Kedudukan Pelantar Carigali minyak dan gas akan diketahui umum awal Ogos ini

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Dato’ Husam Musa berkata, lawatan kerja ke kawasan pelantar minyak dan gas diharap dapat menentukan kedudukan sebenar pelantar carigali minyak dan gas apabila rombongan kerajaan negeri dan Ahli-Ahli Parlimen Malaysia melawat lokasi berkenaan awal Ogos ini.

Turut disenaraikan dalam rombongan tersebut pasukan juruukur khas, Adun, media dan nelayan.

“Ini memandangkan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Dato’ Mustapa Mohamed sebelum ini mendakwa pelantar terbabit terletak di kawasan tuntutan bertindih di bawah perjanjian antarabangsa membabitkan Malaysia, Thailand dan Vietnam.

“Jadi kita akan buktikan pelantar dimaksudkan masih dalam kawasan perairan Kelantan walau pun mungkin bertindih dengan Thailand,” katanya kepada pemberita di pejabatnya semalam.

Husam berkata, kalau lokasi pelantar bertindih di antara Kelantan dan Thailand bermakna negeri ini berhak ke atas royalti minyak dan gas sebanyak lima peratus setahun seperti ditetapkan Petronas.

“Adalah tidak berbangkit Kelantan tidak layak menerima royalti petroleum sebagaimana negeri-negeri lain termasuk Sabah, Sarawak dan Terengganu.

“Jadi lawatan tersebut akan membuktikan apa yang didakwa oleh Dato’ Mustapa itu tidak benar dan Kelantan mempunyai hak ke atas royalti di bawah semangat federalisme,” ujarnya.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ketika kempen pilihan raya kecil di Manek Urai sebelum ini tidak mahu PAS mempolitikkan isu royalti minyak dan gas kerana kedudukan pelantar di kawasan bertindih.

Beliau juga berkata, Petronas tidak memberi penjelasan dalam tempoh 48 jam seperti diarah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika kempen pilihan raya di Manek Urai baru-baru ini.

Beliau turut merakamkan ucapan banyak terima kepada sokongan banyak pihak untuk membolehkan Kelantan menuntut royalti terbabit.

Antaranya, Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah yang menjelaskan Kelantan berhak menerima royalti lima peratus seperti termaktub dalam perjanjian dimeterai antara kerajaan pusat, Petronas dan kerajaan negeri.

Akta Malaysia Thailand Joint Development Authority (MTJDA) 1990 juga menyatakan perjanjian-perjanjian sedia ada di antara Malaysia dan Thailand serta mana-mana pihak sebelum ini masih lagi terpakai.

Petronas sebelum ini menandatangani perjanjian dengan semua kerajaan negeri yang mempunyai sumber petroleum untuk memberi hak mendapat royalti lima peratus setahun sama ada di daratan atau lautan.

Pemimpin Umno juga mendakwa Kelantan tidak berhak terhadap minyak yang ditemui 150 kilometer dari persisiran pantai negeri ini.

Sedangkan amalan sedia ada menunjukkan Petronas membayar royalti minyak kepada Terengganu dan Sarawak biar pun pelantar berada lebih 200 kilometer dari pantai negeri terbabit.

Kelantan menuntut Petronas membayar sebanyak RM1 bilion memandangkan carigali minyak dan gas di kawasan PM301 bermula sejak 2004.

Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia juga menjelaskan nilai pengeluaran kasar industri petroleum pada 2004 di perairan Kelantan, Terengganu dan Sabah berjumlah RM47 bilion.

About these ads

Satu Respons

  1. Aku rasa kerajaan B End perlu berlaku adil kepada semua orang, semua negeri, semua bangsa, semua agama, semua wilayah, semua tuntutan, kalau itu yang dikatakan 1 malaysia. Jika benar, hak kelantan, bagilah sebanyak mana diminta. Kita bimbang, rakyat kelantan akan menyumpah kata, kepada semua pemimpin B End. Alangkah malang, kata nista akan terbawa-bawa ke PRK13, teruk UM No nanti. Rakyat dah mula faham, rakyat dah mula sedar, rakyat dah mula membezakan yang hak dan batil. Sayugia diingatkan, rakyat akan terus berusaha untuk mendapatkan hak mereka menjelang PRK13.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 369 other followers

%d bloggers like this: