Kelantan nak royalti, bukan nak bina Pelantar

Kerajaan Kelantan tidak boleh membina pelantar sendiri bagi tujuan mencari gali minyak dan gas di perairan negeri ini kerana ia tertakluk kepada Akta Pembangunan Petroleum.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed, berkata mengikut akta berkenaan, semua hak milik bagi mengusahakan sumber minyak dan gas dalam negara mesti diserahkan kepada Petronas.

Mustapa berkata demikian ketika ditanya sama ada Kerajaan Kelantan yang sebelum ini menuntut Kerajaan Pusat membayar royalti petroleum sebanyak RM1 bilion, boleh membina pelantar minyak sendiri di perairan negeri ini.

Mengenai tuntutan royalti itu, beliau berkata, Petronas dan Peguam Negara sedang menyediakan draf sebelum membuat penjelasan terperinci berhubung isu berkenaan kepada rakyat dan Kerajaan Kelantan.

“Kita tunggu penjelasan pihak berkenaan. Pendirian kerajaan tidak berubah,” katanya.

Kerajaan Pas Kelantan sebelum ini mendakwa Kerajaan Pusat perlu membayar royalti minyak RM1 bilion kepada Kelantan bagi pengeluaran petroleum di perairan negeri ini bagi tempoh 2004 hingga 2009.

“Kita ada undang-undang di bawah Akta Pembangunan Petroleum yang antara lain menyatakan hak mengusahakan sumber minyak diberikan kepada Petronas dan ia juga boleh mengadakan perjanjian konsesi dengan mana-mana syarikat lain atau mengusahakannya sendiri,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan (MTPNK) berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat MTPNK di sini, semalam. – Berita Harian 20 Julai 2009

About these ads

2 Respons

  1. ini lah jiwa pemimpin UMNO kelantan
    sanggup buat apa sahaja asalkan rakyat kelantan merana dan derita…
    cakap bergegar-gegar kata nak bantu rakyat tapi habuk pon tarakkkk
    kalau UMNO perintah kelantan dah lama royalti minyak di bayar oleh petronas utk kelantan
    senang cerita begini la, hasil minyak ni sebenarnya utk pemimpim UMNO bukan utk rakyat kelantan
    memang betul lah apa yg di ceritakan oleh Allah SWT dalam Surah Hud Ayat 113 yang bermaksud: Jgn la kamu menyokong org yg membuat kezaliman kelak besok kamu akan disambar oleh api neraka.
    sokong pon dah tak boleh apatah lagi kita nak bersekongkol dengan mereka.
    minta jauh la adik kakak semua…
    biar la kita miskin asalkan kita terbabas dari api neraka Allah SWT
    -wassalam-

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 369 other followers

%d bloggers like this: