Video Linggam-Hakim: BPR janji nak ambil klip video di rumah Anwar

KUALA LUMPUR: Badan Pencegah Rasuah (BPR) tidak menerima klip video asal yang didakwa mengandungi rakaman perbualan seorang peguam kanan dengan seorang yang dikatakan hakim daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun penyerahannya sepatutnya dibuat hari ini.

“BPR masih menunggu rakaman asal klip video tersebut dan kita tengok apa tindakan esok kerana hari ini tarikh akhirnya,” kata Pengarah BPR Datuk Ahmad Said Hamdan ketika dihubungi.

Beliau berkata Anwar perlu mematuhi perintah yang dikeluarkan di bawah Sekyen 22(1) (b) Akta Pencegahan Rasuah 1997 bagi menyerahkan klip video asal apa yang didakwanya rakaman perbualan seorang peguam kanan dengan seorang hakim.

Ketika ditanya tentang tindakan selanjutnya yang akan diambil esok, beliau enggan mengulas lanjut.

“Saya tidak boleh mengulas lebih lanjut, kita tunggu esok,” katanya.

Sementara itu, Anwar mendakwa beliau menunggu pegawai-pegawai BPR datang ke pejabatnya di Petaling Jaya hari ini untuk mengambil klip video berkenaan.

Katanya beliau menerima panggilan daripada seorang pegawai BPR pada 10.45 pagi menyatakan mereka mahu datang mengambil klip video berkenaan di pejabatnya tetapi 20 minit kemudian menghubunginya semula menyatakan temujanji itu dibatalkan.

Anwar menunjukkan kepada pemberita sebuah “thumb drive” yang didakwanya mengandungi klip video itu yang mahu diserahkan kepada BPR.

Pada 18 Sept lepas, BPR mula menjalankan siasatan bagi membantu Panel Bebas Khas menentukan kesahihan rakaman klip video yang memaparkan visual seorang peguam kanan berbual dengan seseorang yang dikatakan hakim mengenai pelantikan Ketua Hakim Negara pada tahun 2002.

Panel Bebas Khas itu dipengerusikan bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Haidar Mohd Noor dan dianggotai Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara, Tan Sri Lee Lam Thye dan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mahadev Shankar.


Isnin lalu BPR mengeluarkan perintah terhadap Anwar supaya mengemukakan klip video asal rakaman tersebut selewat-lewatnya hari ini kepada BPR di ibu pejabatnya di Putrajaya.

Jika gagal mematuhi perintah itu, beliau dianggap melakukan kesalahan mengikut Seksyen 29(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau keduaduanya.

BPR sebelum menyerahkan perintah itu, pada hari yang sama telah merekodkan keterangan daripada Anwar selama kira-kira tiga jam, dan ini merupakan kali kedua keterangan diambil daripadanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: