Biarpun beza 65 undi, Umno/BN masih gagal saingi PAS

100 hari yang malang bagi Dato’ Najib

Tindakan Umno memperlekehkan Mohd Fauzi Abdullah sebagai peraih ikan dan berpendidikan rendah, akhirnya menjadi senjata makan diri.

Majoriti pengundi di Manek Urai menolak isu tersebut biar pun disebar-sebar di kampung-kampung melalui tenaga kempen Umno dan jentera kerajaan pusat.

Pada Pilihanraya kecil DUN Manek Urai 14 Julai lalu, Pas mengekalkan kerusi DUN Manek Urai setelah calonnya, Mohd. Fauzi Abdullah mengalahkan calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat dengan majoriti 65 undi.

Mohd. Fauzi memperoleh 5,348 undi manakala Tuan Aziz mendapat 5,283 undi.

Tinggalkan jawapan