Bloger Nik Abduh semalam dipanggil Badan Perhubungan PAS Kelantan memberi penjelasan mengenai tulisan kerja-kerja bodoh dalam pas yang dimuatkan dalam blognya dan dipetik media cetak. Menurut sumber, Nik Abduh dinasihat supaya menarikbalik semua tulisannya yang menyebabkan kecelaruan banyak pihak dalam PAS. Selepas beberapa hari media harian yang dekat dengan Umno menggamatkan isu dicetuskan Timbalan Ketua [...]
Bukan senang mempengaruhi Tok Guru Nik Aziz – Husam
Datuk Husam Musa berkata, beliau bangga jika ada pihak yang beranggapan beliau sebagai “orang yang rapat” dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. “Saya bangga jika dikatakan begitu kerana bukan senang nak rapat dengan Tuan Guru (Nik Aziz),” kata Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan itu kepada mStar Online hari [...]
Filed under: Husam Musa, Mesyuarat Agung PAS | Leave a Comment »
Isu Bangsal Panas: Sepatutnya SPR lebih Rasional – Mahfuz Omar
Video ehsan TV Antara Sementara itu, Pakatan Rakyat sebulat suara menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar menarik balik keputusannya semalam yang melarang parti-parti politik daripada mengadakan pondok panas dan memancing undi pada hari mengundi.
Filed under: Mahfuz Omar, pakatan Rakyat, SPR | Leave a Comment »
Email Pilihan: Dua Tok Guru kini “Dibelagakan” oleh Nik Abduh
Assalamualaikum, Mohon saudara Wan Johari siarkan jerit hati saya ini. Saya tidak mempunyai blog untuk mempostingkannya. Saya harap saudara sedia menyiarkannya walaupun pahit. Isu Nik Abduh “menggomol” pembantu-pembantu Tok Guru Nik Aziz sudah menjadi isu nasional. Bukan isu antara beliau dengan pembantu-pembantu itu lagi. Ianya sudah terpalit kepada parti dan Presiden. Jadi, jerit hati saya [...]
Filed under: Nik Abduh, PAS | Leave a Comment »
Status agama anak: Agenda ‘politik jahat’ BN
PAS menyifatkan keputusan Kabinet berhubung status anak-anak kekal menganut agama asal meskipun salah seorang ibu atau bapa memeluk agama lain sebagai agenda politik jahat untuk menimbulkan suasana provokasi. Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, langkah tersebut dibuat untuk menarik kembali sokongan masyarakat bukan Islam kepada Barisan Nasional dan Umno. “Ini juga bagi membuatkan orang [...]
Filed under: Mahfuz Omar | Leave a Comment »
Tiada sengketa antara dua Tok Guru – Fatah Harun
[Dikemaskini] Tidak wujud persengketaan atau konflik kepimpinan antara dua pemimpin tertinggi PAS, kata Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun hari ini. [/caption] Beliau berkata, khabar angin kononnya berlaku perpecahan antara Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanya merupakan khabar angin yang digembar-gemburkan [...]
Filed under: PAS, Presiden PAS, Tok Guru | Leave a Comment »
Mahfuz serah Memorandum Kepada Majlis Raja-Raja Melayu tubuh Suruhanjaya DiRaja bersih nama baik negara
PAS meminta Majlis Raja-Raja Melayu menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi membersihkan nama baik negara dan Perdana Menteri berikutan tuduhan yang dilemparkan oleh media asing mengenai Pembunuhan Altantuya dan Pembelian Kapal Selam. Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz omar berkata, pihaknya telah menyerahkan memorandum berkaitan untuk pertimbangan Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang akan bersidang Julai ini. “Kita kesal bila [...]
Filed under: Kenyataan Rasmi, Mahfuz Omar | Leave a Comment »
Ahmad Awang terkejut baca tulisan Nik Abduh
Seorang naib presiden terkejut dengan dakwaan bahawa pembantu-pembantu Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berusaha untuk melaga-lagakan menteri besar Kelantan itu dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung isu kerajaan perpaduan. Dakwaan tersebut dibuat oleh anak Nik Aziz sendiri – Nik Abduh yang juga timbalan ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan – [...]
Filed under: Nik Abduh | Leave a Comment »
Nik Abduh menonjol bila Ayahandanya tiada dalam negeri
Selepas dua hari berturut-turut Sinar Harian menyiarkan tulisan dalam blognya, Hari ini (28 April), Utusan pula mengeluarkan tulisannya dalam tajuk “Cadangan Kerajaan: Nik Aziz setuju dengan syarat”, antaranya: “Dalam blognya itu, beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda Pas Kelantan menyifatkan, pembantu-pembantu ayahnya memberikan gambaran salah tentang situasi yang berlaku demi meraih keuntungan politik sehingga menunjukkan [...]
Filed under: Mesyuarat Agung PAS, Nik Abduh | 1 Komen »
Fitnah: MB Selangor saman SPRM dan Kerajaan Malaysia
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyaman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), ketua pesuruhjayanya dan kerajaan berhubung pendedahan hasil siasatan suruhanjaya itu terhadap dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh Menteri Besar Selangor itu. Writ saman itu difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini pada 2.45 petang hari ini oleh firma guaman [...]
Filed under: Kerajaan PR Selangor, MB, Saman | Leave a Comment »

















