Isu Royalti Petroleum: SIAPA BERBOHONG DAN MUNGKIR JANJI?

SIAPA BERBOHONG, SIAPA MUNGKIR JANJI. MANA JANJI DITEPATI. KENAPA PERLU JAWATANKUASA UNTUK KAJI TUNTUTAN ROYALTI. KENAPA PERLU AKTA PEMBANGUNAN PETROLEUM 1974. KENAPA PERLU TANDATANGAN PERJANJIAN ANTARA PETRONAS DAN KERAJAAN NEGERI.

“Petronas sedia maklum bahawa syarikat ini tidak pernah berhutang dan telah melunaskan pembayaran royalti kepada semua negeri dan Kerajaan Persekutuan mengikut Akta Pembangunan Petroleum 1974 kepada Kerajaan Persekutuan.

“Terpulanglah kepada Kerajaan Persekutuan untuk membuat agihan itu sama ada dalam bentuk royalti atau wang ihsan,” katanya dalam sidang akhbar semasa mengumumkan prestasi kewangan suku ketiga Petronas di sini hari ini.

Petronas sudah lunaskan royalti

Oleh AINUL ASNIERA AHSAN
pengarang@utusan.com.my

dn_03.1

SHAMSUL Azhar Abbas mengumumkan keputusan prestasi kewangan kumpulan Petronas suku ketiga sambil diperhatikan oleh Mohd. Sidek Hassan (kanan) di Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/MOHD. NAJIB MOHD. NOR

KUALA LUMPUR 29 Nov. – Petroliam Nasional Berhad (Petronas) menafikan syarikat minyak nasional itu pernah berhutang dengan Kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri dalam pembayaran royalti minyak.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas berkata, semua pembayaran royalti itu telah dibuat melalui Kerajaan Persekutuan.

“Petronas sedia maklum bahawa syarikat ini tidak pernah berhutang dan telah melunaskan pembayaran royalti kepada semua negeri dan Kerajaan Persekutuan mengikut Akta Pembangunan Petroleum 1974 kepada Kerajaan Persekutuan.

“Terpulanglah kepada Kerajaan Persekutuan untuk membuat agihan itu sama ada dalam bentuk royalti atau wang ihsan,” katanya dalam sidang akhbar semasa mengumumkan prestasi kewangan suku ketiga Petronas di sini hari ini.

Yang turut serta ialah Pengerusi Petronas, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan dan Naib Presiden Eksekutif Kewangan Petronas, Datuk George Ratilal.

Shamsul Azhar berkata demikian bagi menjelaskan isu dakwaan pelanggaran kontrak oleh Petronas dengan kerajaan negeri Kelantan.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan, Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa (gambar) mendakwa Petronas telah melanggar kontrak yang ditandatangani dengan kerajaan negeri Kelantan pada 1975.

Husam dalam dakwaan itu berkata, Petronas telah menyimpan segala dokumen cari gali tanpa memberi maklum balas kepada kerajaan negeri tersebut.

Shamsul Azhar menambah, jumlah royalti yang dibayar itu masih kekal iaitu lima peratus daripada nilai petroleum yang dijumpai dan diperoleh dalam kawasan perairan atau di luar perairan negeri-negeri berkenaan.

Katanya, sejak penubuhan Petronas sehingga 31 Disember 2011, jumlah yang telah diagihkan secara langsung adalah sebanyak RM650 bilion bagi pembayaran dividen, cukai dan royalti kepada Kerajaan Persekutuan.

Dalam tempoh lima tahun lalu, syarikat minyak nasional itu menyumbang secara purata sebanyak RM60 bilion setahun, secara puratanya 41 peratus daripada jumlah pendapatan Kerajaan Persekutuan.

Katanya, sebanyak 61 peratus daripada keuntungan Petronas disumbangkan kepada kerajaan, lebih tinggi berbanding 38 peratus yang dibayar oleh syarikat-syarikat minyak dan gas global yang lain.

Beliau yang kelihatan sebak ketika menjawab isu royalti itu menambah, Petronas akan terjejas seandainya pembayaran dividen itu dinaikkan kepada 20 peratus berbanding lima peratus sekarang.

Sambil memberi contoh, Shamsul Azhar berkata, sumbangan minyak, gas dan tenaga kepada pendapatan bersih kasar pada 2009 adalah berjumlah RM110 bilion tetapi tidak menolak agihan itu akan menyusut sekiranya dividen dinaikkan kepada 20 peratus.

“Perbelanjaan modal yang ditetapkan sebanyak RM300 bilion akan berada dalam risiko, begitu juga dengan pengeluaran minyak dan gas jangka panjang serta jaminan bekalan tenaga.

“Cadangan itu memberi banyak kesan kepada operasi dan pengurusan Petronas jangka panjang kerana ia akan mengurangkan kebolehlaksanaan dalam pelaburan semula.

“Percayalah industri minyak dan gas negara akan statik, sekali gus memberi impak negatif kepada pembangunan infrastruktur dan perkhidmatan industri serta pembayaran kepada kerajaan-kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan termasuk royalti, cukai dan dividen.

“Yang lebih penting dan utama ialah Petronas perlu berhemah untuk memastikan kenikmatan itu turut dirasai oleh generasi akan datang,” jelasnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121130/dn_03/Petronas-sudah-lunaskan-royalti#ixzz2E22bVDOF
© Utusan Melayu (M) Bhd

About these ads

Satu Respons

  1. PUAK KOYAK RABAK

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 369 other followers

%d bloggers like this: