Dialog PAS-Umno merugikan masa Pakatan Rakyat

Dialog PAS-Umno yang dicadangkan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa dan disambut Naib Presiden Umno, Datuk Zahid Hamidi dianggap membuang masa.

Kenapa perlu berdialog samada dalam cerah atau dalam gelap. Perasan atau tidak, Umno tak pernah terima cadangan PAS mengenai apa-apa perkara. Isu isu yang dibangkitkan Ahli Parlimen PAS tak pernah disokong Umno.

Misalnya Royalti Petroleum Kelantan dinafikan terus, royalti Terengganu ditarik balik. Dua Ketua Kampong di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang serta pelbagai isu lagi.

Tuduhan Umno terhadap PAS sebagai sesat dan parti pemecahbelah masyarakat.

Dialog ini hanya sekadar perhiasan dan perangkap semata-mata untuk memecahkan perpaduan Pakatan Rakyat yang semakin kukuh.

Malangnya secara sedar atau tidak atau terancang, ada segelintir pemimpin PAS yang termakan racun berbisa Umno untuk menghancurkan PAS. Malang sungguh pemimpin tersebut. Samada mereka ini PELESIT atau PARASIT yan ALLAH yang MAHA MENGETAHUI.

Kenapa pemimpin PAS tersebut tidak mencanangkan Kempen PAS GANTI Umno yang telah dilancarkan Presiden PAS di Terengganu beberapa bulan lalu sebaliknya pemimpin tersebut mengenengahkan isu Dialog PAS-Umno. Nampak sangat pemimpin ini sudah terperangkap atau dah berunding dengan Umno.

Hari ini Sinar Harian melaporkan, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar menegaskan, pihaknya tidak akan membuang masa melayan kerenah parti yang telah “busuk” – Umno untuk mengadakan sesi dialog kerjasama politik.

Semalam, rakan sejawatannya dari Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau menyokong idea dilontarkan oleh bekas Timbalan Presiden Pas Nasharudin Mat Isa awal minggu ini demi kebaikan negara.

Ahli Parlimen Pokok Sena ini menambah, sudah cukup peluang yang diberi Pas kepada Umno dengan melakukan sesi dialog di Parlimen dan forum di pelbagai tempat.

“Pas kini jelas, faham malah bersedia bersama Pakatan Rakyat (PR) untuk mengambil alih kuasa dari Umno dan BN atas nama kebangkitan rakyat dan berkongsi negara bersama sebagai satu keluarga.

“Pas akan ganti Umno,” kata beliau dalam satu mesej pesanan ringkas (SMS) kepada Sinar Harian Online hari ini.

Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, beliau bersetuju dengan cadangan seorang bekas pemimpin tertinggi PAS supaya kedua-dua parti berdialog untuk kebaikan negara.

Beliau berkata, Umno mungkin bersetuju menyertai dialog itu sekiranya perbincangan berkenaan lebih menjurus kepada membentuk perpaduan umat Islam di negara ini.

“Sebagai salah seorang pemimpin Umno saya bersependapat dengan Nasharudin kerana ia akan memberi manfaat besar kepada umat Islam di negara ini,” katanya.

Nasharudin ketika menjawab soalan peserta Persidangan Antarabangsa Pergerakan Kesederhanaan Global Selasa lalu berkata isu cadangan perbincangan antara Umno dan parti Islam itu bukan mengenai pembentukan sebuah pakatan tetapi hanya sebagai saling interaksi demi kebaikan negara.
________________________
Source: http://www.sinarharian.com.my/politik/mahfuz-pas-tidak-mahu-layan-kerenah-umno-1.19346

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 35 other followers