PERSADA sokong Kerajaan Negeri tuntut Hak Royalti Petroleum

Persatuan Anak Darul Naim Selangor dan Wilayah Persekutuan (Persada) menyokong penuh tindakan kerajaan negeri memfailkan saman terhadap Petronas berhubung tuntutan royalti Petroleum Kelantan yang dinafikan hak oleh Kerajaan Persekutuan. Presidennya, Ali Hanafiah Mohammad berkata, Persada sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyokong usaha kerajaan negeri mempertahankan hak rakyat negeri itu tanpa ada sentimen politik. “Kami [...]

Majlis Iftar Naib Presiden PAS bersama Media

Foto oleh FB Topeng Perak Unmasked’s Majlis Iftar Dua Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub bersama Media Alternatif (Internet, Cetak), Wakil Blogger dan para twitter di Hotel Vistana, Kuala Lumpur pada 30 Ogos 2010 YB Salahuddin Ayub menyampaikan ucapan Antara yang hadir

YB Nie Ching Ching gembira bertemu Tok Guru

Saya cuba ambil inisiatif untuk mempertemukan Ahli Parlimen DAP Serdang YB Teo Nie Ching dengan Mursyidul Am PAS Tok Guru Nik Aziz Nik Mat. Lantas saya sms kepada YB pada jam 3.21 pagi tadi jika YB mahu bertemu dengan Tok Guru. Dan pada jam 9.10 pagi ni YB Nie Ching jawab sms saya “Ok sy [...]

Zaman Nabi SAW, Kafir Quraisy dibenar tidur, makan dan minum dalam Masjid

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan tindakan anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral, Ahad lepas. Menteri Besar Kelantan itu berkata tindakan anggota Parlimen tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam. “Tidak salah [...]

Sokong Penuh Kerajaan Kelantan Kemuka Writ Saman terhadap Petronas

Semua Anak Kelantan Darulnaim Selangor dan Wilayah Persekutuan diminta hadir ke Mahkamah Jalan Duta pada 30 Ogos 2010 Isnin jam 9.00 pagi bagi memberi sokongan padu kepada Kerajaan Kelantan memfailkan writ saman terhadap Petronas. Sementara itu, Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Mohd Zaid Ibrahim menyokong penuh langkah kerajaan negeri mengemukakan writ saman ke atas Petronas. Menurutnya, [...]

Berbuka Puasa atas linangan airmata Ibu Tunggal, OKU dan Orang Miskin

VIP mungkin berbuka puasa atas linangan air mata ibu-ibu tunggal, OKU dan keluarga miskin, jawablah nanti di Padang Mahsyar oleh Pemerhati UKM Majlis Berbuka Puasa anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di Masjid UKM yang menyusuli program KPWKM di Dewan Tun Canselor (DECTAR) UKM mungkin menyaksikan Perdana Menteri (dijangka hadir) Menteri dan VIP [...]

Isu Dinar: Penjelasan Husam dan Ku Li

Ku Li dan Dato’ Husam bercakap dalam Majlis Iftar anjuran Persatuan Anak Darulnaim Selangor dan Wilayah Persekutuan (PERSADA) pada 21 Ogos 2010 Isu Dinar/Dirham: Awang Adek cetek Kefahaman – Husam Dinar: Tiada masalah jika rakyat Kelantan setuju – Ku Li

Menentang Penggunaan Dinar/Dirham adalah jahil ekonomi

oleh Muda Mohd Noor FreeMalaysiaToday Mereka yang menentang penggunaan dinar emas dan dirham yang diperkenalkan kerajaan Kelantan adalah jahil ekonomi, kata Exco kanan kerajaan negeri Datuk Husam Musa. Beliau juga menegaskan penggunaan dinar emas dan dirham bukan sahaja untuk kepentingan rakyat Kelantan tetapi juga rakyat Malaysia. “Jika urusniaga mata wang ditentukan pasaran tetapi menggunakan dinar [...]

Sekitar Majlis Iftar PERSADA bersama YBM Ku Li dan Dato’ Husam

Majlis Iftar PERSADA Bersama YBM Tengku Razaleigh Hamzah dan YB Dato’ Husam Musa di Hotel Vistana pada 21 Ogos 2010 Foto oleh Ustaz Mawaridi Abdullah dan lagi foto di sini Pok Dikz’s Photos PERSADA rai Anak-Anak Yatim, Lagi Foto sekitar Majlis Iftar PERSADA

Tidak salah guna Dinar dan Dirham

Bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah menyokong langkah Kelantan yang memperkenalkan mata wang syariah dua minggu lalu sebagai kaedah tambahan pertukaran walaupun pusat menganggap ia bercanggah dengan undang-undang negara. “Saya merasakan kerajaan negeri Kelantan yang percaya pada potensi (dinar dan dirham) seharusnya bertindak (ke arah itu) dan berusaha agar ia dapat digunakan,” kata pemimpin veteran [...]

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 35 other followers