Kenapa perlu tubuh JK Bersama Singapura-Malaysia mengenai Wilayah Pembangunan Iskandar?

Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan kedaulatan negara tidak akan tergadai kepada Singapura menerusi penubuhan jawatankuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) yang disertai oleh menteri kedua-dua buah negara.

Timbalan Perdana Menteri berkata, jawatankuasa tersebut tidak mempunyai kuasa eksekutif kerana kuasa terletak di tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Jemaah Menteri Malaysia.

‘‘Mereka (jawatankuasa) tiada kuasa eksekutif tetapi membincangkan langkah yang difikirkan perlu dan wajar untuk mengembangkan WPI secara positif.

‘‘Ini (penubuhan jawatankuasa) tidak bererti serah kedaulatan kita kepada Singapura,” katanya pada sidang akhbar selepas lawatan kerja ke Singapura, di sini hari ini.

Adakah pakar-pakar dari Malaysia tidak mampu untuk memikir dan memajukan WPI? sampai terpaksa menubuhkan Jawatankuasa bersama sambil minum pagi di Langkawi baru-baru ini. Atau Pak Lah sengaja bertindak demikian kerana ingin memberi peluang kepada anak buahnya (khususnya menantunya bersama ECM, Temasek dan lain-lain syarikat Singapura) menguasai WPI.

Lawatan bertemakan Malaysia: Penstrukturan Semula dan Kesediaannya adalah anjuran ECM Libra Avenue Bhd. dan Credit Suisse.

Pada lawatan sehari itu, Najib menemui pengurus-pengurus dana utama dunia dan antara yang menyertai rombongan Timbalan Perdana Menteri itu ialah Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop serta Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd., Datuk Azman Mokhtar.

Persoalannya kenapa, kerajaan perlu menubuhkan jawatankuasa peringkat menteri antara Singapura-Malaysia untuk menasihati Lembaga Wilayah Pembangunan Iskandar yang dipengerusikan bersama antara Menteri Besar Johor dan Perdana Menteri.

Apakah jaminan jawatankuasa peringkat menteri antara Singapura-Malaysia tidak mempunyai kuasa eksekutif sedangkan Perdana Menteri sentiasa berbincang dan mendapat pandangan daripada Perdana Menteri Singapura.

Ini terbukti Kumpulan Temasek yang menguasai Kumpulan Pantai yang memiliki kontrak penswastaan di seluruh hospital kerajaan.

Kerajaan perlu menjawab persoalan adakah ECM-Libra yang pernah dikuasai oleh menantu PM sebelum ini pernah menjadi proksi kepada Kumpulan Temasek dengan amanah untuk membeli saham-saham syarikat negara kita bagi pihak Kumpulan Temasek?

“Benarkah Synergy Drive, CIMB Group, AmInvestment, Tabung Haji, Felda, Telekom Malaysia dan Tenaga Nasional adalah di antara syarikat Malaysia yang sedang menjadi sasaran ECM-Libra dan Kumpulan Temasek?” Ini antara yang menjadi persoalan di kepala rakyat seluruhnya.

Pelbagai pihak membantah persoalan yang melibatkan maruah negara kini gagal ditangani dan mendapat apa-apa reaksi daripada Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Advertisements

Projek Saluran Paip minyak 7 billion AS mulai 2008

Projek saluran paip rentas semenanjung yang bernilai AS$7 bilion di bahagian utara Malaysia akan mengurangkan tempoh masa mengangkut minyak dari Asia Barat ke Asia Timur kepada tujuh hari.

Ketika ini, tempoh yang diambil untuk mengangkut minyak ke destinasinya menerusi Selat Melaka ialah selama 21 hari.

Saluran paip
itu yang mengunjur dari Yan di Kedah ke Bachok di Kelantan akan mengurangkan masa singgah dengan mengelak laluan Selat Melaka yang dikatakan hentian kedua paling sibuk semasa singgahan.

“Penjimatan masa dengan menggunakan saluran paip kami kepada pengeluar minyak dan peniaga minyak, mencukupi malahan untuk membayar nilai sebulan simpanan,” kata pengerusi Trans-Peninsula Petroleum Sdn Bhd (Transpen), Mohd Kamil Sulaiman.

Bercakap kepada sidang akhbar di sini, beliau berkata “masanya sangat sesuai” untuk memulakan projek tersebut kerana pasaran minyak telah beralih ke Asia Timur, dengan China kini menjadi pengimport minyak kedua terbesar.

Transpen merupakan pemilik dan pengusaha projek tersebut.

Syarikat tersebut memeterai perjanjian dengan Ranhill Engineers dan Constructors Sdn Bhd serta PT Tripatra Engineers and Consultants dari Indonesia bagi reka bentuk dan pembinaan projek saluran paip sepanjang 300 kilometer itu selepas Forum Ekonomi Islam Dunia Ketiga (WIEF) di sini, hari ini.

Disaksikan oleh Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi dan Presiden Indonesia Dr Susilo Bambang Yudhoyono, Transpen juga memeterai perjanjian berasingan dengan syarikat Indonesia Bakrie dan Brothers tbk bagi bekalan paip keluli dan Al-Banader International Group of Saudi Arabia bagi bekalan minyak.

Malaysia dijajah semula?

Oleh: Alex Ong
Komitte Pelaburan Asing(FIC), Suruhanjaya Sekuriti (SC) ,Bursa Malaysia (KLSE), dan Minority Watchdog Group adalah kelompok produk ekonomi-politik yang menjahanamkan kewibawaan dan kemerdekaan negara.

Badan-badan tersebut seharusnya mempunyai bidang kuasa untukmenjagadan membela kepentingan ekonomi Negara tetapi kini telah menjadi Agensi yang sangat mudah dipermainkan dan tidak mempunyai kuasa yang luas untuk memperakukan undang-undang berkaitan dengan ekonomi, pelaburan dan kewangan.

Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, telah mengelirukan Rakyat Malaysia dalam hujah beliau tentang penilaian ringgit yang menguat tidak memberikan kesan masalah kepada ekonomi negara.

Mengikut laporan Bursa Saham Malaysia Key Indicator, Indeks komposit Bursa saham Malaysia pada bulan Mei 2006 tercatat 927.28 dimana Nilai Market capitalization mencapai RM 750.96 billion.

Perkembangan terakhir di Bursa Saham Indeks composite pada April 2007 telah mencatatkan 1322.25 dengan nilai marker capitalization RM 1,056.10 billion.

Fenomena ‘hot money’ yang saat ini melanda pasaran modal Malaysia menimbulkan banyak perdebatan mengenai kemungkinan terjadinya krisis ekonomi jilid dua. Apakah ini suatu kekhawatiran yang berlebihan?

Hot money adalah dana dari luar negeri dalam jangka waktu yang sangat pendek yang masuk ke dalam pasar finansial (pasaran modal, pasaran wang atau pasar mata wang).

Fakta bahwa rezab Bank Negara Malaysia pada waktu ini USD 88.billion ini cukup membuat banyak pihak yang percaya bahwa Malasyia akan mampu mengatasi ‘larinya hot money’ ini tanpa menimbulkan krisis.

Dalam perkembangan dua belas bulan terakhir,RM 305.14 billion “hot-money” telah masuk kepasaran modal Malaysia tanpa pengawasan yang ketat oleh FIC maupun suruhanjaya sekuriti.

Ia telah menjadi satu femomena yang sangat membinbangkan kerana kemasukan “hot-money” ke pasar modal Malaysia telah melebihi rezab bank Negara RM 301.24 billion yang merupakan penjamin mata wang ringgit.

Cuba bayangkan sesuatu aksi yang drastic berlaku dimana “hot-money” sebanyak RM 305 billion tiba-tiba di tarik dari system pasar modal Malaysia;

Tetapi berbincang mengenai implikasi hot money menjadi krisis ekonomi hanyalah persoalan magnitude, seberapa besar, dari persoalan mendasar hot money itu sendiri.

Pada skala yang normal pun, hot money itu sendiri sudah menyebabkan volatiliti yang luar biasa pada pasar finansial terutama di negara-negara membangun (emerging market).

Hot money tidak saja akan meningkatkan volatilii atau fluktuasi harga tetapi juga membuat harga instrumen (saham, bond, mata wang) terlepas “kaitannya” dari penilaian asset-nya yaitu syarikat (saham dan bond) atau negara (mata wang).

Sebenarnya hanya 20-25% “hot-money” dibawa keluar dari pasaran financial Malaysia, kedaulatan ekonomi negara akan tergugat.

Kita harus ikhlas menyoal Menteri kewangan Malaysia Kedua yang bertanggungjawab membenarkan pengaliran “hot-money” yang begitu besar kedalam pasaran modal Malaysia tanpa mengambilkira implikasi dan kesan terhadap ekonomi Negara.

Asas ekonomi Negara sekarang sangat bergantung kepada ekspot Minyak petroleum dan kelapa sawit serta barangan elektronik. Perdagangan petroleum di lakukan dengan mata wang Amerika di mana negara telah menghadapi kerugian hampir 11% kenturunan nilai dari 750,000 barrel yang di jual ke pasaran dunia.

Ekonomi Malasyia sekarang sangat bergantung kepada ekspot minyak sawit yang mencapai 12 juta Mt setahun dari 4.2 juta hekter ladang tanaman. Penghasilan yang meningkat di ladang soya dan Sunflower akanmencabar kedudukan minyak sawit.

Apakah tindak laku orang terkaya seperti Robert Kuok, Ananda Krisnan, Syed Mokhtar, Kuek Leng Chan yang menswastakan syarikat mereka dan ada yang memindahkan penyenaraian Syarikat mereka di bursa saham luar Negara perlu perhatian dari Perdana Menteri sendiri?

Apakah gelombang penswastaan ini boleh di anggap sebagai satu tanda kehilangan keyakinan terhadap pengurusan ekonomi Perdana Menteri Malaysia?

Yang pasti dan sedang bergiat ialah syarikat strategic Negara seperti sector komunikasi, pelabuhan, perubatan, perbankan dan kewangan sudah mulai di kuasai Temasek holdings yang dukung negara barat.

Perdana Menteri sebagai menteri kewangan Malaysia Pertama perlu bangun dari alam mimpi “feeling good” kerana tanpa pengawalan dan pengawasan pengaliran “hot-money” yang ketat, Malaysia akan dijajah kembali oleh kuasa ekonomi dunia.

————
Alex Ong adalah juga seorang penganalisis ekonomi berasal dari Kelantan yang juga aktivis Migrant CARE (Perhimpunan Indonesia untuk Buruh Migran Berdaulat – Member of Migrant Forum in Asia and International NGO Platform on Migrant Workers’ Convention)

Politik Sana Sini: Tok Guru Nik Aziz dipelawa masuk BN

KOTA BHARU: Sekali lagi UMNO/BN cuba untuk memancing pimpinan PAS dengan menawarkan
menyertai UMNO/BN. Terbaru, sasarannya kali ini adalah orang nombor satu dalam PAS, iaitu Mursyidul Amnya, Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan.

Ikuti laporan Pembidas Minda dalam blognya.

REMBAU: Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, berkata serangan peribadi terhadap pemimpin parti, termasuk dirinya yang dibuat pada mesyuarat sesetengah cawangan Umno yang berlangsung sekarang sebenarnya didorong oleh kepentingan peribadi dan perasaan kecewa pihak terbabit.

“…menerusi mesyuarat cawangan, ada yang ambil kesempatan menyerang peribadi pemimpin, tetapi yang timbulkan masalah ini ialah mereka yang ada agenda peribadi, kecewa dan mahu cari publisiti murahan.

“.. jangan layan sangat golongan minoriti… ini satu dua cawangan saja. Kalau layan, mereka akan kata mereka betul,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Umno Cawangan Pedas Tengah, dekat sini, semalam, beliau berkata, yang menyedihkan sikap segelintir pemimpin itu kemudian dieksploitasi pula oleh pembangkang yang melaporkannya dalam media mereka.

Benarlah BN itu Barang Naik, kata Pembidas Minda

Apalah yang hendak disorak sorai, ketawa gembira dengan kenaikan gaji kakitangan kerajaan awam baru-baru ini kalau ianya juga diiringi dengan kenaikan harga barang-barang keperluan kita. Jangan jadi Pak Kadoklahh… malu kita nanti.

Dengan kenaikan RM300 contohnya, ianya berbaloi sekiranya harga barang kekal harga, tak naik. Akan tetapi sekiranya laporan akhbar-akhbar seperti di bawah ini di ambil kira, bagaimana?

Utusan Malaysia(26/5/07) – Milo ais RM1.80 di Terengganu.

Sinar Harian(26/5/07) – Harga makanan ayam pula naik dari RM60 hingga RM69.

Maklumat lengkap bacalah apa kata Pembidas Minda.

Nak sedar hati rakyat, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd Shafie Apdal, berkata kempen Penurunan Harga lebih 2,000 barang keperluan terpilih di seluruh negara dijangka dijual pada harga hingga 30 peratus lebih rendah mulai minggu ini akan dilancarkan dengan kerjasama beberapa pengusaha pasar raya besar itu bertujuan membendung peningkatan harga barang berikutan pengumuman kenaikan gaji kakitangan awam minggu lalu.

Beliau berkata, secara umumnya pengusaha terbabit sudah bersetuju untuk menurunkan harga pelbagai barang keperluan yang dijual di gedung mereka sebanyak antara 20 peratus hingga 30 peratus bagi mendorong peniaga lain mengambil langkah sama.

“Kita yakin pelancaran kempen ini akan memberi peluang kepada pengguna mendapatkan barang keperluan bermutu pada harga rendah,” katanya selepas menyertai Ops Gaji yang membabitkan pemeriksaan harga barangan di Pasar Besar Banting, dekat sini, semalam.

Hari ini, Restoran Nasi Kandar Tanjung di Jalan Hiliran di sini yang menjual Milo ais dengan harga RM1.80 segelas melebihi harga biasa, menerima ‘padah’ apabila dikenakan kompaun berjumlah RM22,500 – dua hari selepas kegiatan itu didedahkan oleh Utusan Malaysia.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri, Ab. Ghani Harun berkata, kompaun tersebut ialah bagi dua kesalahan iaitu di bawah Seksyen 3 (1) Akta Kawalan Harga (AKH) 1946 kerana tidak meletakkan tanda harga dan Seksyen 14 (1) Akta Perihal Dagangan (APD) 1972 kerana mempamerkan harga mengelirukan.

Menurutnya, bagi kesalahan di bawah AKH 1946, restoran itu dikompaun RM7,500, manakala bagi kesalahan di bawah APD 1972, nilai kompaunnya ialah RM15,000.

Kelantan Sana Sini: Nuar Musa ‘babat’ Nak pindah Projek

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Annuar Musa berkata, Kerajaan Pusat sedang menimbang memindahkan projek itu ke negeri lain bagi mengelakkan perancangan tergendala.

“Sekarang ini, sudah ada tanda-tanda beberapa projek RMK-9 akan tertangguh di negeri ini kerana kurang kerjasama kerajaan negeri dan sikap itu dikhuatiri menyebabkan projek berkenaan dipindahkan ke negeri lain.

“Kita mendengar ura-ura Institut Latihan Perindustrian (ILP) dan Kolej Matrikulasi yang sepatutnya didirikan di Kelantan mungkin dipindahkan ke negeri lain kerana masalah tapak yang tidak dapat diselesaikan.

“Sehubungan itu, saya sangat berharap kerajaan negeri dapat memberikan kerjasama dan tidak mempolitikkan projek yang akan dilaksanakan Kerajaan Pusat demi kepentingan rakyat di negeri ini,” katanya.

Nuar Musa patut tahu siapa diri dia. Dia hanya Ketua Pembangkang di DUN Kelantan dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri. Menteri Pusat di Kelantan hanya Dato Pa dengan Dato Awang Adek sahaja. Kalau dua orang ini tak ambil hal sebagaimana yang Nuar sebut, jadi siapalah Nuar Musa nak suruh batal Rancangan Malaysia ke 9 nak buat projek ILP, “Baso Hidung tak macong pipi tersorong-sorong”.

Ni lah perangai Nuar Musa yang tak berubah sejak dulu hingga kini dan mungkin boleh jadi selamanya

Upen Buat Kajian tapak sesuai pembinaan Loji minyak
Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) kini sedang membuat kajian menentukan kesesuaian tempat bagi pembinaan tapak loji simpanan minyak sama ada di Tumpat atau Bachok.

Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat , kerajaan masih menunggu keputusan Upen yang kini sedang menjalankan kajian mencari lokasi terbaik untuk pembinaan loji minyak.

“Kerajaan negeri akan mengumumkan hasil kajian tersebut bagi melihat tempat yang paling sesuai di antara dua lokasi terbabit. Kita memang menerima kedua-dua syarikat yang menawarkan diri untuk melabur dalam projek ini,” katanya di sini, semalam.

Baru-baru ini, syarikat pengangkut petroleum Malaysia, Trans-Peninsula Petroleum Sdn. Bhd. dilaporkan merancang melabur sebanyak RM24 bilion untuk membina saluran paip minyak merentasi Semenanjung.

Pengorbanan kaum Ibu dihargai kerajaan negeri
Lima kategori diperkenalkan bagi menobatkan ibu yang paling cemerlang di Kelantan tahun ini.

Kategori ibu bekerja, armalah (ibu tunggal), ibu orang kurang upaya (OKU), ibu surirumah dan anugerah khas.

Setiap ibu yang cemerlang daripada lima kategori itu akan menerima wang tunai RM3,000, plak dan sijil penghargaan. Mereka akan diraikan pada sambutan Hari Ibu peringkat negeri yang dijangka diadakan awal Julai depan.

Melalui Tokoh Ibu 2007, Urusetia Pembangunan Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan telah mengedarkan borang penyertaan kepada orang ramai.

Pengarahnya, Haji Abdul Aziz Yunus berkata, tarikh tutup penyertaan tersebut pada 4 Jun ini yang terbuka kepada semua ibu tanpa mengira bangsa dan agama.

“Pada tahun ini kita mengharapkan ada penyertaan calon bukan Melayu bagi merebut kategori yang dipertandingkan,” katanya di sini.

Anugerah Tokoh Ibu mulai diperkenalkan kerajaan negeri pada 2005, sempena sambutan Hari Ibu yang diadakan di Balai Islam, Lundang akan disempurnakan kan Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

Kepentingan Singapura dalam Syarikat Malaysia

Perdagangan dua hala Malaysia Singapura- Malaysia pada tahun 2006 ( RM 88 billion – S$44 billion) Manakala Syarikat Milik Kerjaan Singapura telah melabur RM 1.6 billion (S$800 juta) di beberapa Syarikat strategik di Malaysia.

Antara Syarikat berkepentingan Singapura di Malaysia adalah seperti Berikut:

Syarikat Malaysia (Syarikat Singapura – Nilai)
Pantai Holdings Bhd (Parkway Holdings – RM312 Juta)
Proton Holdings Bhd (Perbadanan Pelaburan Singapura (GSIC) –
Telekom Malaysia Bhd (Temasek Holdings – RM 844 juta (S$422 juta))
Malaysian Plantations Bhd (Temasek Holdings – RM 250 juta (S$125 million))
Gamuda Berhad (Temasek – RM 106 juta (S $53 million))
70% Johor Bharu shopping mall (Temasek – RM 246 juta (S$123 million))
Westports (PSA (Hutchison Ports Holdings di Hong Kong – 35%)

Mohon penjelasan?