasa’ digantung 18 bulan

Datuk Dr Zambry Abdul Kadir digantung sertamerta dan dilarang daripada menghadiri sesi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak selama 18 bulan. Sementara enam Anggota Majlis Mesyuarat (Exco) kerajaan negeri digantung selama 12 bulan daripada menghadiri sesi DUN juga berkuatkuasa hari ini. Speaker DUN Perak V. Sivakumar mengumumkan keputusan itu selepas Zambry dan enam Exco berkenaan tampil [...]

Gerakan Mansuhkan PPSMI serah memo bantahan kepada Menteri dan MP

Gerakan Mansuhkan PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris) (GMP) hari ini menyerahkan memorandum bantahan mereka terhadap pelaksanaan dasar PPSMI kepada Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammmuddin Tun Hussein. Memorandum tersebut diserahkan oleh Pengerusi gerakan itu, Datuk Dr, Hassan Ahmad di lobi Parlimen pagi ini. Beliau turut menyerahkan memorandum tersebut Ketua Pembangkang, Datuk [...]

Ku Li: Karpal hanya menggunakan haknya yang dibenarkan oleh Perlembagaan

Mengenai tindakan Karpal Singh mahu menyaman Sultan Perak, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, beliau tidak setuju dengan Pengerusi Kebangsaan DAP itu. Bagaimanapun tegasnya, Karpal hanya menggunakan haknya yang dibenarkan oleh Perlembagaan. Di sebalik krisis politik Perak dan syor agak dikembalikan kekebalan Raja-raja Melayu, Ku Li semalam menarik perhatian bahawa isu sebenar yang [...]

GAPENA sifatkan PPSMI Menyalahi Akta Pendidikan dan Perlembagaan Persekutuan

Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) semalam membuat laporan polis terhadap Kementerian Pelajaran kerana mendakwa PPSMI bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pendidikan 1996. PPSMI didakwa menyalahi Seksyen 17(1) Akta Pendidikan yang memperuntukkan bahawa Bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Melayu hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan kebangsaan, kecuali sekolah jenis kebangsaan selain bertentangan dengan [...]

Dua pertiga mahu DUN Perak dibubar

Hampir dua pertiga pengundi Perak mahu Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya tergempar diadakan di negeri itu ekoran krisis politik sejak penghujung bulan lalu. Kajian pendapat umum kendalian Merdeka Center, yang dikeluarkan semalam, menunjukkan hampir 74 peratus mahukan DUN dibubarkan manakala 76 peratus pengundi juga ingin melihat “pilihan raya menerusi rakyat” diadakan [...]

Tindakan Keluar Kediaman Rasmi hanya ‘Hormat’ arahan SUK – Nizar

Keputusan untuk meninggalkan kediaman rasmi Menteri Besar serta menyerahkan kenderaan rasmi bukan petanda Pakatan Rakyat mengalah dan kecewa, kata Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin. Mohammad Nizar berkata tindakan itu hanyalah semata-mata mematuhi arahan pejabat Setiausaha Kerajaan negeri Perak. “Sedikit pun tidak dengan penyerahan ini, memudaratkan apa-apa tindakan yang kami buat sebelum ini termasuk ikhtiar [...]

ADUN Pakatan Rakyat Perak fail laporan kepada SPRM

Pakatan Rakyat tidak memfailkan saman ke atas Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir hari ini seperti yang dijangka, tetapi akan melakukannya pada ‘tarikh yang akan datang’. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dijangka akan memfailkan saman bagi mengisytiharkan angkat sumpah Dr Zambry Jumaat lalu sebagai Menteri Besar sebagai tidak mengikut berpelembagaan [...]

Tok Guru tidak setuju Nizar bertanding Parlimen Bukit Gantang

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju dengan cadangan DAP agar bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin diberi peluang bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang nanti. Menteri Besar Kelantan itu berpendapat selagi Mohammad Nizar masih dianggap oleh Pakatan Rakyat sebagai Menteri Besar Perak, adalah [...]

Nizar mempengerusikan mesyuarat khas Exco hari ini

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang masih mendakwa beliau sebagai Menteri Besar Perak yang sah, pagi ini mengadakan mesyuarat khas Exco Kerajaan Negeri di kediaman rasminya di sini. Beliau mempengerusikan mesyuarat itu sehari selepas Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak yang baru. Mesyuarat khas itu berlangsung di kediaman rasmi Menteri [...]

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 32 other followers