Lebih 1,000 peguam dan NGO desak PM tubuh Suruhanjaya Diraja siasat klip video isu kehakiman

PUTRAJAYA: Lebih 1,000 peguam, dengan sokongan kumpulan aktivis badan bukan kerajaan, berkumpul di kawasan bangunan mahkamah Palace of Justice di sini sebelum berarak ke pejabat Perdana Menteri.

Peguam berarak ke pej PM 26 sept 2007 Perarakan anjuran Majlis Peguam itu, bertujuan menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri bagi mendesak penubuhan satu suruhanjaya diraja untuk menyiasat dakwaan skandal kehakiman seperti dialog dalam satu klip video yang menunjukkan seorang peguam kanan, Datuk VK Lingam sedang berbual melalui telefon, didakwa dengan Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim untuk mengatur pelantikan hakim.

Beberapa buah bas digunakan untuk membawa peguam dari Kuala Lumpur ke sini bagi perarakan tersebut.

Sementara itu, Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail minta supaya kerajaan menubuhkan Suruhanjaya diraja untuk menyiasat skandal pita Lingam kerana ia mempunyai kuasa perundangan untuk berbuat.
Peguam berarak ke pej PM 26 sept 2007
Katanya, suruhanjaya diraja yang dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 mempunyai kuasa untuk memanggil saksi, mewajibkan kehadiran dan menyediakan imuniti kepada para saksi bagi memastikan keberkesanan siasatan yang dijalan.

Wan Azizah mengulas pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung keputusan kerajaan untuk menubuhkan sebuah panel bebas untuk menyiasat dan menentukan ketulenan klip video Datuk VK Lingam itu.

Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, itu saja caranya untuk memastikan siasatan dijalankan secara berkesan bebas dan tanpa sebarang rasa takut.

Sebaliknya, kata beliau, penubuhan sebuah panel bebas tidak mencukup kerana ia tidak mempunyai kuasa perundangan untuk menjalankan siasatan secara berkesan.

“Tidak boleh mengharapkan sebuah panel yang ditubuhkan oleh kabinet untuk menjalankan siasatan yang sempurna dan bebas berhubung klip video yang mengaitkan Tun Ahmad Fairuz,” katanya.

Klip video selama lapan minit itu menunjukkan Lingam, seorang peguam kanan, sedang berbual melalui telefon, didakwa dengan Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim untuk mengatur pelantikan hakim.

Advertisements

3 Respons

  1. Kami rakyat inginkan kebebasan dan keadilan di negara kami. Soal nak tubuhkan apa jenis suruhan jaya atau panel pun kami tak kisah asalkan adil. Tapi yang nampak kalut ni pihak kerajaan. Seakan-akan ada sesuatu yang tak kena. Nampak macam takut semacam je….. bila di suruh tubuhkan suruhan jaya di raja.

  2. sistem kehakiman, eonomi, keadilan……… macam² lagi di negara kita makin parah. negara kita makin menuju kehancuran. kalau rakyat masih tidak sedar menjelang PRU12 nanti tak tahu lah aku nak cakap apa.

  3. […] Perarakan dari Istana Keadilan ke Kompleks Kerajaan yang menempatkan pejabat Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, itu diadakan bagi mendesak kerajaan supaya menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat klip video yang menunjukkan seorang peguam kanan, Datuk VK Lingam sedang berbual melalui telefon, didakwa dengan Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim untuk mengatur pelantikan hakim. (Selanjutnya) […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: