Isu Salun: Kerajaan Kelantan sedia bincang

KUALA LUMPUR – Kerajaan Negeri Kelantan bersedia untuk mempertimbangkan cadangan semua pihak daripada kalangan bukan Islam dan mencari jalan penyelesaian berhubung pertikaian isu salun Kelantan.

Kenyaataan Penuh adalah seperti berikut:-

Kenyataan Media
Presiden PAS,
YB Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
13 Muharram 134/ 27 November 2012
  

RUNDINGAN DAN PERBINCANGAN TERBAIK BAGI SEGALA MASALAH 

PAS memandang serius kebimbangan orang-orang Bukan Islam tentang pertikaian isu Salun (Kedai Gunting Rambut) di Kelantan.

PAS percaya Kerajaan Kelantan tidak bermaksud untuk meluaskan perlaksanaan apa-apa peruntukan berkaitan perundangan moral Islam keatas Orang Bukan Islam.

Ini dibuktikan dengan Penggubalan Enakmen Jenayah Syariah  (II) Kelantan  1993
  tidak terpakai ke atas Orang Bukan Islam.

Dalam masa yang sama Kerajaan Kelantan juga perlu melaksanakan tanggungjawabnya, atas mandat yang diberikan rakyat bagi memastikan kemurnian akhlak rakyat beragama Islam terus terpelihara.

Sehubungan dengan Isu Salun (Kedai Gunting Rambut) ini PAS percaya bahawa maksud utama peraturan kecil ini adalah untuk tujuan tersebut.

PAS Pusat telahpun dimaklumkan oleh Kerajaan negeri Kelantan bahawa mereka bersedia menimbangkan cadangan semua pihak daripada Kumpulan Bukan Islam bagi membincangkan dan mencari jalan terbaik bagi menyelesaikan isu ini mengikut Konsep Hak Kebebasan anutan orang-orang Bukan Islam.

PAS Pusat,  sangat mengalu-alukan sikap  keterbukaan Kerajaan Kelantan.

PAS sentiasa komited menyelesaikan apa jua permasalahan melalui pintu rundingan.

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 369 other followers

%d bloggers like this: