Akhirnya Kerajaan setuju Paip Minyak dari Loji Yan ke Bachok, Kenapa?

Malaysia akhirnya mengalah dan terpaksa bersetuju membina saluran paip minyak sepanjang 320 kilometer merentasi Semenanjung bagi memendekkan masa penghantaran bahan api itu dari Asia Barat ke negara-negara Asia Timur yang sebelum ini terpaksa diangkut dengan kapal tangki melalui Selat Melaka.

Projek yang menelan belanja AS$7 bilion (RM24 bilion) itu bakal menyaksikan pembinaan sekurang-kurangnya sebuah loji penapis di Yan, Kedah dan loji simpanan minyak di Bachok, Kelantan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika mengumumkan keputusan tersebut berkata, saluran paip minyak dari Kedah ke Kelantan itu merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk membangunkan Koridor Utara di Semenanjung.

“Ya, kami bersetuju dengan saluran paip itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Halal Sedunia 2007 di sini hari ini.

Diharap Perdana Menteri tidak berdolak dalik lagi.

Abdullah yang juga Menteri Kewangan berkata, projek saluran paip minyak itu akan turut memberi manfaat kepada pembangunan Koridor Timur.

“Kerajaan sentiasa mahu membangunkan kawasan itu dan projek ini turut melibatkan Koridor Timur,” katanya.

Syarikat pengangkut petroleum Malaysia, Trans-Peninsula Petroleum Sdn. Bhd. dilaporkan merancang melabur sebanyak RM24 bilion dalam tempoh lapan tahun untuk membina saluran paip minyak bagi membantu kapal-kapal mengelak melalui Selat Melaka yang sibuk dan mempercepatkan eksport minyak ke negara-negara Asia Timur termasuk ke China, Jepun dan Korea.

Projek tersebut akan melibatkan pembinaan kilang penapis dan loji simpanan dengan saluran paip merentasi tiga negeri menghubungkan Yan di Kedah dan Bachok di Kelantan. Paip itu juga akan melalui kawasan di Perak.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: