Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan memberi sebarang kenyataan berhubung dakwaan saksi mengenai gambar beliau (Najib) yang dikaitkan dengan perbicaraan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, yang sedang berlangsung di Mahkamah Tinggi Shah Alam kerana boleh dianggap sebagai mencampuri urusan mahkamah atau ‘sub judice’.
Setiausaha Akhbar Timbalan Perdana Menteri Datuk Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad berkata bagaimanapun Najib tetap berpegang kepada kenyataannya yang dibuat beberapa kali sebelum ini bahawa beliau tidak pernah berjumpa atau mengenali mangsa dan tidak terbabit dalam kes itu.
“Saya ingin menjelaskan Timbalan Perdana Menteri telah beberapa kali semasa ditemu bual oleh media sebelum ini dan semasa pilihan raya di Ijok mengatakan bahawa dia tidak pernah berjumpa, mengenali mangsa dan tidak terbabit dalam kes ini. Oleh itu, isu gambar tersebut tidak berbangkit.
“Penjelasan ringkas ini dibuat kerana laporan perbicaraan semalam mengundang pelbagai pandangan dan kenyataan pihak tertentu yang boleh menjejaskan pandangan umum kepada Timbalan Perdana Menteri,” katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama di sini hari ini.
Pada prosiding perbicaraan kes bunuh itu, saksi keenam pendakwaan, Burmaa Oyunchimeg, 26, memberitahu mahkamah, dia pernah melihat sekeping gambar menunjukkan Altantuya makan semeja bersama Abdul Razak Baginda, penganalisis politik yang dituduh bersubahat dalam pembunuhan itu dan pegawai kerajaan Malaysia dikenali dengan nama “Najib Razak” serta beberapa yang lain.
Burmaa, yang juga dikenali sebagai Amy, berkata Altantuya yang juga sepupunya, menunjukkan gambar itu kepadanya ketika mereka berada di Hong Kong, selepas sepupunya itu pulang dari Perancis.
Menjawab soalan tambahan peguam pemerhati, Karpal Singh bagi pihak keluarga Altantuya, Burmaa berkata Altantuya memberitahu nama pegawai kerajaan Malaysia itu ialah Najib Razak dan dia mengingati nama itu kerana mempunyai persamaan dengan nama Abdul Razak.
Bagaimanapun, gambar yang dikatakan itu tidak ditunjukkan di mahkamah.
Semasa berkempen pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Ijok pada April lepas, Najib berulang kali menafikan pembabitannya dalam kes wanita Mongolia itu selain menyelar sikap parti pembangkang yang menggunakan strategi serangan peribadi dengan membuat tuduhan melulu termasuk mengaitkan dirinya dengan kes Altantuya.
Filed under: Mahkamah |
Kata Dato’ Ibrahim Ali: Geli hati he he he, ho, ho, Setiausaha Akhbar Najib buat kenyataan kononnya Najib tak pernah jumpa dan tak kenal Altantuya.. katanya PM tahu segala-galanya. Wah kait nama PM pula.. PM pun subahat juga ke ni? Ini kacau? Utusan dan berita harian siar kenyataan SU akhbar Najib, tapi berita semalam tak siar…. lucu, lucu…..
Ingat Allah tahu segalanya… kalau tak ada apa-apa tak perlu risau dan tak perlu gelabah..
sms Dato kepada paksupas. Terima kasih Dato’ beri info ni.
how true…..how true……
can’t wait to see the photo..
If proven, how lucky we are having a big fat liar DPM ruling us..
Takkan najib belawok … Kalu belawok gak … jawabnya timbalan perdano menteri belawok…. kalu tpm belawok gak … duo kali limo nga samy belu la lagu tu gak… kesimpulannya..
Malaysia diperentah oleh menteri2 PELAWOK HANGIT….
gambar najib tak de tapi gambar Tian Chua main bontok dgn kapal singa ada lah gambar anwar dan azmin pun ada
gilo sek nih
matspy, sent la kat aku gambr main bontot tu..
kat aku ada gambar tian chua pegi sunat
bejurus yang tak bejurus
wah………cahyala x sangkah ye.
teruk btl…
pergi mampos daa macha…aku bom kang hangus
hahahahahah
meme bwok…stuju ngan bejurus
assalamualaikum…
kenapa kita terus bermusuh-musuhan?…. sedangkan dalam islam, kita harus berbaik-baik, walaupun insan tersebut berbuat jahat kepada kita… hai…umat islam akhir zaman… sedarlah… apa yang kita perjuangkan sebenarnya? keegoan atau keimanan?…fikirkan…
Memang tpm wahi tino sebab bini doh macam gapo2, pakloh pulok dok! sebab tu dia cari ayam tino pencen. jadi walhasilnya memang 2×2 tak cerdik belako! Kalu kawe jadi TPM bom hok tua ambik athantuya, kalu kawe jadi PM cari anak daro kelate ko siam ko,… hok tak expired lagi,…. sebab tulah lo nie barang2 naik dan air banjir berterusan ,… Kalu kito jupo tok bomoh dia royat,… sebab ada jin sebelah dio,… dan kemungkinan pilihanraya esok menang lagi kerana firasat tok bomoh dia berkato bahawa anak jin ramai bersama hantu2,….
lihat dengan mata dan hati, fikirkanlah
ala…bg aku lar sume tu fitnah smata2 nk jatuhkan nama najib..oi xbaiktau fitnah org
korang kena pikir logik xkan la najib menteri kita nk buat gimik bodoh ni! diakan berpelajaran…aku x percaya…aku xpercaya…aku xpercaya…
XMUGKIN DATOK NAJIB BT CM2..
MY B ADER YG NK SABOTAJ DIER..
aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
ogre berok tepi jale mane ngaku
baso beruk blako x dak kijo lain ko…………samo blako pas dgn barisan…dua2 hati busuk…………main parti untuk duit..
tak baik kita memfitnah orang keterlaluan tanpa sebarang bukti yg kukuh dan before any confirmation…berdosa..mau dok taubat…….cetek betul akal…sekolah sampai darjah berapanie….
Itu bkn fitnah la… itu hanya ulasan2 BASED ON kata2 prosiding perbicaraan kes bunuh itu, saksi keenam pendakwaan, Burmaa Oyunchimeg, 26, memberitahu mahkamah, dia pernah melihat sekeping gambar menunjukkan Altantuya makan semeja bersama Abdul Razak Baginda, penganalisis politik yang dituduh bersubahat dalam pembunuhan itu dan pegawai kerajaan Malaysia dikenali dengan nama “Najib Razak” serta beberapa yang lain.
Kalau dlm perbicaraan tu dia sebut Ultraman/Doremon… & then blogger kat sini pandai2 kata & wat kuar nama Najib… itu baru betul & relevan dgn definasi of FITNAH adik Azwa yg sekolah rendah hoiiiiii…. kekekekekeke….
wannn…eeeeeeeeeeeeeee gerammmmnyaaaaaa….eeeee…
Untuk pengetahuan awak saya bkn budak sekolah rendah okey?…jaga sikit mulut tuh tauu…..takdek insurance apaa..ek…
Jumpa lagi…..
Bab-bab ore tino ni…kalau lelaki yang normal kepiah pun boleh tercabut.Ambo no komen lah bab-bab ni.
Sebab tu hamba suka dok jauh-jauh dengan orang takut menghampiri..serban pn ada atas pala pn bukan boleh harap
bab-bab ni….heheee….
Zaman tok nenek lagi bab-bab ni tak leh selesai,tak payah bicanglah.Kita bicang tajuk lain….kecuali lelaki itu pondan’ tu pn bukan pondan yang tak nak tetapi ppuan yang tak mau…….
semuanya itu adalah rancangan tdk sihat parti pembangkang,datuk najib tdk bersalah.