Menteri diminta tumpu pulih kredibiliti badan kehakiman

KUALA LUMPUR 14 Okt.: Presiden Majlis Peguam Malaysia, Ambiga Sreenevasan hari ini menggesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz supaya memberi tumpuan kepada isu memulihkan kredibiliti badan kehakiman berbanding tumpuan kepada peguam dan mereka yang membuat pendedahan atau pemberi maklumat.

“Apa yang penting ialah mesej yang disampaikan semasa ahli-ahli majlis berarak di Putrajaya bulan lepas,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Nazri di portal berita yang menyelar tindakan peguam sebagai ‘gila’ kerana menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap badan kehakiman negara dengan berarak dari bangunan Istana Kehakiman ke pejabat Perdana Menteri pada 26 September lepas.

“Saya tidak ingin bertelingkah dengan menteri itu oleh kerana saya mempunyai hubungan kerja yang baik dengannya tetapi dalam isu ini, saya ingin untuk tidak bersetuju dengannya kerana sebelum ini dia juga menyatakan bahawa Majlis Peguam berkelakuan seperti sebuah parti pembangkang,” katanya.

Satu Respons

  1. […] Menteri diminta tumpu pulih kredibiliti Badan KehakimanPresiden Majlis Peguam Malaysia, Ambiga Sreenevasan hari ini menggesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz supaya memberi tumpuan kepada isu memulihkan kredibiliti badan kehakiman berbanding tumpuan kepada peguam dan mereka yang membuat pendedahan atau pemberi maklumat. (Selanjutnya) […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: