Zaman Nabi SAW, Kafir Quraisy dibenar tidur, makan dan minum dalam Masjid

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan tindakan anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral, Ahad lepas.

Menteri Besar Kelantan itu berkata tindakan anggota Parlimen tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam.

“Tidak salah orang bukan Islam termasuk wanita masuk dalam masjid sama ada untuk berucap atau apa sahaja asalkan berpakaian sopan bagi bukan Islam dan menutup aurat bagi orang Islam,” katanya kepada pemberita, di sini.

Beliau diminta mengulas tindakan Anggota Parlimen DAP itu yang menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat utama surau terbabit.

Tindakan Teo itu menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan Majlis Agama Islam Selangor menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pengurusan surau tersebut.

Mengulas lanjut, Nik Abdul Aziz berkata tindakan itu dilihat ganjil kerana umat Islam sekarang terlalu jahil dengan agama sedangkan pada zaman Nabi Muhammad S.A.W. baginda mengajak orang kafir Quraisy tinggal di dalam masjid termasuk dibenar tidur, makan dan minum.

“Cuma apa yang dilihat (benda) itu sebagai pelik di zaman ini menunjukkan umat Islam kita terlalu jahil dengan agama,” katanya.

BERNAMA

About these ads

6 Respons

  1. umno lah penghalang sebenar pengembangan syiar islam

  2. Salam,
    1.Setiap perbuatan kita selalu dikaitkan dengan Junjungan Nabi Muhammad S.A.W…betula la tu…

    2.Tapi ada ke perbutan kita selalu menuju ke arah mengikuti akhlak Nabi Muhammad S.A.W ….

    3.umno lah penghalang sebenar pengembangan syiar islam….sdr kuan….berikan bukti…jangan bercakap tanpa bukti seperti anjing menyalak…..

    adibeta,
    layarbiru15@gmail.com
    kubang kerian,kel

  3. semoga allah campakkan rasa kasih sayang diantara kita semua.ini lah agaknya namanya politik , masing-masing mempertahankan pandangan masing-masing ..salam merdeka,

  4. ok la klu org bukan islam msk masjid tutup aurat..
    ade je org islam yang msk masjid x tutup aurat lagi la teruk..

  5. ok la klu org bukan islam msk masjid tutup aurat..
    ade je org islam yang msk masjid x tutup aurat lagi la teruk..

  6. Dalam mazhab syafi’e memang dibenarkan orang kafir memasuki masjid di Tanah halal dengan syarat dipelawa atau diizin orang muslimin.

    Maka ingati lah diri sendiri, jangan haramkan yang halal, ataupun menghalalkan yang haram…

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 369 other followers

%d bloggers like this: