Sejarah Kampong

Sejarah Masjid Kg Laut, KampongKu dilahirkan
masjid kg laut
(Gambar ihsan Arkib Yusof Rawa)
Masjid yang sekarang dibangunkan semula di Nilam Puri, aslinya terletak di Kampung Laut, sebuah kampung di tepi Sungai Kelantan, di seberang sebelah hilir bandar Kota Bharu.

Adalah dipercayai bahawa masjid ini manjadi masjid tertua di negeri Kelantan, meskipun tarikh ia dibangunkan tidak diketahui. Ada dugaan yang menyatakan bahawa masjid ini telah dibina sejak lebih 300 tahun yang lalu.

Reka bentuk bangunannya agak unik dan berbeza daripada reka bentuk masjid-masjid lain yang terdapat di negeri Kelantan atau di negeri-negeri Melayu yang lain. Ada yang menyebut bahawa rekabentuk masjid ini mirip atau hampir manyerupai rekabentuk sebuah masjid tua di Demak, Jawa Timur.

Oleh kerana persamaan ini, maka ada orang berpendapat bahawa masjid ini dibina oleh sekumpulan orang-orang Jawa yang terkandas di Pantai Kelantan dalam perjalanan ulang-alik an tara Jawa dengan. Champa.

Oleh ketana hangunan masjid ini terletak di repi Sungai Kelantan yang sentiasa banjir, tnaka ia sangat terdedah kapada bahaya atau ancaman kemusnahan. Pada waktu banjir besar melanda negeri Kelantan pada bulan ]anuari 1967, sebahagian tapak kawasan masjid ini telah jatuh ke dalam sungai menyebabkan kedudukan masjid jadi senget dan goyah.

Bagi menyelamatkan warisan yang sangat berharga ini, usaha-usaha tdah diambil oleh Petsatuan Sejarah Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kelantan bagi memindahkannya ke temp at lain yang lebih selamat, iaitu dalam kawasan kampus Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan di Nilam Puri, Kota Bharu.

Bangunan masjid ini telah dibina semula, seberapa yang boleh, menurut rekabentuk asalnya. Sekumpulan tukang¬tukang Melayu yang mahir, diketuai oleh Encik Husin bin Saleh dari Kampung Bunut Payong, Kota Bharu, telah bekerja keras membangunkannya semula.

Kerja-kerja ini tdah dimulai pada bulan November tahun 1968 dan siap sepenuhnya setahun kemudian. Pada bulan Mei tahun 1970, bangunan masjid ini telah diserahkan oleh Persatuan Sejarah Malaysia kepada Kerajaan Negeri Kelantan dalam suatu majIis penyerahan rasmi di Nilam Puri.

Rujukan: Ikhtisar SEJARAH KELANTAN (Tanah Serendah Sekebun Bunga), Abdul Razak Mahmud, Pustaka Aman Press Sdn Bhd., Kota Bharu, 2002.

36 Respons

  1. sejarah Wakaf Bharu guano yee

  2. sejarah kampunjg kutan takdok ko

  3. Takkanlah kawe nak tulis sejarah Kutan, sejarah Kutan (kawe ni orang mendatang kat Kutan).

  4. ada sbuah lagi masjid srupa rekabentuk nga masjid kg laut, letak di telok manok dalam negeri menara ( org siam sebut narathiwat!) PakNik gi dah situ, ada tadika sbelah masjid tu. Smayae dalam masjid tu PakNik macae ada aircon pulak :-)

  5. sejarah kelate pun xdok..bodo betul

  6. kawe org kg laut jugak ni , bakpo dulu masa nak pindah dia tak tanya penduduk dulu ,loni rasa rugi yg amat sgt sb pelancung datang kat sana … tak leh ko kalu kite mintak pindah blk ko kg laut ,,…….

  7. mu tau mano jaki dio tak tanya?mu gi cari bekas tok ngulu kg mu tu dulu….tu pun kalu dio idup lagi.demo maso tu ssiap wat surat rasmi lagi.mu nak pindah balik kg laut buleh.mu reti pase semula?kalu tok reti toksohla.

  8. kawe tahu ah ,sb dia tak tanya kawe heheehe. buat boleh tak kan nak pasang tak leh ke rano ….

  9. setahu kawe dari sejarah tok saghir kalu tak silap kitab dia tahun 1987 mengatakan bila pasir kena lantai masjid ni(kg Laut) dulu gajah boleh lalu tepi raja boleh naik lantai! – islam akan naik( dimertabatkan) di negeri ini amiiin. alhamdulillah. mmg benar semmoga next time malaysia pulak seterus bumi yg iondah ini amiiin

  10. jolo tu dale kajian sejarah budok2 skoloh kawe pun ado jugok kato… Rajo siap bleh paking gajoh dio leh bawoh tu.. pah gano dia x wak panje mula tiang dia tu .. ko takut x gagoh molek..

    ore kapung laut cari la fund wat replika mula.. kalu nok kelih hok asal keno g nilam puri la itu la salah satu cara. payoh weh nok pase bare takdok paku ni.

  11. acu demo cari sejaroh kampong pak badol,melor..kawe mitok tolong demo nih..nak buat kajian gografi tempatan..

  12. Demo bini doh ko. Kawe nak cari nantu sore nie…. untuk anak beruk kawe blakey rumah…pandai ngukah dan aktif.

  13. tok soho weh…..ambo ni bekas pelajar sekolah pak badol..tahun 1999….banyak kenangan tak dapat dilupakan masa belajar kat sekolah tu..rasa rindu pada kawan-kawan……dan guru2 yang banyak berjasa….

  14. haha satu tempat rupanya dengan boto ni … siutttt…perumahan depan balai polis pak badol . Demo ore kedai nanti barangkali

  15. […] bentuk masjid-masjid lain yang terdapat di negeri Kelantan atau di negeri-negeri Melayu yang …http://jiwokelate.wordpress.com/sejarah-kampong/SENI LAMA MELAYU… MALAY OLDEN ART: Masjid Jamek main mosque of …… saya agak terkilan dengan […]

  16. kawe tahu masa 200 tahun dulu zame gemuloh tok selehong dulu rama ore jawo mai kelate nok belaja agamo. saloh sore dari dio namo saudagar selat melako. nama penuh dok tahu.kubur dio ado di wakaf bharu

  17. kawe duk keda buloh…
    sene jahhh…
    asal namo sbb dulu majoriti keda wat nga buloh.. hahh..ha

  18. kawe duk kg tok jawa mgkin org jawa buka kg tu mula..

  19. ad0h2..dok sohO tmpat lak pl0p..!!

  20. asal kg kedai lalat guano pulak

  21. sejaroh kg geting guano pulak?bunyi kaba ore situ smart-smart betul ker?

  22. Kg Pengkalan Kubor Salor ghano cito????Payah laa x dok mklumat nk wak kijo Kursus nihhhhh…..

  23. leh bg thu dop sejarh kg laut????nk wt assigment etek nih…tntg pkjaan dan kegiatn pduduk kg laut jame dulu

  24. tok ajing g lg masjid nie….dok mno eh…susoh nok jupo kow

  25. kawe dok psir mas..asl kg kawe sbb pasir dia dlu tuh mas…hahaha

  26. ramai hk nk wat assgnmt la plok……..mr jupo kawe la kalu nk tau sejarah kg dlm kelate gak,kawe oyak so2 eh.bwk pauh reknge jeruk sebotol sdh wat ngeras.

  27. Hambo ore Tumpat di Kuantan sejak 1998.
    Sedap juga bc berita2 demo ni… kg Laut kenal ke
    dgn Ridzuan Yusof – bekerja di pelantar Minyak Petronas
    di laut?..

    Kawe Abe Soh ..Bt3 Kuantan.

  28. kawe Tumpat – asalnya ramai pandai wat tupat….!!
    hehehe
    Kg Dalam Rhu ( tapi se pokok pun takdok pokok Rhu tu…
    Dekat Balasah Hj Ya, depan sek keb …

    alah kemari ni sejak 10 tahun hambo dok di Kuantan…keje sana…

  29. tok kawe asai ore kg laut gak.ayah dia tok iman masjid.mana hj abdullah….demo tau tak salsilah tok guru hj daud sg pinang?

  30. tulum la bubuh sejarah kg kota…ambo nk wat assignment ni..plssssss

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 369 other followers

%d bloggers like this: