
Tahniah Kepada Perdana Menteri, Dato’ Najib Razak yang juga Presiden Umno yang menjadi penyokong Setia Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menentang Hudud dilaksanakan di Malaysia atau di Kelantan.
TV3 menyiarkan jaminan Najib bahawa BN tidak melakanakan hukum Hudud walaupun beliau ini mengaku ia adalah hukum Tuhan.
Jadi untuk apa undang-undang Tuhan diakui, jika tak mahu dilaksanakan.
Jadi jelaslah Najib dah jadi pengikut setia Karpal Singh, manakala Karpal pula dah berjaya menjadikan Umno pengikutnya.
Rasanya orang Melayu dan penyokong Umno dah tahu dah kini bahawa Umno dan pemimpinnya tidak berjuang untuk Islam. Pemimpin Umno hanya bertopengkan Islam dan hanya jadikan Slogan semata-mata.

Umno dan Pemimpinnya juga akan cuba peralatkan ulamak, lihat kenyataan di muka depan Sinar Harian 25 September 2011 lalu
“Jika ditanya ulama sekalipun, undang-undang Islam itu tidak boleh dilaksanakan melainkan kita sudah mengambilkira persekitaran dan realiti sebenar masyarakat ketika itu.” – Datuk Seri Najib
MengenI Hudud di Kelantan
Yang penting sekarang adalah memahami hasrat PAS untuk melaksanakannya di Kelantan dan orang Islam sendiri kena faham bahawa hudud ini bukannya hak orang PAS sahaja tetapi hak Orang Islam dan ianya terkandung di dalam Al Quran.
Filed under: News


















[...] melenting-lenting Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sepatutnya Kerajaan Pusat membenarkan Kerajaan Negeri [...]
karpal singh pn tak berjuang untuk islam..jadi buat apa berbaik-baik dengannya..