Dewan Rakyat rehat: MP PAS Bersama masyarakat Manek Urai Baru (2)

KEMASKINI
Program Perkampungan Ahli Parlimen PAS di Manek Urai Baru

Ucapan Ahli Parlimen Jerai, Ustaz Mohd Firdaus Jaffar dan Ahli Parlimen Pendang, Dr Mohd Hayati bin Othman

Ucapan Ahli Parlimen Padang Terap, Ustaz Mohd Nasir Zakaria

Ucapan Aluan Ahli Parlimen Kuala Krai

Ceramah Ringkas ADUN Melor sebagai Tuan Rumah Jawatankuasa Pembantu UPU Manek urai Baru

Kuliah Maghrib oleh YB Ustaz Mohd Firdaus Jaafar

Ahli Parlimen PAS berkampung bersama penduduk kampong Manek Urai Baru.Ahli Parlimen yang hadir adalah YB Salahuddin Ayub [Kubang Kerian], Dato’ Mahfuz Omar [Pokok Sena], Dr Mohd Hatta Ramli [Kuala Krai sebagai tuan rumah], Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali [Titiwangsa], Dr Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor], Dr Mohd Hayati bin Othman [Pendang], Khalid Samad [Shah Alam], Siti Zailah Mohd yusof [Rantau Panjang], Ustaz Mohd Firdaus Jaafar [Jerai], Ustaz Mohd Nasir Zakaria [Padang Terap], Dr Che Rosli Che Mat [Hulu Langat], Cikgu Che Uda Che Nik [Sik], Dato’ Wan Abdul Rahim Wan Abdullah [Kota Bharu], Dato abdul Halim Abdul Rahman [Pengkalan Chepa], Ustaz Taib Azamudden Md Taib [Baling] dan Ustaz Muhammad Husin [Pasir Puteh]

Program yang dianjurkan adalah ziarah rumah ke rumah, Motivasi untuk pelajar PMR/SPM disamping menyampaikan sumbangan alatan sekolah, Gotong royong, Pemeriksaan kesihatan, Sukan Bolasepak, Kuliah Maghrib/Subuh serta ceramah mengenai isu-isu di Parlimen. Program Perkampungan Ahli Parlimen PAS diadakan pada 6 Julai di Manek Urai Baru, Kg Temalir 7 Julai dan 8 Julai di Kg Budi (UPU Manjor).

Sepetang Bersama Ahli Parlimen Titiwangsa

Perkampungan MP PAS di manek Urai Baru pada 6 Julai 2009.

Memasak bersama Dr Lo’ Lo’ (1)

Memasak ‘Nasi Jagung YB’ (2)

Khasiat Nasi Jagung YB (3) dan Ceramah Kesihatan dari YB Dr Lo’ Lo’

Motivasi bersama dr Lo’ Lo’ dan Dr Hatta

Sepetang Bersama Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali dalam majlis “Masakan sihat dan Motivasi kesihatan” antara agenda dalam Program Perkampungan Ahli Parlimen PAS bersama Penduduk Kg Manek Urai Baru – [6 Julai 2009]

Najib tidak mahu jumpa, tidak mengapa – Tok Guru

Mursyidul Am PAS Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akur dengan keputusan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak yang menolak pelawaannya untuk mengadakan pertemuan dan debat secara terbuka antara PAS-Umno.

Tok Guru Nik Abdul Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan berkata terpulang kepada Najib sama ada ingin menerima atau tidak pelawaannya kerana bagi beliau, tugasnya untuk mengajak seseorang mencari jalan kebenaran atau pendakwah dianggap sudah selesai.

“Tugas saya sebagai seorang pendakwah ada tiga cara; pertama: ajak manusia dengan cara bilhikmah (kebijaksanaan), macam saya mentadbir sesebuah negeri mengikut cara Islam; kedua dengan nasihat, melalui ceramah, usrah, kuliyah, siaran internet dan yang terakhir ialah secara mujadalah (debat), Kalau tak mahu tak apa, selesai dah kerja saya,” katanya kepada Bernama di pejabatnya di Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Semalam, ketika diminta mengulas hasrat Nik Abdul Aziz untuk bertemu beliau bagi membincangkan mengenai perdebatan yang dicadangkan antara kedua-dua mereka, Najib berkata: “Saya dah kata, debat tidak ada gunanya dan semua orang pun kata demikian.

“Kalau nak bertemu, jangan kutuk dulu, ini tidak timbulkan suasana kondusif untuk kita bertemu,” kata Perdana Menteri.

Nik Abdul Aziz telah mencabar Najib untuk berdebat secara terbuka ekoran tindakan Pemuda Umno Kelantan membuat laporan polis terhadap beliau kerana menyamakan Umno dengan komunis dan ajaran sesat.

Beberapa pemimpin Umno tidak bersetuju dengan debat itu dan menyifatkannya sebagai membuang masa kerana ia tidak akan membawa sebarang manfaat.

Berita lain:
PAS sedia bincang dengan Umno – Presiden

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 369 other followers