‘Kambing Kelantan’ akan diperkenalkan – Dr Nik Mazian

PASIR MAS: Pusat Jualan ternakan Negeri akan diwujudkan di kawasan tanah rezab haiwan di Kampung Repek dekat sini, yang akan diurus syarikat PK Ecoresort Sdn Bhd dengan pemantauan dan khidmat nasihat Jabatan Perkhidmatan Haiwan serta Fama.

Menurut Pengerusi Pertanian dan Industri Desa, Dr Nik Mazian Nik Mohamed, pada masa akan datang Kelantan dijangka mampu mengeluarkan baka kambing jenis tempatan yang mungkin dikenali sebagai ‘kambing Kelantan’.

Sebelum ini kerajaan negeri telah berjaya melancarkan program Jihad Ternak – penternakan kambing secara komersial jenis baka Jamnapari dan Boer.

Perasmian pusat itu dilakukan semalam. Manakala sebelah malamnya solat hajat diadakan di tapak pusat jualan tersebut.

Dr Nik Mazian berkata, dengan adanya pusat jualan ternakan, kerja-kerja pemasaran akan menjadi lebih mudah memandangkan ia akan menjadi pusat tumpuan utama pembeli kambing jenis baka baik.

Oleh itu beliau berharap penternak dan pengusaha yang ingin memasarkan kambing disaran memanfaatkan pusat tersebut.

“Sebelum ini kerajaan negeri memperkenalkan program Jihad Ternak yang mana pusat penternakannya terletak di Rong Chenok dekat sini, bertujuan untuk mengembangkan baka kambing.

“Dan pusat jualan pula diwujudkan sebagai salah satu tempat untuk peserta yang terbabit dengan program Jihad Ternak mendapat baka kambing yang terbaik,” ujarnya.

Selain itu matlamat jangka panjang kerajaan negeri bagi menjadikan Kelantan sebagai ‘hub penternakan’.

Jurucakap PK Ecoresort berkata, pihaknya terbabit dengan perniagaan ternakan sejak tahun 2000, melihat bidang tersebut mampu berkembang pesat pada masa akan datang.

Turut hadir Adun Kadok, Haji Mohd Shukri Abdul Rahman, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Haiwan Kelantan, Dr Idris Kadir dan pegawai Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad serta pengusaha-pengusaha ternakan kambing.

Advertisements

25 Respons

  1. AMBE BRASE NOK KELIK PEGHO KAMBING GETEK EHS….

  2. Balik la. Tokke tokse kelik duduk di negeri Isle. Duduk negeri oghe wat gapo. Tok molek kalu kita cari make di negeri oghe, pah tu kita kutuk pulak pemimpin dio. Kita balik duduk di negeri membangun bersama isle.

  3. Sedap rasanya ni. Boleh try rasa nanti.

  4. kambing flat pekeliling pom sedap jugok …
    tamboh² make kambing bakar hok pree…

  5. Ambo ada 13 ekor kambing baka Jamnapari. Insya Allah ia akan bertambah bila induk beranak. Usaha sendiri. Setakat ini guna duit gaji upah orang jaga. Ambo professional yang kerja di KL. Bila balik bersihkan kandang dan cerut ruput.

    Best masa jaga kambing. Lupakan meeting, protokol, KPI’s Plan Strategik, VVIP, Dinner, 5 Star Hotel, Blanced Score Card, Kompetensi Modelling and Profiling Bla, Bla, Bla….

    Komputer, e-mail tutup sekejap. Jaga kambing. Bila balik KL bawa baja tahi kambing untuk pokok orkid taman. Di KL tahi kambing dijual RM 4.50-Rm 6.00 sekilo. Saya tak jual. Guna sendiri utk pokok. Najis haram dijual.

  6. Ambo juga peminat kambing Jamnapari. Ada 4 ekor induk betina dan seekor jantan. Jantan Jamnanapari pernah di beli dgn harga RM 1700 yang baru berusia 10 bulan.

    Sekarang risau sikit sebab Jamnapari menhdapai masalah kesihatan dan susah nak rawat penyakit.

    Saya tetep sabar untuk meneruskan usaha menternak Jmanapari sebagai hobi…

  7. InsyaAllah,. dah lama sgt dah dok pasang niat utk ternak kambing boer atau jamnapari ni. Skg dok kija kat KL kumpul modal dulu, xbest kija dlm Air Cond. One day aku juga nk jadi Usahawan Tani kelantan,.

  8. ada sapo2 nk jual kambing susu? ambo nk try pero kambing etek

  9. kalu nak tengok lade kambing boer di kelate, gi la di kg cempaka, panji

    • kalu demo nok beli kambing susu di australia boleh hubungi kawe di email :wanmamat@yahoo.com.
      atau talian +61420217479 hp/+61892762116 rumoh.

      kawe kerja dengan MARWA FARM di perth Western Australia.kita boleh buie harga di ladang.Tapi kambing susu ni mahal sangat.kalu demo ambik banyok dia akan jadi lebih murah.

  10. saya disini memerlukan pertolongan tuan dan puan yang menternak kambing…saya nak tahu kat mana perlu mulakan untuk menjadi penternak kambing..dan nak tahu bagaimana caranya sekali…. anak muda klate mintok tulong…

  11. a’kumm.. sy nk mula menternak kambing dari jenis boer dan katjang. tp tkde pengalaman langsung.

    ada tk ladang2 d pantai timur nk adakan kursus penternakan? nk hadir kursus dulu…. nk konfiden… hehee

  12. ambo doh mulo pero kambing boer dan jamnapari…sapo2 yang nak kelih atau bui tunjuk ajar…bulihlah mari rumoh ambo di kg bukit pulai chondong

  13. Jangan jadi “kambing hitam” sudah !!!

  14. sy ada nk mula pero kambing.ada sapo ble tlong sy untuk membantu sy utk pero kambing

  15. SESIPA BERMINAT NAK BELI KAMBING BOER,JAPNAPARI DAN KATJANG HUBUNGGI SAYA 0148109337

  16. waduhhh..bisa teringin sekali gue mau pelihara ini kambing…

  17. sesiapa yang berminat untuk membeli kambing jamnapari berusia di bawah 2 tahun sila hubungi 012-6216777 (zainal)..harga boleh dirunding.

  18. siapa yang berminat untuk menbeli menternak kambing jamnapari A kelas1 atau mesin potong rumput. atau sebarang pertanyaan sila hubungi 012- 3300009 (sabaree)

    atau

    ingin menjadi ahli persatuaan perternak kambing negari kelantan

    • Askum……
      sy seorang penternak kambing ,sy jngin menjadi ahli persatuan penternak kambing . Apa harus sy buat…….

  19. Alhamdulillah, nampoknya koha ramai ore kita..jauh dan dekat minat dengan kambing..ada minat kelih..ada minat pera..ada minat gosak..ada minat cerut dan lain..kalu lagu tu mari lah kita pakat pera kambing ramai ramai…kita dok skali dale pakatan hak ada dah nih..mudahe keja kita diberkati Allah jua..

  20. assalamualaikum umat nabi Muhammad sume..

    kawe nak tanya,, sapa2 ade pengalaman ttg tanam timun cino… susah ko sene nak caro dia…

    siapa sudi kongsi pengalaman, kawe ucap byk tima ksh..

  21. betul ke kerajaan negeri kelantan jual tanah di sekitar pasir pekan hilir dekat kubur tok janngut kepada pemaju singapore? sebab ayah aku g bayar tanah kat tumpat dah x bleh. kerajaan negeri ambil tanah tu n jual dah. APE MASALAH NI. NYANYO LA KO AMBO. TANAH SEKANKANG KERA TU JE ADA.

  22. sya nk bli kmbing boer jantan utk buat baka,ada sesiapa nk jual,jgn mahal2 sgt tk mampu nk bli plk.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: