Kematian Teoh tragik dan tidak seharusnya berlaku – Panel SPRM

Pengerusi satu daripada lima panel penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa supaya dikaji semula dengan segera prosedur soal-siasat susulan kematian seorang pembantu kepada ahli politik Selangor, semalam.

Tan Sri Ramon Navaratnam, yang mempengerusikan Panel Pencegahan Rasuah dan Perundingan, berkata, beliau “rasa terganggu dan amat kecewa” mendapati SPRM bertindak menyoal-siasat orang hingga lewat malam dan awal pagi berikutnya.

Teoh Beng Hock, 30, setiausaha politik kepada ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ean-Yong Hian Wah, dijumpai mati di bangunan MACC di Shah Alam selepas seorang pegawai SPRM selesai merekodkan kenyataannya pada 3.45 pagi berhubung siasatan mengenai pengagihan dana.

Beliau sudah dibawa ke pejabat SPRM di tingkat 14 Plaza Masalam pada jam 5 petang hari Rabu dan mayatnya ditemui tengah hari semalam di balkoni sebuah syarikat perkapalan di tingkat lima.

Navaratnam berkata: “Siasatan sepatutnya tamat jauh lebih awal sebelum tengah malam bagi membolehkan lelaki berkenaan rehat sebelum diteruskan pagi berikutnya.

“Tidak ada orang normal dapat bertahan dengan tekanan mental dan fizikal sedemikian”.

“Tekanan teruk ini ke atas individu berkenaan mungkin menyebabkan beliau membunuh diri dengan cukup tragik. Kematiannya tragik dan tidak seharusnya berlaku,” katanya.

Navaratnam juga menggesa dijalankan siasatan awam penuh dan terbuka demi mencari kebenaran tentang keadaan yang menyebabkan kematian Teoh dengan mereka yang terbabit disiasat dan diminta bertanggungjawab sepenuhnya.

Beliau berkata, penyusunan semula juga diperlukan bagi menambah baik pentadbiran SPRM dan menjadikannya lebih berkesan dan responsif terhadap ekspektasi rakyat untuk standard yang lebih tinggi.

“Semakin sukar bagi Panel SPRM saya untuk mencapai prestasi lebih baik oleh kerana peristiwa buruk seperti kematian Teoh akan memburukkan lagi persepsi prestasi SPRM, sekalipun terdapat khidmat dedikasi kebanyakan pegawainya,” katanya.

Beliau berkata, usaha menentang rasuah hanya akan berjaya menerusi keazaman politik kerajaan dan sokongan orang ramai. -BERNAMA

Umno/BN walaupun kalah, kena tunai janji bina jambatan Manek Urai

Mursyidul Am Pas, Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata pembinaan jambatan di Manek Urai adalah tanggungjawab kerajaan pusat kerana kawasan itu terletak dalam pentadbiran Lembaga Kemajuan Kelantan (Kesedar).

“Manek Urai terletak dalam pentadbiran Lembaga Kemajuan Kelantan (Kesedar) dan pembinaan jambatan di situ seperti dijanjikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menjadi tanggungjawab kerajaan pusat sama ada BN (Barisan Nasional) menang atau kalah,” katanya.

Sambil menyokong kenyataan Tun Abdullah Ahmad Badawi supaya Umno menunaikan janjinya yang dibuat dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai Selasa lalu, walaupun calon BN kalah, Nik Abdul Aziz, berkata pandangan bekas Perdana Menteri itu wajar diberikan perhatian pemimpin BN.

“Saya sokong kenyataan Pak Lah dan mengucapkan terima kasih, (Kalau Umno) sudah tahu (Manek Urai) termasuk dalam kawasan Kesedar, kenapa tunggu menang atau kalah baru nak buat jambatan? Itu tak kena…” katanya.

Ditanya kenyataan Abdullah itu memperlihatkan seolah-olah menyokong pandangan Pas selepas berada di luar kerajaan, Menteri Besar Kelantan itu berkata, itu adalah pandangan peribadi Abdullah. – Bernama

Umno/BN Kalah: Pengundi Muda sokong BN tidak benar

Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman menolak dakwaan ramai pengundi muda di Manek Urai menyokong Barisan Nasional (BN) sehingga undi diperolehi calon Pas merosot.

Sebaliknya, Pemuda Pas berpendapat golongan itulah yang banyak memberi sumbangan kemenangan Pas pada 14 Julai lalu.

Abdul Latif berkata, pihaknya tidak setuju dengan dakwaan pengundi muda sudah menolak Pas kerana berdasarkan lima peti undi di Dewan Undangan Negeri itu secara keseluruhannya golongan muda banyak membantu parti itu.

“Saya melihat kemenangan Pas di lima saluran muda di Unit Pembuangan Undi (UPU) termasuk UPU Manek Urai Baru menunjukkan pengundi muda yang memberikan sumbangan besar untuk kemenangan Pas.

“Jika dilihat jumlah majoriti, pengundi muda di saluran dua iaitu Sungai Peria mengatasi jumlah di saluran satu (Manek Urai Baru) dan ini jelas golongan muda yang banyak menyumbang kepada kita,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Difahamkan, BN menang di lima daripada sembilan pusat pengundian, iaitu Temalir, Laloh, Manek Urai Baru, Manek Urai Lama dan Manjor manakala Pas pula menang di Lata Rek, Peria, Chuchuh Puteri dan Sungai Sok.

Dalam pilihanraya umum 2008, Pas menang di semua pusat pengundian kecuali di Manjor.

Berdasarkan analisis itulah beliau tidak setuju dengan dakwaan golongan muda kini menolak parti itu sehingga Pas menang tipis pada pilihan raya kecil Manek Urai kali ini, Kata beliau yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Krai.

Katanya, golongan muda secara umumnya dilihat tidak memberi sumbangan tetapi apabila dicampurkan lima UPU berkenaan ia ternyata mengatasi pengundi di saluran satu dan dua.

Abdul Latiff yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mengkebang berkata, bedah siasat yang akan dijalankan kelak bakal mengkaji dari pelbagai aspek terutamanya kecenderungan golongan muda di Kelantan sekarang.

“Perkara itu penting bagi Pas untuk menilai sejauh mana tahap sokongan golongan muda di negeri ini,” katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada jentera Pemuda Kelantan yang bertungkus lumus sepanjang pilihan raya itu.

Pada pilihan raya kecil N41, calon Pas Mohd Fauzi Abdullah mendapat 5,348 undi mengatasi calon Barisan Nasional, Tuan Aziz Tuan Mat hanya dengan kemenangan kecil 65 undi (5,283).

Pertandingan Burung Ketitir, Hiburan Mingguan Rakyat Kelantan

Pertandingan Burung Ketitir antara acara mingguan bagi peminatnya yang tersendiri. Pertandingan ini disifatkan oleh peminat sebagai Hiburan Rakyat Kelantan.

Burung Ketitir pernah dijual dengan harga RM30,000, ikuti Temubual bersama Pakcik Abdul Kadir, 70an, Pemenang Pertandingan Burung Ketitir minggu ini (17 Julai 2009) di Padang Kg Delima, Wakaf Bharu, Kelantan.

Sesiapa yang berminat untuk melihat dan menyertainya bolehlah datang ke Lokasinya pada setiap pagi Hari Jumaat.

Rakyat didahulukan: Wakil Rakyat pula ditahan Polis ….

Tujuh orang termasuk Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam dan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr. Xavier Jayakumar – kedua-duanya dari Pakatan Rakyat – ditahan polis di luar ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor hari ini.

Mereka adalah sebahagian daripada 150 orang yang berdemonstrasi di luar Plaza Masalam kira-kira pukul 10 pagi tadi susulan insiden semalam.

Semalam, mayat Teoh Beng Hock, 30, yang merupakan setiausaha politik kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui di koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam dipercayai akibat terjatuh dari bangunan itu, kira-kira 1.30 tengah hari

Kebanyakan mereka yang berkumpul telah meninggalkan kawasan pekarangan plaza itu kemudian.

Anggota polis dan FRU diletakkan di plaza tersebut.

Kerajaan negeri sampai sumbangan kepada pelajar lanjut pelajaran ke Al Azhar

Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Dato’ Husam Musa menyampaikan sumbangan kepada Pelajar cemerlang, Umar Muhammad Malcolm, 20, untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Usuluddin di Universiti Al Azhar.

Bebanan kewangan yang dihadapi pelajar cemerlang, Umar Muhammad Malcolm, 20 untuk melanjutkan pelajaran ke Mesir terus mendapat perhatian pelbagai pihak apabila kisahnya disiarkan dalam akhbar ini, Ahad lalu.

“Saya bersyukur selepas tersiar dalam Sinar Harian, ramai insan prihatin sudi memberikan bantuan. Kos tiket ke Mesir sebanyak RM3,500 juga sudah ada hasil sumbangan mereka.

“Impian saya untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar Tanta, Mesir tercapai kerana sebelum ini saya buntu kerana tiada sumber kewangan yang cukup untuk belajar di sana dalam Ijazah Usuluddin,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Terdahulu, anak ketiga daripada lima beradik itu menerima sumbangan wang tunai RM2,000 dan bakal diberikan bantuan bulanan sebanyak RM300 daripada kerajaan negeri yang disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa.

Menurutnya, dia nekad ke Mesir untuk mendapatkan ijazah dalam bidang itu selama empat tahun selepas mendapat galakan daripada ibunya, Nur Asyikin Lee Abdullah, 52.

Teruskan membaca

Keluarga dan penyokong Pembantu Exco Selangor tidak puashati SPRM gagal jaga keselamatan

Penyokong pakatan pembangkang berkumpul di pekarangan Plaza Masalam di sini malam ini sambil menyalakan lilin dan memegang bunga sebagai tanda berkabung berikutan kematian Setiausaha Politik kepada Exco kerajaan negeri, Teoh Beng Hock, 30.

MENTERI BESAR, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersama  Exco Kerajaan Selangor serta penyokong berhimpun di pekarangan Plaza Masalam sambil membawa lilin bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock yang mayatnya ditemui di tingkat lima bangunan tersebut,semalam - Utusan

MENTERI BESAR, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersama Exco Kerajaan Selangor serta penyokong berhimpun di pekarangan Plaza Masalam sambil membawa lilin bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock yang mayatnya ditemui di tingkat lima bangunan tersebut,semalam - Utusan

Mereka turut membawa sepanduk menyatakan rasa tidak puas hati terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwa gagal menjaga keselamatan Beng Hock, salah seorang saksi kes yang sedang disiasat suruhanjaya itu.

Kumpulan itu yang diketuai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu berkumpul sejak pukul 7 malam dan turut disertai ahli keluarga Beng Hock dan teman wanitanya.

Semasa berkumpul, kumpulan itu melaungkan rasa tidak puas hati atas kejadian yang menimpa Beng Hock dan menyalahkan SPRM serta pemimpin Barisan Nasional (BN) sebagai punca kejadian tersebut.

Mereka juga menyamakan kematian Beng Hock dengan kes kematian S. Kugan, suspek yang mati di dalam lokap polis awal tahun ini.

Sambil berkali-kali menjerit meminta SPRM bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kematian Beng Hock, kumpulan tersebut bersurai pada pukul 11 malam selepas diarah berbuat demikian oleh pihak polis.

Berita berkaitan:
Kenapa baju terkoyak

Exco tidak puashati

Polis klasifikasi sebagai kematian mengejut

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 369 other followers