Daily Mirror, UK mohon maaf kepada Presiden PAS

Daily Mirror mohon maaf kepada Presiden PAS Akhbar ternama di Britain, Daily Mirror memohon maaf kepada Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kerana menuduh beliau sebagai pemimpin pergerakan al-Qaeda.

Siaran pada 1 Mei lalu, Daily Mirror pada muka surat 3, mengeluarkan berita memfitnah Presiden PAS dan mendakwa beliau sebagai pemimpin nombor 3 al-Qaeda yang kini ditahan di Guantanamo Bay, Panama.

Berita penuh, sila baca Harakahdaily.

Husam ramal pilihanraya November, Umno Kelantan kemuka 70% Calon baru

KOTA BHARU: PAS meramalkan pilihan raya umum ke-12 akan diadakan November ini sebaik sahaja pelancaran rancangan pembangunan Koridor Pantai Timur oleh kerajaan pusat selepas Hari Raya Aidilfitri.
Anak Musa berentap
Naib presiden, Datuk Husam Musa berkata “feel good factor” (faktor-faktor yang menggembirakan rakyat) selepas pelancaran itu sudah cukup untuk Barisan Nasional (BN) membubarkan Parlimen pada waktu itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dijangka melancarkan Koridor Pantai Timur di Kelantan membabitkan negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan pada 28 Okt ini.

“Anggota parti Pas sudah diminta bersiap sedia.

“Sama ada kita telah siap menghadapi pilihan raya umum kali ini atau tidak, itu perkara yang relatif,” kata Husam kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau, yang juga pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat Negeri, berkata Pas juga akan mengadakan perhimpunan jentera parti di Taman Melewar, Gombak, Selangor, pada awal bulan depan.
paper lama husam dan annuar musa Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Seri Annuar Musa dipetik sebagai berkata lebih 70 peratus bakal calon Barisan Nasional (BN) untuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada pilihan raya umum ke-12 akan terdiri daripada muka baru yang mempunyai ciri dinamik untuk menggerakkan projek Koridor Pantai Timur.

Kata Annuar, turut akan dipertimbangkan bagi muka baru ialah calon wanita dan calon bukan Islam untuk memberikan golongan itu peranan yang lebih besar di Kelantan.

“Calon baru itu mestilah anak jati Kelantan dan bermastautin di negeri ini. Kita tidak mahu calon ahli politik hujung minggu untuk membuat kerja dan merancang serta melaksanakan projek kerajaan pusat seperti Koridor Pantai Timur,” katanya kepada pemberita selepas majlis taklimat isu semasa untuk kakitangan kerajaan pusat di sini hari ini.

Teruskan membaca

Kerajaan tolak dua cadangan kerajaan negeri

Exco kerajaan negeri, Dato’ Husam Musa berkata, dua cadangan utama kerajaan negeri mengenai pendaratan gas dan pembinaan landasan kereta api menghubungkan Kelantan dengan Pulau Pinang tidak dimasuk dalam pelan pembangunan Koridor Pantai Timur.

“eberapa pertemuan dengan pemimpin kerajaan Pusat, kerajaan negeri mencadangkan Kelantan dijadikan sebagai pusat pendaratan gas.

“Ini kerana negeri ini memiliki rizab gas yang banyak di kawasan pertindihan dengan Thailand. Sekiranya pendaratan gas ini berlaku sudah pasti akan melonjakkan pertumbuhan ekonomi negeri ini.

“Ia akan mengembangkan industri hiliran yang berasaskan gas seperti stesen janakuasa dan lain-lain sektor yang mampu menyediakan banyak peluang pekerjaan,” katanya kepada wartawan di sini, hari ini.

Difahamkan perairan Kelantan memiliki simpanan gas terbesar di Asia Tenggara yang dianggarkan sebanyak 13 trillion kaki padu. Ia mampu menjana projek petro kimia bernilai bilion ringgit.

Menurut Husam, kerajaan negeri juga mencadangkan dibina landasan kereta api menghubungkan negeri ini dengan Pulau Pinang supaya kegiatan perdagangan dapat dirancakkan lagi.

“Dengan adanya laluan kereta api barangan yang dibawa masuk melalui Kelantan boleh dibawa terus ke Pulau Pinang sebelum dihantar ke negara lain melalui pelabuhan disamping dapat menggerakkan industri pelancongan antara kedua negeri,” ujarnya.

Oleh itu beliau berharap pelan pembangunan Koridor Pantai Timur yang bakal dilancarkan menjadi lebih praktikal untuk menjana pendapatan secara langsung kepada rakyat.

Pelancaran Koridor Pantai Timur dijangka dilakukan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 28 Oktober depan di Kelantan.

Husam yang juga Naib Presiden PAS berkata, Kelantan sedia memberi kerjasama menjayakan pembangunan Koridor Pantai Timur yang turut melibatkan Terengganu dan Pahang.

“Kerajaan negeri sememangnya sentiasa memberi kerjasama penuh kepada mana-mana projek kerajaan Pusat bagi kebaikan rakyat.

“Malah kerajaan negeri telah lama mencadangkan beberapa projek untuk dilaksanakan bagi memacu pembangunan ekonomi dan rakyat negeri ini seperti pembangunan Koridor Pantai Timur,” katanya.

Mengenai persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-12, Naib Presiden PAS itu berkata, parti telah mengarahkan jentera pilihan raya dipersiapkan pada bila-bila masa sahaja.

Menurutnya dijangka pilihan raya umum diadakan selepas pelancaran Koridor Pantai Timur memandangkan Barisan Nasional agak selesa ketika itu.

Beliau juga berkata, PAS akan menghimpunkan jentera pilihan raya dari seluruh negara di Taman Melewar pada 6 September ini.

JANGAN BANGKITKAN ISU PERKAUMAN

Oleh: KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL
Pengerusi, Lajnah Integrasi Nasional, Dewan Pemuda PAS Pusat.

Sejak kelmarin, saya kerap dihubungi oleh banyak pihak bertanyakan tentang kemungkinan akan berlakunya rusuhan kaum di Johor Bahru. Beberapa SMS telah disebarkan dan diperpanjangkan kepada ramai termasuklah di kalangan ahli Parti Islam SeMalaysia (PAS).
Blog saya (http://minda-kembara.blogspot.com/) tiba-tiba mencapai hits yang tinggi sejak semalam dan saya yakin ianya ada kaitan dengan penyebaran SMS tersebut.

SMS yang dilihat cuba meransang kaum Melayu untuk bersedia menghadapi sebarang kemungkinan, ini telah membangkitkan rasa cemas sehingga terdapat penduduk di sekitar Johor Bahru bimbang untuk keluar daripada kawasan rumah. Kononnya, pada 30 Ogos 2007 akan berlakunya huru-hara di Masai dan Pasir Gudang, Johor dan semua agar berwaspada. SMS ini juga dikatakan disebarkan untuk menjaga kepentingan agama, bangsa dan tanahair.

Saya paparkan beberapa SMS yang telah disebarkan ;

SMS 1,
Rdblock tmn cendana&masai dbuat arini 24j. India dr bt caves ada d jb. Bdk melayu dtembak mati d masai smlm. Baik2 bw kenderaan. Jgn kuar mlm. Balai polis brgerak dh ada d kwsn kita. Smpaikan pd kaum melayu kna bhati2. Smpikn info ini kpda semua bngsa mlayu.

SMS 2,
A’kum pd smua kekanda2 dn adinda2, ptg td sy messy besama abg2 P*k**a JB, dn secara rasmi info kekacauan d PG pd 30hb dijangka timbul huru hara yg dibuat olh kaum India, d hrp smua berhati2 dr 28hb dn stanby, pd 30hb pastikn smua berada dgn jarakberhampiran dn memberi info antara 1 sama lain. Pd 30hb mlm juga sy brada d masai. Pjgnkn AMANAH ini pd smua. Msg ini PENTING, sygilah agama, bangsa, tanahair kte ALAHUAKBAR 3x – FOSSIL MEI LONG –

Saya telah mengarahkan kepada semua anggota Pemuda PAS di negeri Johor agar tidak mudah panik dan terpengaruh dengan SMS tersebut. Kebimbangan saya adalah ianya adalah merupakan satu episod yang sengaja direka bagi menimbulkan situasi yang tegang di antara kaum kerana kita telah banyak belajar daripada peristiwa 13 Mei 1969 yang sengaja direka untuk kepentingan politik.

Semalam, pihak keselamatan telahpun mengadakan pertemuan tergempar dengan parti-parti politik termasuklah PAS, badan bukan kerajaan dan ketua-ketua agama bagi menyampaikan hasrat agar semua pihak dapat mengawal keadaan dan menasihatkan kepada semua ahli agar mengambil sikap bertenang.
Malam ini, satu taklimat khas yang disampaikan oleh Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Roslan Ahmad kepada penduduk-penduduk diadakan di Sekolah Kebangsaan Taman Cendana, Pasir Gudang untuk menenangkan keadaan.

Sehingga kini, keadaan di Johor masih lagi terkawal, tidak seperti yang digembar-gemburkan. PAS Johor akan sentiasa memberikan kerjasama kepada pihak keselamatan untuk bersama menegakkan keamanan. Paling utama, saya mengharapkan agar semua pihak dapat bertenang dan tidak mudah menyebarkan maklumat yang diragui kesahihannya. Apa yang mampu kita lakukan ketika ini adalah dengan menghadapinya dengan ketenangan dan berserah kepadaNya agar tidak akan terjadi perkara yang tidak diingini.

Sambut Merdeka: Pak Lah suruh rakyat beli sendiri bendera

beli bendera rm2
RM2 Pak Lah suruh rakyat bayar, RM berbilion Pak Lah suruh kerajaan bayar. Tak tahulah apa nak jadi negara kita sekarang, Perdana Menteri terpaksa berkempen supaya rakyat beli sendiri bendera, jangan dok harap kerajaan sponsor?

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menyeru rakyat Malaysia agar mengambil inisiatif sendiri untuk membeli dan mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-50 dan tidak hanya menunggu sehingga mendapat bendera percuma.

Katanya hari kemerdekaan merupakan hari di mana rakyat Malaysia harus melahirkan rasa syukur dan bangga dengan kerajaan atas nikmat kemerdekaan dan pembangunan yang telah dikecapi selama 50 tahun.

“Apalah sangat bendera RM2 tu, belanjalah. Kerana hari (kemerdekaan) hari yang amat penting bagi kita semua.

“Ini negara kita, yang maju ini, yang aman, yang selamat, jadi kalau tak dapat percuma pun belilah sendiri bendera, itu pun (kalau) dah habis dijual, buatlah sendiri,” katanya mengundang gelak ketawa pemberita ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Tertinggi Umno.

Abdullah berkata walaupun masih terdapat kekurangan dalam usaha pembangunan negara seperti masalah kemiskinan di kawasan-kawasan yang belum begitu maju, kerajaan sedang berusaha untuk mengatasinya dengan menambah dan memperbaiki lagi rancangan-rancangan pembangunan.

“Orang kaya pun tak nak beli bendera, apa tandanya? takkan orang miskin dapat beli bendera sendiri”.

“Kita akan terus tingkatkan kemajuan dan kejayaan yang telah kita lakukan selama 50 tahun lamanya.

“Mungkin tak sepenuhnya, mungkin tak segala-galanya yang kita hendak dapat kita perolehi, mana-mana negara pun tidak ada orang dapat segala-galanya yang diingini,” katanya.

Abdullah berkata rakyat Malaysia harus bersyukur kerana Malaysia tidak perlu melalui kepayahan yang dilalui oleh rakyat di kebanyakan negara lain yang bermasalah seperti peperangan, kemiskinan dan perbalahan sesama sendiri.

“Kita tidak melalui situasi seperti itu melainkan sekali sajalah, pada masa yang sangat singkat iaitu pada 13 Mei dahulu, jadi kita patut bersyukur atas kejayaan dan nikmat yang kita perolehi,” katanya.

Rakyat masih dibelenggu masalah Akidah – Mohd Amar

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah berkata, rakyat masih dibelenggu masalah akidah yang semakin merosot terutamanya dengan gejala murtad yang membarah meski pun negara telah mencapai kemerdekaan yang ke-50 tahun

Menurut beliau, kemerdekaan tidak akan bermakna sekiranya rakyat tidak merdeka jiwa, akal, politik, ekonomi dan dudaya.

“Contoh terdekat negara kita, walau pun telah merdeka sejak 50 tahun lalu tetapi keadaan rakyatnya teruk dan merosot dalam aspek akidah. Termasuk 250,000 orang Melayu murtad yang telah dinyatakan oleh Mufti Perak, Dato’ Seri Harussaini Zakaria itu,” katanya berceramah di Masjid Tinggi dekat sini sempena Sambutan Kemerdekaan 50 Tahun PAS Perak.

Menurut Mohd Amar yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, walau pun kenyataan mufti itu dipertikaikan oleh pimpinan umno dan menterinya tetapi beliau percaya angka tersebut bukan sahaja benar malah mungkin lebih dari yang disebutkan itu.

“Kerana bila kita sebut soal murtad bukan sahaja bermakna sebagai mengisi borang untuk menukar nama seperti mana dihasratkan oleh Lina Joy, tetapi murtad itu boleh berlaku dengan cara yang kita tidak disedari atau pun dengan perbuatan tidak sengaja,” ujarnya.

“Kalau kita merujuk kepada kitab Mustika Hadis penerbitan oleh Jabatan Perdana Menteri yang ditulis kata pengantarnya oleh bekas Perdana Menteri Dato’ Hussin Onn, saya pasti jumlah orang murtad Malaysia ini adalah bertambah bilangannya dari jumlah yang disebut itu,” katanya.

Menurutnya, Allah sangat benci kepada orang yang murtad, walau pun hanya terdapat seorang sahaja, itu pun sudah dianggap satu bencana besar kepada diri, masyarakat dan negara serta agama Islam sendiri.

“Lebih-lebih lagi kepada negara yang telah diistiharkan sebagai negara Islam Hidhari. Seharusnya setiap pemimpin Islam menjaga akidah ummah. Bukan membina jalan raya yang cantik-cantik, bukan mendirikan hospital sahaja, bukan membina sekolah-sekolah sahaja, dan masjid-masjid di merata tempat yang indah-indah sahaja,” ujarnya

Tidak dinafikan segala infrastruktur itu penting tetapi menjaga kehormatan akidah umat Islam itu adalah yang terpenting dan wajib dilakukan oleh setiap individu dan pemimpin negara Islam, katanya.

“Kerana itu Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda, Zaman yang terbaik adalah zaman Aku, kemudaian zaman seterusnya adalah semasa dalam 300 tahun yang pertama seterusnya.Kemudiannya zaman para sahabat, para Kalifah dengan pejuangan Islamnya,” ujarnya memetik kepada sabda Nabi Muhammad s.a.w.//Hrkh

Common Law: PAS sokong cadangan Ketua Hakim Negara

Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang mengalu-alukan cadangan Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim supaya rujukan pada Common Law Inggeris dimansuhkan daripada amalan undang-undang sivil kerana ia menggambarkan negara masih terjajah sedangkan Malaysia telah mencapai kemerdekaan selama 50 tahun.

Presiden PASBeliau menyeru supaya perbincangan ilmiah dan demokratik serta telus segera diusahakan bagi melahirkan undang-undang yang terbaik untuk mengisi kekosongan rujukan pada Common Law yang diakui usang oleh Ahmad Fairuz.

“Mudah-mudahan suatu yang realistik dapat dilahirkan dalam suasana kita berhadapan dengan krisis politik, kehakiman, pentadbiran dan moral yang bergelumang dengan kemungkaran yang akibatnya menimpa semua kaum di negara ini,” katanya dalam sidang media, di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut semalam.

Menurut beliau, Perlembagaan Negara yang diwarisi turut digubal oleh Suruhanjaya Reid yang ahlinya terdiri daripada warga asing.

Bagi menyelesaikan masalah ini beliau berkata, undang-undang Islam begitu komprehensif dan mencakupi seluruh bidang berkaitan urusan manusia dan tidak jumud.

Katanya, prinsip asas berteraskan keadilan sejagat iaitu wahyu Allah dan panduan yang diberi oleh Rasulullah s.a.w dan Islam telah menggalakkan ahli hukum untuk berijtihad, membuat kajian dan menerima apa sahaja yang terbaik untuk digunapakai.

Menurut beliau, Rasulullah s.a.w telah berpesan bahawa kebijaksanaan itu adalah barang yang tercicir kepunyaan orang beriman oleh itu ia mesti dipungut dan diguna walaupun dari mana puncanya.

PAS mengakui bahawa undang-undang Inggeris merupakan suatu yang asing dan tradisi dan amalan masyarakat Malaysia walaupun telah terpaksa diguna lebih 50 tahun.

PAS juga mengalu-alukan reaksi Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail yang mengatakan bahawa undang-undang Syariah adalah terbaik untuk mengisi kekosongan ini kerana ia menekankan pada keadilan dan pembahagian hak yang sama.

Menurut beliau, PAS mahu rakyat Malaysia tanpa mengira kaum berupaya memerdekakan dan membebaskan diri daripada bentuk penjajahan fikiran setelah 50 tahun merdeka.

“Kebergantungan mutlak kita kepada undang-undang Ingeris semata-mata tidak tepat malah mencerminkan kelemahan daya pemikiran kita,”tegasnya.

Sehubungan itu, PAS menyeru semua pihak agar membebaskan fikiran daripada ikatan penjajah yang jumud.

“Kita tidak menolak melulu apa yang datang dari luar tetapi dalam masayang sama kita menyeru agar apa sahaja yang baik dan efektif yang datang dari semua kaum perlu dipertimbang dan diterima pakai,” katanya.