Tabung Haji dah untung…… Bakal Haji tanggung kenaikan tambang

Pada tahun ini, Tabung haji memberi dividen sebanyak 4.75 peratus berbanding 4.5 peratus pada tahun sebelumnya.

Mengapa Tabung Haji terpaksa menaikkan tambang haji sedangkan keuntungan opreasinya bertambah.

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, Tabung Haji terpaksa menanggung sebahagian daripada kos penerbangan jemaah yang menunaikan rukun Islam itu ke Mekah. Sehubungan itu, bakal-bakal haji pada masa akan datang terpaksa membayar tambang yang lebih tinggi berbanding sekarang.

“Jika tidak, ini merupakan satu tindakan yang tidak adil kepada pendeposit yang lain sebab keuntungan itu terpaksa diambil untuk membayar sebahagian sahaja untuk menunaikan haji,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Salahudin Ayub (Pas-Kubang Kerian) di sidang Dewan Rakyat hari ini.

Dalam soalannya, Salahudin mempersoalkan tindakan Tabung Haji menaikkan tambang haji sedangkan pada masa yang sama agensi itu mencatatkan keuntungan dalam pelaburan hingga mampu memberi dividen yang baik kepada penyimpan.

Umat Islam sentiasa susah, Tabung Haji Untung, Tambang naik haji pulak naik. Umat Islam sentiasa berkorban. Tak Mengapalah Mashitah!!!!

Mashitah ketika menjelaskan perkara itu berkata, tidak semua pendeposit pergi menunaikan Haji kerana ada yang hanya ingin menyimpan wang mereka dalam agensi tersebut.

Menjawab soalan tambahan Datuk Ir. Hasni Mohammad (BN-Pontian) mengenai bilakah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tabung Haji boleh dianugerahkan dengan CEO terbaik, Mashitah memberitahu ia agak sukar untuk dijawab ketika ini.

“Itu adalah satu soalan yang sukar untuk dijawab kerana ia membabitkan soal kejayaan dalam membuat pelaburan.

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 369 other followers

%d bloggers like this: